11

321 16 9
                                    


Sein bangun dari lena. Terasa sengal di belakang. Tidur yang tidak selesa tapi lena. Baru hendak meregang badan, terasa tangannya digenggam erat. Sein memandang ke arah tangannya. Nia Suri menggenggam erat. Seakan tidak mahu lepas. Sein menguntum senyum. Dia menunduk. Masih tidak lepas memandang ke arah tangan yang dalam genggaman Nia Suri. Perlahan-lahan dia membalas, mengeratkan genggaman.

Sein memandang pautan tangan mereka, tidak lepas. Rasa yang membuak-buak dalam hatinya membuatkan dia terus menarik pautan tangan itu mendekati bibirnya. Perlahan, dia mengucup tangan Nia Suri. Penuh kasih.

"Awak buat apa?" Suara Nia Suri menyentak Sein yang asyik dalam lamunan cinta dia. Terus sahaja dia menarik tangannya laju dan terus bangkit berdiri. Rambut dicengkam perlahan, sebelah tangan lagi dipinggang. Cuak!

"Tak ada apa, tak ada apa-apa." Sein membalas. Nia Suri menyimpan senyum. Tangan yang erat digenggam masih terasa. Kucupan Sein mengejutkan dia dari lena. Entah kenapa dia terus menyoal. Kalau dia biar lama sedikit, mungkin.... Ah! Perasan sangat perasaan yang datang ni.

"Saya lapar sangat. Awak kata nak bagi saya makan sedap-sedap?" Nia Suri bersuara. Memecah suasana janggal yang menerjah kedua mereka. Sein mengangguk.

"Aku keluar cari makan dulu." Sein mahu terus pergi dari situ. Bahang malu masih melekat pada wajahnya.

"Eh, saya boleh tunggu. Awal lagi ni, baru azan Subuh tu. Awak mandi and solat dulu pun tak apa." Sein membelek jam pada tangan, sebelum terus masuk ke bilik air yang tersedia tanpa bersuara apa-apa. Sebaik sahaja Sein hilang di balik pintu, Nia Suri ketawa perlahan.

"Comel." Getus Nia Suri, perlahan.

8.00 pagi.

Sein menaikkan katil Nia Suri, menjadikan dia duduk bersandar. Tidak terlalu tinggi, sesuai untuk membolehkan Nia makan dengan selesa. Nia Suri yang merasakan tegang pada bahagian luka berjahit, memejam mata menahan perit.

"Kau okay?" Sein menyoal.

"Okay tapi rasa sakit sikit." Nia Suri meletakkan satu bantal di bahagian belakang badannya, mengelak tekanan pada luka jahitan. Sein cepat sahaja membantu.

"Macam ni okay?" Nia Suri mengangguk.

"Lebih baik. Terima kasih." Sein kemudian menghidangkan sarapan yang dibelikan. Masa itu, makanan hospital juga sampai.

"Amboi, banyaknya makanan. Ni pesakit nak atau penjaga yang lapar sangat?" Jururawat itu menyoal, Nia Suri hanya tersenyum.

"Boleh makan kan nurse?" Nia Suri menyoal sambil menunjuk pada lontong di depannya.

"Boleh tapi elakkan pedas. Nanti sakit perut, susah nak ke tandas. Puan tak boleh banyak bergerak ya." Pesan jururawat itu sebelum keluar dari bilik.

"Haa dengar tu, jangan banyak bergerak. Nak ke mana-mana bagitahu aku. Aku boleh dukung kau." Ujar Sein sambil tangan sudah siap mahu menyuap Nia Suri.

"Dukung?" Soal Nia Suri. Sudu pada tangan Sein di ambil, Sein mengelak.

"Biar aku suap. Kau kan tak boleh banyak bergerak." Nia Suri sudah berkerut dahi.

"Tangan bergerak boleh je awak, tak payah nak suap bagai." Sein memandang Nia Suri tajam.

"Kenapa? Kau tak sudi?"

"Bukanlah. Saya..."

"Makan." Sein memotong kata dan terus menyuap ke mulut Nia Suri. Nia Suri diam. Mengunyah makanan yang telah pun sampai ke dalam mulutnya. Bukan tak sudi, tapi malu!

LELAKI BERTATU BUNGAWhere stories live. Discover now