Ana berdiri di luar kawasan airport,manakala Mia pula dari tadi jalan ke sana sini.Menunggu rakannya pulang dari oversea.
"Eh eh,ke sana sini pulak engko.Cuba duduk diam"-Syaz yang dari tadi mengunyah gula gula getah.Daripada 26 biji,tinggal 2 saja yang ada dalam botol.
"Tak,mana alya.Lama betul dia,kita ni dari awal pagi dah excited nak jemput dia ni."-Mia
"Satu lagi,kenapa kau tak parking dalam?senang sikit takdelah tunggu luar ni"-Syaz
" parking dalam pakai duit ah.Aku gaji pum belum"-Mia
Lalu ada sosok yang muncul dekat dengan mereka.Dan ya itulah Alya.
"Sorry guyss.Boleh pulak ada penumpang terberak kat seat."-Alya menurunkan beg galasnya.
Semua memandangnya pelik.Apa?alya dah berubah ke.
" ehehe,korang kenapa ek?"-Alya
"Tak tak.Ade orang berak eh?lagi satu ni pahal banyak banyak barang kau bawak balik ni?"-Syaz
"Haaa ni lah hadiah korang.Tapi kita kena balik dulu lah.Aku ni penat woi."-Alya
Yang lain pula tolong angkat beg.Cuma Mia jelah yang terus melulu masuk kereta.Maklumlah driver.
"Macam mana?semua okey tak"
"Ok je.Kalau kau nak tahu,Mia dah kahwin sebulan dah.Hehe terkejut tak?"-Sambung syaz lagi.
"Wuishh seriuslahh.Rasa macam terharu pulak."
"Faham kenapa alya terharu.Sebab itulah impian alya kan?"-Ana
Alya angguk,dia cuma senyum.Lama tak merasa laksa yang Mia buat lima tahun lepas.Duduk UK macam benda sama je hadap.Tak best.
"Lima tahun ni banyak benda jadi.Syaz hampir keluar rumah jugaklah.Sebab gaduh dengan Aqil apa semua.But Alhamdulillah dah okey dah."-Mia
"Pukul 4 petang ni alya pinjam kereta kejap tau.Nak ambil kawan"-Alya
" eh beli lah"-Ana
"Boleh je aku beli,dua tiga biji pun aku boleh.Tapi bukan sekarang lah dik oi."-Alya
Lama mereka bersembang,hingga Syaz tertidur bersama lolipop di tangannya.
SKIP
Mia dan syazreen bangun dari tidurnya,mereka berdua melihat di atas meja telah terhidang makanan.Beserta nota.
"Ana! Kau ada masak ke?"-Syazreen
"Takk! Aku tengah kemas bilik"-Sahutan Ana dari atas.
" tu baca nota tu"-Mia
"Dah makan,basuh pinggan ye.Aku dah masak.Jemput makan"-Alya
"Penat penat pun,masak jugak ea"-Syira tiba tiba muncul.
" aik?tak balik Johor ke?"-Mia
"Tak,tiba tiba dapat mesej yang Kolej tutup.Lega sikit,dari layan bebudak semua tu"-Syira mengeluh.
"Faham faham,ha duduklah.Alya masak banyak nih"-Syazreen.
SKIP
Alya membuka pintu kereta,Ziyad dah menunggunya.
"Sorry aku lambat,masakkan untuk member jap"-Alya
"Takpe takpe.Jom?"-Ziyad
"Ke mana?"
"Aku nak belanja kau ni.Kan baru balik dari UK,dah lama tak rasa cuaca panas kan "-ziyad
" Haihh memandai je.Biasa jelah,panas tak panas asalkan aku hidup ehe"
"Hah yelah yelah.Asalkan kau bahagia ye"-Ziyad mengelap peluh,lalu ambil kunci kereta dari tangan Alya.
"Kau okey?"-Ziyad memandang mata Alya dengan lama.
" Aku macam biasa,okey ii je"
"Apa kau buat kat UK?lama sangat."-Ziyad
"Aku jumpa doktor Philip.Katanya ada rawatan terbaik untuk aku."-Alya meneguk air kosong.
" k-kau sakit apa?"-Ziyad
"Haishh nothing serious lah.Cuma nak bersedia je kalau ada apa apa."
"Ouh,ingatkan apa lah tadi."
Nasib baik,dia tak terlepas kata.Kalau tidak,memang Ziyad akan bagitahu yang lain.Dia bukannya boleh berahsia sangat.Susah.
SKIP
"Thanks,hantar aku sampai depan rumah."
"Takde masalah pun,dahlah masuk ah..panas ni"-Ziyad
Mia yang sedar akan kepulangan Alya,dia terburu buru keluar dari pintu rumah.Takut keretanya hilang.
" ha kereta aku ada?"
"Hei hei,kereta kau selamat je.Ingatkan nak risau pasal aku,ada lah juga caring kan?"-Alya masuk,dengan muka malasnya.Dia terus ke bilik.
Alya masuk,barang barang masih tersusun rapi.Kotak zaman remaja juga ada di bawah katilnya.Tersenyumlah dia seorang diri melihat keadaan bilik itu.
Dia membuka kotak,banyak surat surat yang dia berhasrat untuk menunaikan impian bersama kawan kawannya.
Tiba tiba Ana pula masuk,dia lupa kalau dia berkongsi bilik bersama Ana.
" oh Ana,kenapa bilik kemas je?bukan kau ada jugak?"-Alya bangkit dari duduknya.
"Ouhh,sebab aku selalu kemas tempat kau.Walaupun ada sepah sikit je.Supaya bila kau balik,ada la jugak kenangan manis dengan keadaan asal bilik kita.Kan?"
"Haa bijak ye kau.Lagi satu,rumah ni siapa bayar?"-Alya
" uish,dah tiga bulan tertunggak.Akak Mia dengan Syaz susah payah kerja.Sebab tula dia sayang sangat kereta dia tu."-Ana
"Ambil cek ni.Buat untuk bayar semua yang tertunggak termasuk hutang korang semua.Okay?"-Alya mengambil beg bajunya untuk dikemaskan ke dalam almari.
"HAHH?SEPULUH JUTAA?"-anak matanya membesar.Alya begitu kaya ye.
"Jangan tanya kenapa aku ada banyak duit macam tu,aku bukan menunjuk.Tapi nak tolong korang semua.Yeah,aku nak tolong korang selagi aku masih hidup.Impian aku banyak lagi kat sini,bersama korang."-Alya tersenyum lebar sambil menepuk bahu Ana yang dari tadi gembira.
"Terima kasih Alya"-Ana simpan cek itu.
Dia terasa ingin menangis.Selama Alya ke luar negara,keadaan mereka sangat huru hara.Bagai hidup bergantung pada orang lain.Mereka semua bertungkus lumus bekerja di mana mana agar rumah itu dapat diselamatkan.
Tapi sekarang,jangan risau.Aku ada untuk korang ya?