Setelah Arzhel melepaskan hajatnya. Kakinya terus melangkah ke arah kereta kawan-kawannya. Dari jauh dia sudah melihat si Noah dan Rafael melayangkan tangan di udara.
"Lama betul kau dekat tandas Arzhel. Kau buat tandas ke atau lepaskan hajat." Noah bertanya sebelum memasuki keretanya yang berjenama Buggati Chiron Super Sport diikuti dengan Rafael.
Sekali imbas dia melihat kereta yang berada dibelakang sekali. Mercedes Range Rover yang berwarna hitam. Kereta tersebut dipandu oleh Leo dan Alexander.
Arzhel tidak menjawab pertanyaan si Noah. Dia terus berlalu masuk ke dalam Buggati Divo milik si Carl.
Dalam kepalanya masih teringat tentang kejadian tadi. Tak sangka selepas beberapa tahun akhirnya dia jumpa dengan perempuan itu. Perempuan yang telah mencuri hatinya. Perempuan yang telah menyelamatkan nyawanya. Dia baru bercadang untuk mencari semula perempuan itu setelah kembali ke Malaysia. Tapi tanpa diduga sebelum ia mencari Tuhan telah temukan mereka berdua. Arzhel tersenyum jahat. Ada rancangan yang perlu dia laksanakan.
'Engku Lilith Azara Binti Engku Liam Asael. Long time no see you, mariposa. I will make you mine, masiposa' Azrhel bisik hatinya. Perempuan tersebut semakin cantik dan...
Semakin sexy. Hanya perempuan itu sahaja yang boleh membuatkan nafsu lelakinya naik. Walaupun sering kali ramai perempuan lain yang cuba untuk mengodanya tapi dia tidak merasakan apa-apa. Tetapi dengan perempuan ini, dia rasa lain.
"Arzhel.."
Senyap tiada sebarang sahutan.
"Woii..."
Sepi.
PAP!
Carl menampar lengan Arzhel.
"Woii kau berangan apa haa sampai tersenggih macam orang gila. Apa kau pon dah sama gila macam natang dua ekor tu ke?" Carl berkata tetapi matanya tetap fokus pandang ke hadapan.
Terus Arzhel berhenti memgelamun. Dia bagaikan baru tersedar. "Gila aku pon takdela teruk macam diaorang." Arzhel membalas soalan Carl.
Dia menyandarkan badannya pada kerusi dan cuba untuk menutupkan matanya. Tangan mneyilang memeluk tubuh.
"Ni kau nak terus balik atau nak singgah mana mana dulu?" Carl sambung bertanya.
"Takpe. Aku nak terus balik. Nanti roger." Terus Arzhel masuk ke alam mimpi.
Carl hanya mengangukkan kepalanya.
_____
Setelah 30 minit perjalanan akhirnya sampai ke rumah pengantin baru.
"Tuan puteri, Tuan Raja. Sila bangun, dah sampai dekat rumah korang ni." Aku melihat mereka dari cermin sisi. Mereka berdua tidur dibelakang.
Mungkin kerana belum habis jet lag lagi. Aku nampak sedikit pergerakan dari suami Meera. Namanya Muhammad Adam.
"Aku pergi buka bonet dulu." Aku terus membuka pintu dan keluar dan bersandar pada bahagian depan kereta.
Yelah mana tahu mereka memerlukan privasi jadi aku tak mahu menganggu mereka berdua. Maklumlah pengantin baru gamaknya. Semua kawan-kawan aku sudah berumahtangga, cuma aku je masih single. Entahlah mungkin trauma dengan kisah lama. Dalam masa yang sama aku sedang menunggu abe fictional men aku keluar, hm dapat Dheo pon okay jugak kan?
Tetiba aku teringat dekat mamat tadi...
'Arzhel'
Macam pernah nampak tapi dekat mana eh tanpa sedar aku menyebut nama si dia.
YOU ARE READING
He's Arzhel | OG
Romance- slow update - ( ROMANCE ⚠️⚠️⚠️ ) Tengku Arzhel Hayden Bin Tengku Azlan Haylen Dia lelaki beku yang seperti ais. Lelaki yang bekerjaya dan CEO kepada syarikat terkemuka seluruh negara. Tetapi ada sisi gelap keduanya. "What I want I always get even...