Bab 14

645 42 5
                                    

Kaki arzhel melangkah ke arah belakang pentas dari jauh dia sudah dapat melihat lilith ke kiri ke kanan seperti gelisah.

KRING!

KRING!

KRING!

Ada panggilan masuk. Arzhel melihat lelaki tersebut yang menghantar pas vvip kepadanya.

"Master."

"tadi harvey dah jumpa madam, saya rasa dia sudah ingat siapa madam." Suara lelaki itu bergetar.

Arzhel mendengar berita itu terus berhenti melangkah. Anak matanya merenung dengan tajam sekali. Mukanya berubah tegang. Kedua-dua belah tangannya digepal kuat sehinggakan timbul urat dibelakang tangannya.

"pezzo di merda!" Terus dia menamatkan panggilan itu.

Dia seharusnya cepat bertindak sebelum semuanya terlambat. Dia akan dapatkan mariposa nya walaupun dengan cara kotor.
Telefon ditangan dia gengam dengan kuat. Dia mendail nombor carl.

"Carl! Aku nak malam ni semua berkumpul dekat tempat biasa! DONT LATE!" Giginya terketap-ketap menahan marah. Nada suara yang cuba ditahan supaya orang lain tidak dengar. Tanpa carl sempat membalas dia terus menamatkan panggilan. Dia cuba menenangkan diri sebelum berjumpa dengan mariposa. Dia menghembus nafas berat. Kakinya terus melangkah ke arah lilith.

"Aik mamat ni period ke asyik nak angin je, agaknya semua bulan dia kaut itu pasal mengamuk je." Carl berkata sendiri apabila arzhel menamatkan panggilan dengan pantas. Carl mengelengkan kepala berkali-kali.

_____

'lilith ini cuma evant biasa, just jalan jangan senyum abaikan keadaan sekeliling' aku cuba untuk berfikiran positive.

'tapi ada valentina, nanti kalau dia buat macam dekat sekolah dulu macam mana' sebahagian diriku yang lain berkata.

'senyap bodoh senyap!' aku menepuk-nepuk pada telinga dan melabuhkan punggung pada kerusi yang tadi. Aku merenung cermin seperti mahu masuk ke dalam.

"wow miss srsly ini ke dress you? Omg you look stunning!" Zyan berkata sambil menekup mulutnya. Dia kembali bersama sebotol air mineral ditangan. Aku menjeling kepadanya. Bapak lama ambil air.

"Kau tadah air dekat gunung ke? Apahal lambat sangat? Aku mintak sebotol air mineral je kot." Aku merampas dengan segera. Air tersebut aku teguk dengan rakus supaya dapat melegakan hati ini.

"hehe maafkan saya miss, tadi jack panggil saya sekejap." Dia mengaru bahagian belakang lehernya. Aku hanya buat bodoh.

Zayn kembali membuka mulut berkata "miss percayalah cakap saya untuk event kalini semua akan pandang miss sahaja tau!" Nadanya kedengaran sangat teruja. Aku melihat kembali ke arah dress aku.

Hm biasa sahaja seperti yang selalu aku pakai.

Aku memakai dress berwarna hitam mempunyai sedikit bling-blung yang panjang sehingga mengherot ke lantai. Dress hitam itu mengikut bentuk tubuh badanku tetapi tidak ketat. Bahagian peha yang terbelah bagi menyerlahkan lagi bahagian kaki. Pada bahagian belakang badan pulak terdedah luas sehingga ke paras pinggang. Hanya ada tali halus yang bersilang pangkah. Bahagian depan pulak sedikit terdedah dan bertali halus. Leher aku hanya memakai seutas rantai berwarna silver yang bercorak roses hitam. Pada tangan aku memilih untuk memakai sarung tangan satin sampai paras kesiku. Dan sedikit cincin berwarna silver untuk menaikkan seri tangan ku. Di kaki pulak aku memilih heels saint laurent berwarna hitam tetapi tumitnya berwarna gold. Simple padaku. Sesuai dengan makeup look aku kalini.

Aku berdiri dan terus melangkah tanpa menoleh ke arah zayn. "eh miss nak pergi mana?" Dia menanya padaku.

"Toilet. Apahal you nak tolong cucikan ke?" Aku berkata sinis padanya. Sibuk betul, sukehati aku lah nak kemana.

He's Arzhel | OG Where stories live. Discover now