PROLOG

36 4 0
                                    

"INI BUKAN SOAL CINTA, TAPI INI SOAL OBSESI DIRIKU YANG TIDAK MAMPU KU KAWAL HANYA KERANA AKU TERLALU MENYANGIMU"

"a-ku minta ma-maaf ya, aku kena hapuskan kau sebab dia" Keisha ketawa tangannya yang memengang pisau itu bermain di tubuh wanita itu, wanita tersebut menggelengkan kepalanya, aimatanya mencurah-curah keluar. Tidak mahu dia akhiri hidupnya lagi. Sungguh dia tidak menyangka secepat ini hidupnya bakal berakhir

"keisha, aku merayu, jangan buat aku macam ni ya, kau janjikan kau nak lawan penyakit ni kan" ujar wanita tersebut, matanya memandang sayu kearah Keisha Eryna. Mendengar sahaja pujukan itu, tangan Keisha yang bermain dengan pisau itu berhenti, matanya yang sukar ditafsirkan itu mula sayu. Dia memandang wanita tersebut.

"aku, aku nak sihat. Aku sihatkan? Aku tak gila" ujar Keisha lemah

"tak..tak kau tak gila Keisha, kau cuma perlukan rawatan je, aku teman ya" ujar wanita itu lembut. tangannya yang luka itu cuba mengusap lembut lengan Keisha Eryna dengan tangan yang diikat itu. sungguh dia sayang wanita di hadapannya ini

Secara tidak langsung, Keisha Eryna menangis di dalam pangkuan rakannya itu, sungguh dia sakit dengan semua yang dia lalui. Dia mahu keluar dari dunia gelap ni. Dia sudah terseksa meranakan dirinya. Namun apakan daya, adakalanya dia sendiri tidak dapat mengawal dirinya. Dia sayangkan lelaki yang bakal menjadi suami temannya ini. Hud Luthfi.

Entah apa yang merasuk dirinya, apabila dia melihat ada wanita lain yang rapat dengan Hud Luthfi, hatinya sakit, pedih dan marah. Dia tidak mahu mereka semua rapat dengan jejaka itu. Hanya dia untuk Hud, dan hanya dia yang layak untuk hidup bersama dengan Hud, bukan perempuan lain dan bukan temannya Niara Alyssa.

"aku tahu kau tak nak buat semua ni kan, aku ... aku to-tolong kau ya" ujar Niara Alyssa lemah. Keadaannya yang sudah tidak terurus itu dibiarkan sahaja. Sudah seminggu dia di bawa ke gudang ini. Segala jenis penderitaan yang dilakukan Keisha Eryna dia rasakan. Namun dia tahu, bukan Keisha yang lakukan ini. Pasti ada orang yang mengawal minda Keisha untuk melakukan sebegini. Dia tahu, Keisha Eryna sakit namun dia juga tahu Keisha tidak akan bertindak begini jika tiada dalang yang cuba menganggu fikiran Keisha Eryna.

"kau tolong aku, ki-kita kawan kan" tidak semena-mena mood Keisha dari tadi ceria terus bertukar sedih, air matanya turun membasahi pipi mulusnya itu. Dia sayangkan rakannya ini. Hanya Niara Alyssa sahaja yang sanggup berteman dengannya.

"ya, kita kawan, lepaskan pisau tu ya" lembut sahaja Niara Alyssa bersuara tanggannya cuba mengambil pisau di tangan Keisha Eryna

"TAKKKK! TAK!!!" tiba-tiba sahaja Keisha Eryna menengking. Dia memegang kepalanya. Bagaikan ada suara yang cuba menghalang dia dari berbuat begitu. Segera dia menggetuk kuat kepalanya menggunakan tangannya itu. Cuba membuang segala suara yang ada di otaknya itu. Rambutnya yang elok tadi akhirnya menjadi serbut kerana dek perbuatan.

"KEISHA! LAWAN KEISHA" Niara membalas

"tak! Tak! Kau, kau rampas Hud dari aku!" marah Keisha. Dia menepis tangan milik Niara yang cuba memengangnya itu

"tak,a-aku ta-tak ra-m-rampas dia keisha" Niara cuba mengawal intonasinya. Dia tahu Keisha sedang berlawan dengan dirinya sendiri. Dia cuba mengesot kebelakang sedikit, ikatan di tangan cuba dileraikan.

"kau tak guna Niara! Kau rampas dia! Kau tahu macam mana aku sayang dia!! Macam mana aku cinta dia! Aku selalu cerita pasal dia dekat kau! Tapi kau rampas dia dari!!!! KENAPA NIARA?!" jerkah Keisha Eryna. Kini dia tidak mampu mengawal lagi perasaan dia. Dia marah dengan kebenaran yang mengatakan kawannya itu bakal berkahwin dengan lelaki yang dia cinta setengah mati itu.

Akibat terlalu marah dengan Niara Alyssa, Keisha Eryna melangkah kakinya untuk dekatkan dirinya dengan Niara.perasaan takut dan seram dengan Keisha mula menyerbu Niara. Dia sangat takut dengan perubahan Keisha ini. Kali ini wanita didepannya itu berubah, dari menangis kepada memberikan senyuman yang paling seram, tangannya Keisha bermain dengan pisau itu. Dia ketawa sambil berjalan perlahan-lahan kerarah Niara Alyssa.

"aku dah cakap siapa dekat dan kacau Hud aku, pengakhiran dia di tangan aku"

"kau tahu semua tu Niara, tapi kau pilih khianati aku, HAHAHA" Keisha ketawa besar. Suaranya bergaung

"dan sekarang ni, pengakhiran kau adalah M.A.T.I!" sengaja Keisha menekan perkataan mati itu

"jangan macam ni Keisha, aku sayang kau Keisha, su-sumpah aku ta-tak tahu Hud orang yang masuk minang aku Keisha" Niara membalas air matanya kembali turun.

"argh!!!" keisha membaling pisau ketepi. Sungguh dia tidak sanggup dengan semua ini. Dia jatuh ke lantai. Dia menangis! Rambutnya ditarik-tarik. Dia tidak suka begini.

"keisha" panggil Niara

"jo-jom ki-kita ke-keluar dari sini ya" ujar Niara lembut

"tak-tak, nanti dia kata aku tak sayang dia" jar Keisha, kepalanya ditutup dengan tanggan

"t-tak dia nak gunakan kau je" ujar Niara. Walaupun dia tidak tahu siapa yang dimaksudkan dengan Keisha Eryna

"aku, aku minta maaf Niara, aku-"

"NIARA!!!" belum sempat Keisha menghabiskan ayatnya tubuh Niara sudah lembik jatuh ke lantai. Niara Alyssa ditembak dari jauh. Niara sedang menahan rasa sakitnya di dadanya. Dia tersenyum memandang Keisha, memang betul hari ini adalah hari terakhirnya. Dia gembira kerana bukan Keisha yang melakukan hal terkutuk ini.

"aku...aku sayang kau keisha, aku tak cintakan Hud, su-sumpah. Dia bukan lelaki yang aku..aku cinta...aku-aku duakan dia Keisha"

"dia..di-dia ter-la..terlalu baik untuk aku, ja-ga Hud ya" ujar niara tersekat-sekat.

"lambat kau buat kerja sayang, dia ni memang layak mati" ujar satu suara garau dari belakang. Terdengar tapak kasut yang mulai dekat dengan mereka.

"Goodbye, sweetie! See you when I see you. " ujar lelaki itu sinis memadang tubuh Niara Alyssa yang mulai lemah

"ka-kau" Niara bagaikan tidak percaya dengan pa yang dia lihat

"Jade!" Keisha memeluk tubuh lelaki itu

"Yes dear, why sayang, kenapa kau lambat bunuh dia" jar lelaki itu mengusap belakang Keisha yang memeluk tubuhnya. Haruman rambut Keisha dicium lembut

" saya takut" ujar Keisha lemah

"kan aku cakap aku ada sayang. Kenapa kau nak takut? Hmm, " lelaki itu atau nama Jade bersuara lembut. Dia memandang Niara Alyysa yang sudah tidak sedarkan diri itu. Senyuman senget pamer di bibirnya. "Sorry sweetie, aku terlalu cintakan dia, aku tak boleh tengok dia sakit" getus hatinya. Puas dengan apa yang dilakukan. Tubuh keisha dipeluk dengan erat. Sungguh dia sayang dengan wanita ini. 

{SU} Into the Abyss of the Obsession :  KEISHA ERYNAWhere stories live. Discover now