10

140 14 2
                                    


Nia Suri cuba membuka mata yang terasa melekat antara satu sama lain. Saat dia cuba menggerakkan tubuhnya, Nia Suri merasa sakit yang perit di bahagian belakang badannya, membuatkan dia berkerut dan mendesah perlahan. Bibir dan tekak juga berasa kering.

"Jangan banyak bergerak." Suara itu begitu dekat dengan telinga Nia Suri. Nia Suri membuka matanya, terasa terlalu banyak cahaya menerobos masuk ke mata, membuatkan Nia berkelip-kelip banyak kali.

"Saya dekat mana?" Nia Suri bersuara dengan serak. Sein yang berada di sisinya dipandang.

"Mestilah hospital. Tanya lagi?" Balas Sein.

"Apa yang jadi?" Nia Suri tidak berapa ingat apa yang jadi.

"Kau tak ingat? Langsung?"

"Tak... kejap." Nia Suri cuba untuk bangun tetapi bahagian belakangnya terasa perit sehingga membuatkan Nia Suri berteriak perlahan. Sein terus menahan.

"Kau buat apa ni? Kau belum sihat, luka tu tak kering pun lagi." Sein menolak Nia Suri perlahan untuk terus baring.

"Saya dahaga sangat. Ya Allah, sakitnya." Nia Suri memejam matanya rapat menahan sakit.

"Memanglah sakit, luka kau dalam. Banyak jahitan luar dalam. Jadi, rehat. Kekalkan posisi tu." Ujar Sein, sedikit kasar. Nia Suri diam.

"Nah air." Sein menyuakan segelas air yang telah disisipkan penyedut minuman padanya. Nia Suri mahu bangkit sedikit, namun Sein menahan.

"Jangan bangun, sini aku suapkan." Penyedut minuman itu dirapatkan ke bibir Nia Suri, membolehkan Nia Suri minum dengan mudah.

"Apa yang jadi?" Nia Suri menyoal lagi.

"Kau lupa, bapak kau yang cuba bunuh kau?" Sein menyoal penuh sinis. Nia Suri berkerut dahi cuba memahami sindiran sinis Sein. Nia Suri cuba kembali mengingat apa yang terjadi sehingga dia kesakitan begini. Satu persatu cuba dia ingat. Satu persatu apa yang terjadi kembali diingati.

"Ayah... apa yang jadi dengan ayah?" Nia Suri menyoal, ada getar pada suaranya.

"Kau masih nak ambil tahu? Dia tikam kau sampai jadi macam ni tau."

"Tak, dekat mana ayah sekarang ni?"

"Kau patut bersyukur Mahmood nak dia hidup-hidup. Kalau tak, kau kena buat tahlil untuk dia." Sein membidas.

"Tak berbaloi untuk awak bunuh dia pun." Nia Suri membalas, dalam mata yang masih terpejam. Baring yang amat tidak selesa. Ada bantal dilapik Sein untuk mengelakkan bahagian luka terus melekap ke tilam.

"Baloi atau tak, aku yang tentukan. Kau lapar tak?"

"Tak, sakit sangat. Tekak pun rasa kering. Berapa lama saya tak sedar?"

"Hampir 48 jam."

"Lamanya..." Suara Nia Suri perlahan membalas, sebelum dia kembali tidur. Dia masih bersisa bius.

Sein melepas lelah, panjang dan perlahan. Lega. Itu yang dirasakan sekarang. Lega Nia Suri sudah sedar. Lama dia tunggu, risau jika setakat ini sahaja jodoh mereka. Banyak janji dilempar dalam rayuan dan rintihan pada Tuhan. Dan saat Nia Suri telah buka mata, tiba sudah masa menunai segala janji yang dipaterikan.

"Macam mana bini kau?" Mat menyoal saat menemani Sein merokok di bawah pokok berdekatan hospital.

"Tadi petang dah sedar, tapi tidur balik. Belum habis ubat kut."

"Alhamdulillah, sedar dah. Lega sikitlah kau ya?" Mat menempelak. Sein berkerut memandang.

"Pandai kau puji tuhan?"

"Kau ingat aku jahil? Kau fikir kau sorang aje tau nak bertaubat?" Mat membidas. Sein ketawa.

"Mungkin dah sampai masa kita kan, takkan nak selamanya buat dosa. Aku sayang hubungan aku dengan Nia."

"Kau sayang Nia?"

"Mungkin. Dia isteri aku, aku rasa aku patut sayang dia." Mat mengangguk.

"Wajib. Nia tu baik, rugi kalau kau sia-sia kan."

"Dulu kau kata aku bodoh sebab nikah dengan dia?"

"Masa tu kau dah nak lepas dari Mahmood. Aku risaukan kau."

"Sayang betul kau dengan aku ya?"

"Kau dah macam adik aku Sein. Aku jaga kau dari kau umur 12. Lupa?"

"Takkan aku lupa Mat, sampai bila-bila aku tak akan lupakan kau."

"Semoga kita terlepas dari Mahmood dengan baik. Aku tak percaya orang tua tu. Dia bukan manusia." Mat melepas sisa-sisa asap ke udara. Puntung rokok dicampak terus ke dalam longkang besar. Sein diam.

"Kalau dia bukan manusia, aku pun sama. Aku tau dia memang tak akan lepas aku macam tu aje. Kita pun bukan bodoh. Orang-orang dia tak kuat mana Mat, kau jangan risaulah." Mat mengangguk sahaja. Faham, dia dan Sein sudah rancang sebaik-baiknya untuk melepaskan diri dari cengkaman Orang Kaya Mahmood.

"Kau dah jumpa Tan Sri Hassan?" Mat menyoal, Sein yang ketika itu baru bangkit dari duduk mengangguk sahaja.

"Bapak kau? Confirm?"

"Mungkin. Tan Sri Hassan orang besar, dia tak percaya bulat-bulat macam tu aje."

"Kau dah jumpa Tan Sri depan-depan?" Mat seakan tidak percaya.

"Yelah, besar mana pun orang tu, aku ni Sein lah!" Mat senyum meleret. Berlagak!

"Dah, kau pergi tengok bini kau tu. Entah-entah dah sedar, mencari kau pulak." Mat membalas. Sein hanya diam dan mengangkat tangan sebelum berlalu pergi.

Di wad, Nia Suri telah lama sedar. Kini dia sedang diperiksa oleh jururawat yang bertugas. Suhu diambil, begitu juga dengan tekanan darah. Semua dalam keadaaan baik.

"Puan tak boleh basahkan kawasan luka dalam tempoh 48 jam. Kurangkan bergerak, puan kena jaga jahitan tu ya, nanti terbuka susah pula." Jururawat memberi pesanan. Tidak tahu nasihat atau menakut-nakutkan. Nia Suri hanya diam dan mengangguk sahaja.

"Semua okay?" Sein yang baru masuk ke wad menyoal jururawat yang baru hendak keluar.

"Semua okay, cuma, puan banyak bergerak, tadi saya dah tukar pembalut luka baru."

"Banyak bergerak?"

"Puan nak ke tandas tadi rasanya, sepatutnya hanya guna bekas tu je buat sementara ni." Jururawat menunjuk ke arah bekas yang terletak di rak bahagian bawah sekali.

"Okay nurse, nanti saya pastikan dia tak banyak bergerak. Terima kasih." Jururawat itu terus keluar setelah pintu ditutup.

"Kau tak boleh nak sabar sekejap ke? Aku baru keluar sekejap." Sein meleteri Nia Suri yang hanya terbaring di katil. Setelah menghampiri Nia, Sein membetulkan selimut yang menutup tubuh isterinya.

"Bukan tak sabar, tapi tak tahan. Saya tunggu tadi tapi tak ada yang datang." Balas Nia, perlahan dan mendatar.

"Loceng kan ada, nurse boleh tolong kau." Nia Suri hanya mengeluh perlahan.

"Tak apalah awak, benda dah jadi. Yang sakitnya saya." Nia Suri terus memejam mata dan berpaling ke arah bertentangan. Sia-sia berlawan kata, sudahlah sakit, lapar, tekak pun rasa perit, kering. Sein datang membebel pula.

"Okay, sorry. Nak lelap balik ke? Tak lapar?" Sein menyoal, kini dia melabuh duduk di kerusi. Betul-betul di tepi katil Nia Suri. Nia tidak bersuara hanya menggerakkan kepalanya.

"Tak nak minum air pun?" Nia Suri menggeleng lagi. Sein hanya diam dan mengangguk.

"Tidurlah, rest. Esok bangun aku bagi kau makan sedap-sedap." Sein bersuara sebelum melabuh kepalanya ke tilam. Betul-betul pada tangan Nia Suri. Nia Suri berpaling memandang. Entah apa rasa yang ada ketika itu. Kosong? Tak, ada rasa tapi... apa?



*sorry, singkat sikit. nanti saya up 11 yang panjang sikit ye. 

LELAKI BERTATU BUNGAWhere stories live. Discover now