"Wow let's see who is here." Suara itu menyentak lamunanku.
Suara itu...
Terus aku menoleh ke belakang dan
Musuh aku ketika sekolah menengah. Damn!
Valentina. Atau dikenali sebagai Valentina Evelyn. Siapa tidak kenal model terkenal seluruh Malaysia. Rupa paras yang sempurna. Tubuhnya sentiasa menjadi idaman para wanita yang lain. Berdarah kacukan America dan Jepun. Aku rasa setiap kali lelaki yang pandang mesti akan jatuh cinta. Kalau nak dibandingkan aku dengan dia ibarat langit dan bumi. Valentina dikira sebagai bidadari yang turun dari syurga.
Aku hanya diam tidak berkutik. Aku hanya menayangkan riak muka yang kosong.
"wow siapa sangka budak selekeh, budak jahat and budak paling nakal dekat sekolah ni rupanya sekarang dah jadi model." Kakinya melangkah setapak ke depan, matanya melihat aku atas bawah seperti jijik dengan aku.
Cish harap je muka cantik tapi perangai hauk! Kerjanya dari dulu sampai sekarang asyik nak menganggu ketenteraman hidup orang.
Dia berhenti dihadapan aku dengan memeluk tubuh. Aku memusingkan sepenuh badanku untuk menghadap dia.
"yes I'm here, did I bother you?" Aku bertanya kembali, mataku hanya merenung tajam ke arah matanya. Aku bencikan dia. Disebabkan dia jugaklah aku melalui zaman sekolah yang teruk!
"not but i-" sekali lagi dia mengimbas badanku atas bawah.
"just i was shocked." Dia menyambung ayatnya dengan tersenyum sinis.
Aku hanya abaikan malas mahu berbalah lebih-lebih. Hanya membuang tenaga dan masa.
"mana you pergi lepas habis-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya terdapat seorang lelaki sedang menuju ke arah sini. Aku melihat sekali imbas. Semakin dekat lelaki itu datang semakin aku merenung muka lelaki itu.
"hey baby." Lelaki itu datang terus memeluk pinggang Valentina dan sekali imbas mencium pipinya.
Euw! Aku geli. Aku menayangkan riak wajah nak muntah dengan aksi tak senonoh mereka. The heck!
"hey sayang urmm i ingatkan you taknak datang." Valentina menjawab kembali. Dengan nada manja dan gedik dia tu, tangannya menguis bahagian dada lelaki itu.
"ofc i datang, demi seorang angel ni." Bibir lelaki itu makin ligat turun bawah ke arah leher Valentina, hidungnya kembang kempis menghidu bau perfuma Valentina mungkin. Aku sudah mula rasa tidak selesa. Si Valentina sibuk mengeliar manja seperti mengizinkan tindakan lelaki itu. Aku berdehem kerana aku sudah tidak selesa.
"ehem ehemm." Terus lelaki itu mengangkat kepalanya kembali dan memandang ke arah wajahku. Dia hanya memerhati dan mengimbas tubuhku atas bawah. Aku melawan kembali renungan matanya.
Satu saat...
Dua saat...
Tiga saat...
"sayang jom lah i nak pergi prepare diri ni, makeup, baju omg i kena nampak hot masa event ni!" Valentina membuka mulut.
"lagi you ada so ofc i kena tunjuk dekat you i punya catwalk." Terus terputus pandangan mata kami. Dia masih diam memerhati wajahku. Valentina sudah tidak berpuas hati.
YOU ARE READING
He's Arzhel | OG
Romance- slow update - ( ROMANCE ⚠️⚠️⚠️ ) Tengku Arzhel Hayden Bin Tengku Azlan Haylen Dia lelaki beku yang seperti ais. Lelaki yang bekerjaya dan CEO kepada syarikat terkemuka seluruh negara. Tetapi ada sisi gelap keduanya. "What I want I always get even...