2

138 9 1
                                    


Seminggu kemudian.

"Kenapa ke sini?" Nia Suri laju menyoal lelaki bertatu bunga itu yang tiba- tiba datang ke sekolahnya. Menunggu di depan pagar sekolah. Mujur sahaja, hanya dua orang dan mereka memakai jaket hitam. Jika tidak, mahu kecoh dilihat ibu bapa dan guru-guru lain. Ah Long kutip hutang!

"Ni kunci rumah kau. Boss aku tak nak." Nia Suri mengambil kunci rumah, keningnya bertaut rapat.

"Habis tu? cukup 300 ribu tu?" Soal Nia Suri. Membuatkan lelaki di depannya itu ketawa.

"Mestilah tak cik kak."

"Habis tu?"

"Dia nak kau."

"Gila! kalau rumah tak cukup, ambil kereta saya ni." Nia Suri menunjuk ke arah Myvinya. Lelaki itu ketawa lagi, ketawa seperti selalunya, ketawa yang menyakitkan hati.

"Aku tak tahu. Dia nak kau. Jom, ikut aku."

"Tak nak! Kan saya dah cakap, jangan nak macam macam. Saya dah cuba selesaikan dengan segala apa yang saya mampu." Nia Suri cuak. Perkara yang dikatakan ayah tirinya kembali muncul difikirannnya. Janganlah!

"Lebih baik kau ikut selagi aku masih cakap dengan baik. Dia bukan nak jual kau, kau ingat semua perempuan boleh dijual atau boleh dibuat duit. Kau ni spesis yang kalau jual pun tak laku." Tajam pulak mulut mamat nih!

"Saya takut." Terluah juga dari mulut Nia Suri yang ketika itu masih keras berdiri.

"Takut apa?" Lelaki itu sudah berang.

"Kalau kena jual macam mana?"

"Lah! Kau tak laku."

"Janganlah main main." Air mata mula menitis. lelaki itu berdecit, keningnya bertaut.

"Kitorang ni memang jahat tapi bab perempuan kitorang bersih." Lelaki lain yang bersama-sama lelaki bertatu bunga turut mengangguk dengan penyataan yang diberikan itu.

"Betul?"

"Ikut ajelah!" Lelaki itu mengisyaratkan kepada lelaki yang menjadi penonton setianya sedari untuk membawa Nia Suri menaiki vellfire mereka. Sebelum lelaki itu memegang, Nia Suri terus melangkah menjauhi.

"Saya boleh naik sendiri, jangan nak sentuh eh."

"Dah cepat!" Tempik lelaki bertatu bunga, membuat Nia Suri terus laju menaiki Vellfire hitam itu. Dalam hati Nia Suri membaca segala doa yang diingatnya. Takut, hanya Allah sahaja yang tahu.

Rumah Agam Orang Kaya Mahmood.

"Jadi isteri saya. Hutang Ghaffar semua kira selesai." Orang Kaya Mahmood yang berambut putih di depannya bersuara. Nia Suri berkerut kening.

"Yang nombor berapa?" Laju Nia Suri menyoal dengan mimik wajah geli.

"Nombor 3." Lelaki separuh usia itu menjawab dengan senyuman yang terukir. Nia Suri menggeleng laju.

"Ishhh gila betul. Saya dah cuba bayar hutang tu. Kenapa sampai nak kena jadi isteri tuan pulak?" Balas Nia Suri laju. Gila, bini nombor 3?! Sudahlah beruban penuh, muka berkedut! Bermacam makian dalam benak Nia Suri ketika itu.

"Cukup ke? Rumah tu tak sampai setahun lagi, berhutang jugak tu. tak boleh buat apa." Orang Kaya Mahmood ketawa besar, ketawa penuh angkuh. Nia Suri terdiam seketika, sebelum memandang ke arah lelaki bertatu bunga yang hanya diam tanpa suara.

"Dari saya jadi isteri nombor 3 tuan, saya rela jadi isteri dia." laju Nia Suri menunjuk ke arah lelaki bertatu bunga di lengan itu. Lelaki itu tidak beriak, hanya menjungkit keningnya. Kata-kata Nia Suri membuatkan Orang Kaya Mahmood ketawa lagi.

"Oh, Sein. Kau nak Sein." Orang Kaya Mahmood memandang ke arah lelaki bertatu bunga itu. Lelaki yang digelar Sein menggeleng sahaja dengan riak wajah yang tidak berubah, masih bengis dan serius.

"Sein tak nak, macam mana?" Orang Kaya Mahmood menyoal Nia Suri.

"Saya seribu kali tak nak kahwin dengan Tuan. Boleh tak bagi cara lain?" Balas Nia Suri, agak tajam. Membuatkan Orang Kaya Mahmood berubah riak. Tiada lagi senyuman dan ketawa.

"Bayarlah."

"Saya hanya mampu bagi tunai 300 ribu tu aje. 200 ribu lagi memang tak ada tunai. Sebab tu saya bagi rumah saya tu." Ujar Nia Suri, membela dirinya.

"Aku tak nak tahu, antara kau bayar atau jadi isteri aku." Nia Suri melepas nafas beratnya.

"Bukan saya tak nak bayar memang tak mampu dah. Gaji saya pun dah tinggal berapa aje. Kahwin? Tolonglah tak masuk akal."

"Sein, bawak dia masuk bilik. aku tahulah nak buat macam mana dekat dia sampai dia setuju." Arah Orang Kaya Mahmood.

"Boss, takkanlah..." Sein bersuara sebelum lelaki tua itu memotong.

"Kau bawak ajelah, jangan banyak soal!" Sein hanya mengangguk dan terus menarik Nia Suri ke arah sebuah bilik di hujung rumah itu. Nia Suri cuak.

"Dia... dia nak buat apa?" Nia Suri memegang lengan Sein yang berjaket kulit hitam itu.

"Dia akan buat kau menyesal."

"Tapi... tapi... awak kata korang bersih dengan perempuan." Nia Suri sudah ketakutan. Ketakutan yang mula menghimpit dirinya. Nafasnya menjadi ketat.

"Dia akan buat kau jadi isteri dia." Sein membalas lagi.

"Tak nak... saya tak nak... tolong, tolong saya." Ketika itu, Sein menolak Nia Suri ke dalam bilik itu. Nia Suri laju kembali memegang erat lengan Sein.

"Kalau... kalau dia rogol saya macam mana. Tolonglah saya... tolong." Nia Suri sudah mengongoi menangis. Sein mendengus kasar.

"Bukan masalah aku."

"Tapi awak yang bawak saya ke sini. Saya takut." Nia Suri sudah tidak betah berdiri. tangannya kuat memegang lengan Sein meminta belas.

Sein cuba menarik lengan yang dicengkam erat oleh Nia Suri. Namun, entah kekuatan mana, begitu erat Nia Suri memegang lengannya.

"Hah! drama apa lagi nih? Aku dah tak sabar, kau keluar Sein." Lelaki separuh usia itu memandang Nia Suri atas bawah penuh makna. Terus sahaja Nia Suri bersembunyi di belakang Sein, memegang jaket lelaki itu sekuatnya. Kalau perlu peluk, memang Nia Suri akan peluk lelaki di depannya ini. Entah kenapa, dia rela dipaksa kahwin dengan lelaki bertatu bunga itu daripada lelaki yang lebih tua dari ayah tirinya.

"Kalau aku kahwin dengan perempuan ni, hutang dia langsai?" Sein menyoal kemudiannya. Lelaki separuh usia itu tersenyum hujung bibir.

"Boleh. Hutang dia langsai tapi hutang kau, tak." Orang Kaya Mahmood menggeleng dengan senyuman. Sein mengangguk kepalanya.

"Aku akan kahwin dengan dia kalau itu janji kau. Pasal hutang aku, kau jangan risau. Sampai masanya aku akan lunaskan."

"Terpulang, tapi pastikan, kau berdua betul betul kahwin, kalau tidak, dua dua..." tangan digerakkan merentas leher. Nia Suri yang berendam air mata menelan liurnya berkali kali. 


**sorry, busy kerja... lupa update heeee~~~

LELAKI BERTATU BUNGAWhere stories live. Discover now