"Saya bayar, semuanya, berapa ribu pun saya bayar. tapi jangan bunuh ayah saya!" Tempik Nia Suri yang termengah-mengah kerana berlari laju mendapatkan ayah tirinya, Ghaffar. Berlari tanpa sebarang lapik kaki, yang ada dalam benaknya ketika itu, dia perlu selamatkan ayah tirinya dengan segera!
Lelaki-lelaki yang mengeliling ayah tirinya ketika itu, memandang Nia Suri tanpa berkelip. Wajah mereka tiada belas, tiada senyum. Di tangan salah seorang lelaki itu, tersedia sebilah parang yang berkilau tajamnya.
"Ada heroin datang. Boleh bayar?" Lelaki yang memegang parang itu bangun dari kerusi dan mendekati Nia Suri yang ketika itu juga mendekati mereka. Walaupun ada rasa takut tetapi dia kuatkan dirinya.
"Saya akan bayar, berapa pun jumlah hutang ayah saya, saya akan bayar. Jadi, tolong lepaskan dia." Nia Suri menunjuk ke arah Ghaffar yang sudah lembik, dalam pegangan lelaki-lelaki berbadan besar itu.
"Okay, kalau kau boleh bayar, esok aku datang, jadi siap sediakan duit tu!" Lelaki yang memegang parang dan bertatu di lengan itu membalas, betul-betul di depan muka Nia Suri. Nia Suri memandang lelaki di depannya itu, membalas pandangan tajam. Segala ketakutan dia simpan dalam hatinya. Matanya melirik ke arah tatu lelaki itu yang terlihat begitu menarik bagi dia. Bunga.
"Berapa jumlahnya?" Nia Suri menyoal sebaik sahaja lelaki mengarahkan lelaki lain yang memegang Ghaffar untuk melepaskan ayah tirinya itu. Lelaki tersenyum sinis.
"Tanyalah bapak kau!" Tempik lelaki itu sebelum berlalu pergi dengan lelaki-lelaki yang lain. Setelah itu, Nia Suri terus mendapatkan Ghaffar yang telah tertiarap di tanah.
"Kenapa ayah? Kenapa sampai macam ni?" Soal Nia Suri. Ghaffar menggeleng laju. Menahan segala kesakitan yang ada.
"Masa tu ayah tak fikir panjang. Ayah terdesak, arwah mama kamu perlukan duit tu..." Ujar Ghaffar. Nia Suri sudah berair mata. Mengenang arwah mama dan melihat ayah tirinya itu teruk dipukul lelaki-lelaki tadi. Arwah mama memang memerlukan wang sebelum menghembuskan nafasnya.
"Berapa jumlah hutang ayah tu?"
"Patutnya kamu tak tunjuk diri kamu, diorang memang tak tahu ayah kahwin dengan mama kamu."
"Nia mana ada sesiapa lagi ayah, ada ayah seorang aje. tak apa, Nia boleh buat pinjaman dekat bank untuk langsaikan hutang tu. berapa jumlahnya?"
"500ribu." Nia Suri terduduk, lembik kaki dan bagai dihempap batu besar. Mana dia mampu nak meminjam sebanyak itu. Mustahil! Seorang guru yang baru 3 tahun bekerja boleh buat pinjaman sebesar itu.
"Allahuakhbar."
"Biarlah Nia, ayah akan tanggung salah dan dosa ayah yang ini. kalau mati, matilah. Nia kena lari malam ni jugak. Balik Ipoh cepat, jangan pergi mana-mana selain sekolah kamu." Ghaffar memberikan cadangan. Nia Suri menggeleng laju.
"Tak, tak apa, nanti Nia runding dengan diorang."
"Tak Payah! Mau terjual kamu dekat diorang nanti. Diorang bukan orang biasa Nia.
"Ish... ayah, tak akanlah, insyaAllah. Nia cuba bayar separuh dari jumlah tu, sebanyak yang Nia boleh dapatkan dari bank."
"Mustahil Nia, kamu tu pun baru kerja. Mana kamu nak cari?"
"Nia akan cuba. Nia akan selamatkan ayah daripada diorang tu." Ghaffar mengeluh lemah. Degil. Itulah Nia Suri. Degil tapi naif.
Esoknya, seperti yang dijanjikan. Di tempat yang sama seperti semalamnya, lelaki-lelaki itu datang.
"Mana duitnya?" Lelaki bertatu bunga itu terus menyoal.
"Jumlah yang saya boleh dapatkan hanya 300,000. selebihnya saya minta tempoh." Lelaki bertatu Bungan dan berwajah bengis itu ketawa besar.
"Berlagak macam boleh bayar. kalau kau tangguh, jumlah akan jadi lebih tinggi. kitorang bukan pinjaman islamik." Ujar lelaki itu seakan mengejek dan memerli. Lelaki-lelaki yang lain ketawa penuh sinis.
"Manalah saya tahu, saya ingat berapa ribu aje."
"Kau ingat kitorang ni bank ke? kalau kau tangguh setahun lagi, jumlah akan kembali 500ribu. Memang sampai bila bila kau tak akan mampu bayar. Cikgu sekolah aje kan?" Nia Suri menelan air liur yg terasa kesat ditekaknya. Nampaknya mereka sudah tahu tentang dirinya.
"Jadi macam mana?" Nia Suri menyoal. Lelaki itu ketawa lagi.
"Mana aku tahu? boss aku suruh penggal kepala bapak kau tapi sekarang kau dah masuk campur, aku fikir mungkin dengan cara..." Lelaki itu memandang Nia Suri atas bawah dengan pandangan penuh makna. Nia Suri membetulkan tudungnya menutup dada dan mengemaskan pakaiannya.
"Eh, jangan macam macam eh. Saya dah bayar 300 ribu. Tinggal 200 ribu lagi. saya ada rumah, harga rumah tu 300 ribu. awak boleh ambik rumah tu."
"Dah habis bayar ke cik kak rumah tu?" Lelaki itu tersenyum hujung bibir. Nia Suri berdecit.
"Memanglah tak, hutang banyak lagi, tapi ambik ajelah itu aje yg saya ada."
"Okay, baik. Rumah dengan semua isi rumah aku ambik. Bak kunci dan salinan geran."
"Ambillah, asalkan jangan kacau ayah saya lagi."
"Sayang betul kau dengan bapak tiri kau tu. Kau fikir berbaloi ke?" Lelaki bertatu bunga itu tiba-tiba menyoal sewaktu Nia Suri sedang sibuk untuk menghantar salinan geran rumahnya kepada lelaki itu. Nia Suri menjeling sekilas sebelum membalas.
"Tak kisahlah, itu hal keluarga saya." Lelaki itu menjungkit bahu dan terus berlalu setelah mengambil kunci rumah dan memastikan salinan geran telah diterima.
Nia Suri melepas lelah. Habis, habis semua apa yang dia ada. Gajinya hanya tinggal cukup cukup makan, tak tahulah cukup ke tak. Nampak gayanya dia perlu meminta untuk berpindah tempat kerja di kampung. Dia sudah tidak berkemampuan untuk tinggal di bandar Ipoh sendirian lagi.
YOU ARE READING
LELAKI BERTATU BUNGA
RomanceAyah tiri larikan wang dari Orang Kaya Singapura setahun lalu tanpa diketahui keluarga. Akhirnya, dia menjadi buruan orang-orang Orang Kaya itu. Saat nyawa dihujung tanduk, ayah tiri diselamatkan Nia Suri dengan kesediaan membayar semua jumlah hutan...