12

73 11 3
                                    


Pegawai polis itu menunggu di luar pintu bilik Nia Suri. Menanti saat untuk masuk dan menyoal siasat. Dia sendiri hairan kenapa laporan berkenaan pecah masuk wad ini lambat sampai kepada dia. Sedangkan satu balai telah sedia tahu dia mahu menangkap Orang Kaya Mahmood dan konco-konconya. Pasti ada bocor di mana-mana. Pasti, sangat pasti ada anggota yang menjadi tali barut kepada Mahmood!

"Tuan boleh masuk. Pesakit sudah siap dan bersedia untuk disoal siasat, tapi jangan terlalu memaksa. Pesakit belum sedar sepenuhnya." Doktor bertugas memaklumkan. Tanpa berlengah lagi, Daud masuk dan memberi salam.

"Assalamualaikum, Puan Nia Suri." Nia Suri menjawab perlahan dan mengangguk.

"Puan sedia maklum, saya hendak siasat berkaitan hal yang baru sahaja berlaku sejam sebelum ini." Daud memulakan siasatan. Nia Suri kelihatan sunggul. Dia hanya menganggukkan kepala.

"Boleh saya tahu apa yang jadi?" Daud menyoal. Namun Nia Suri hanya diam. Seakan cuba memutar ingatannya kembali.

"Maaf, saya tak berapa nak ingat." Daud mengangguk kepala. Sama ada betul atau sekadar mengelak dari menjawab, dia sendiri tidak pasti.

"Puan boleh ambil masa, saya difahamkan puan pengsan tadi. Tapi, adakah puan ingat apa yang jadi sebelum puan pengsan?" Daud menyoal lagi. Nia Suri berkerut dahinya, seakan mencuba sekuatnya untuk kembali mengingat apa yang terjadi.

"Maaf... saya tak pasti."

"Puan tak boleh nak elak puan, puan kena jujur dalam hal ni."

"Saya dah cuba tuan, tapi... saya tak ingat."

"Puan, kalau puan cuba mengelak dari bercakap yang betul. Puan boleh dikenakan tindakan. Puan penjawat awam, saya rasa puan tahu hal ni." Daud seakan mengugut setelah dia merasakan Nia Suri seakan mengelak dari memberitahu hal yang sebenar.

Ketika itu, pintu bilik dirempuh masuk oleh seorang lelaki. Mat!

"Maaf tuan, Puan Nia baru sahaja sedar. Tuan tidak patut menekan pesakit macam tu sekali." Mat bersuara, agak lantang.

"Hanya dia sahaja ada ketika itu, jadi saya pasti dia tahu apa yang berlaku."

"Rasanya tuan sedia maklum Puan Nia pengsan. Jadi, macam mana Puan Nia nak tahu apa yang jadi?" Mat membalas. Daud diam, berdecit perlahan. Nia Suri mengunci mulutnya. Hanya memerhati dan mengiyakan sahaja apa yang Mat katakan.

"Baiklah, kalau puan ada ingat apa-apa tentang kejadian tadi, boleh segera ke balai dan lapor. Maaf kalau saya menganggu. Semoga puan cepat sembuh." Daud terus sahaja keluar dari bilik itu, dia sedar, dia tak akan dapat apa-apa walaupun terus menekan. Kredibiliti seorang anggota polis harus dijaga.

"Kau okay?" Mat menyoal setelah Daud beredar. Nia Suri mengangguk. Air mata mengalir laju.

"Saya okay, tapi Sein. Sein dah kena tangkap dengan Mahmood." Ujar Nia Suri dengan air mata yang terus mengalir laju.

"Dia akan okay. Mahmood tak akan bunuh dia. Kalau tak, tadi lagi dia dah tembak." Mat membalas. Nia Suri berasa lega, sedikit.

"Tapi kenapa dia tangkap Sein? Sebab hutang Sein tu ke?"

"Kau tahu soal hutang Sein?" Mat menyoal, tidak menjawab soalan Nia.

"Tak tahu jelas tapi tahu yang Sein hutang nyawa dan darah dengan Mahmood." Mat mengangguk sahaja.

"Itu hanya helah Mahmood. Sein tak berhutang apa pun. Sein kunci kekuatan Mahmood, sebab itu dia tak boleh hilang Sein." Mat cuba menjelaskan.

"Habis tu apa saya buat sekarang?" Nia Suri menyoal, wajahnya basah dengan air mata.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LELAKI BERTATU BUNGAWhere stories live. Discover now