SIRI - CHAPTER 8

27 1 0
                                    

TAJUK: SIRI (kesinambungan mystery the doll)
PENULIS: REVILINE JAMES WANG
GENRE: SERAM
PART: 8

Luliana tersenyum manis dihadapan Lux, dia menghulurkan tangan, airmata Luliana tidak tertahan.

"Maafkan Luliana Lux , Luliana bukan lah adik yang sempurna."

"Ti..Tidak, Luliana adik i yang paling baik, dan taat pada abangnya."

Luliana menangis dan terduduk, Lux terus mendakap memeluk erat Luliana.

"Lux, banyak perkara yang kamu tidak tahu berlaku, dan biar pun kamu bukan abang kandung sebenar Luliana , tapi Luliana terima abang Lux sebagai abang kandung Luliana."

     Lux terdiam dengan kenyataan Luliana baru sahaja keluar dari mulut Luliana.

"Maksud Luliana??"

     Luliana meletakan tangannya dibahagian wajah Lux dengan lembut sambil menangis.

            ….Imbasan dimasa lampau…

"Ken pergi!! Bawa adik kamu !! Pergi !!! Bawa Merinda keluar dari rumah ini!!!"

"Hehehe, puan kenapa takut sangat ni? Sign cepat!!!"

    Sambil Fatin dan kekasih tukang kebunnya , bersatu untuk membinasakan hidup keluarga kelvince.

"Aku tidak akan sign!!!! Ini semua anak² cucu cicit aku! Harta pusaka yang mereka patut ada."

"Zack!!! Sayang tengok lah dia ni, dia tak mahu bagi kita harta hak kita."

Pett !! Tamparan hinggap dipipi kiri Puan Yasmin.

"Kamu tu cuma tumpangan, Datin sudah tiada, HAHAHA! Heii, heii, kalau kau mahu tahu, punca dia mati ? Mahu tahu kah tidak?? Aku yang racunkan."

Fatin ketawa seperti orang tidak siuman persamaan  ketawa Zack.

"Hoii! Perempuan bodoh! Tidak pandai menghargai!"

Ken berlari dan menarik tangan Zack , supaya tidak menyakiti Puan Yasmin.

"Ken!! Nenek cakap lari! Pergi Ken bawa Merinda, merinda dalam bilik cepat, bawa adik mu!!"

       Ken menangis, dan menggeleng-gelengkan kepalanya, menandakan tidak kepada Puan Yasmin.

"Nenek, Ken tidak akan pergi."

"Cuu, pergi Cuuu."

    Sambil dia menolak kasar Ken.
Fatin terus ambil pasu bunga dan hempap dikepala anak kecil itu ketepi.

"Fatin!!!! Apa you buat ni!!!? Budak masih ni!"

  Fatin tersenyum sinis! Dan dia mengheret  Puan Yasmin.

"Yasmin, Ya aku sign, tapi dengan syarat, kau lepas kan anak² kecil ini."

Fatin berfikir dan berjalan kehulu-hilir.

"Ok! Dengan syarat itu aku setuju."

     Merinda yang masih lagi tidur, terkejut dengan keadaan yang sangat bising. Tanpa Fatin baca isi kandungan wasiat yang Puan Yasmin tandatangan , dia hanya tersenyum puas hati.

"HAHA! Puas hati aku, senang kerja aku sekarang."

  Zack yang geram dengan keadaan , Zack hilang kawalan, dan dia ambil cangkul dari belakang rumah, dia terus menarik kepala Puan Yasmin.

"TIDAKKKKK!"

BRAK! Psshhhh! Kepala Puan Yasmin terbang, dicangkul oleh Zack.Percikan darah Puan Yasmin dimerata tempat.

SIRI (kesinambungan mystery the doll musim baru)Where stories live. Discover now