INTO THE ABYSS OF THE OBSESSION: KEISHA ERYNA
"I am the shadow that lingers, always present, always haunting, never forgotten." Unknown
"Assalamualaikum Umi!" sapa Keisha Eryna teruja. Dia terus mendapat Umi Fatima yang sibuk berperang di dapur itu.
"Waalaikumsalam, haihh. Tadi cakap lambat lagi nak sampai" Terkejut Umi Fatima apabila melihat dua orang anaknya itu sudah berada di depan mata. Baru sebentar tadi dia menelefon mereka katanya masih jauh perjalanan. Ini alih-alih sudah berada di depan matanya.
"ehehe, eryna ni Umi. Katanya nak buat suprise dekat Umi dengan Abah" balas Hud ramah.
"pandai ye kamu, duduklah, Umi pon nak habis sudah masak ni" Balas Umi Fatima. Senyuman masih kekal di bibirnya.
"sayang Umi" ujar Keisha memeluk tubuh Umi Fatima. Rindu dia dengan susuk tubuh ini. Banyak yang berhutang dengan Umi Fatima.Dibayar dengan duit yang banyak pon takkan cukup untuk segala pengorbanan dari Umi Fatima dan Abah Hilmi buat dirinya.
Terlalu banyak kisah dia yang mereka tahu. Namun ada juga kisah yang mereka tidak tahu. Jika ditanya berapa banyak kasih sayang dia. Akan dia jawab tidak terkira bahkan takkan sesiapa mampu menafsirkannya dalam perkataan kerana sayang dia kepada mereka tidak tumpah seperti seorang anak kepada ibu bapanya. Dia sayangkan mereka lebih dari dia sayang Ibu bapanya sendiri. Mungkin?
"jauh termenung" tegur Hud Luthfi
"eh a-abang Hud" fikiran yang tadi mulai terbayang apabila dia ditegur oleh Hid Luthfi.
"rindu betul abang dengan tempat ni" Luah Hud Luthfi mengambil tempat disebelah Keisha Eryna. Keisha Eryna mengangguk setuju.
"Rindu sangat, banyak kenangan dekat sini. Bila teringat rasa nak putar balik masa ni" seloroh Keisha sambil tersnenyum. Disinilah dia bertemu dengan Hud Luthfi dan disini juga dia sedar dia cintakan lelaki disebelahnya ini sehinggakan memikirkan sahaja kehilangan dia sudah membuat dia tidak tentu arah.
"Abang pon sama, andai semua itu boleh diputarkan semula" luah Hud Luthfi. Ada sesuatu yang bermain dikepalanya. Nafas dilepaskan perlahan-lahan. Kepalanya ditolehkan sedikit untuk memandang Keisha Eryna.
Rambut perang milik Keisha Eryna yang panjang mneggurai itu dipandang lama. Dia ingin bertanyakan sesuatu kepada Keisha Eryna. Namun entah mengapa seperti tersekat sahaja di kerongkongnya. Jadi mungkin ini bukan masanya lagi untuk dia bertanya.
"Abang Hud" panggil Keisha.
"h-ha?" Dia mengalihkan pandangannya memndang mata Keisha pula
"abang Hud tak dengar ke soalan Eryna tadi?" tanya Keisha Eryna dengan tenang. Kepala dialihkan sedikit untuk melihat wajah Hud Luthfi.
"maaf, abang teralit tadi. Eryna tanya apa?" lembut sahaja Hud bertanya. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa ramai orang yang boleh jatuh cinta dengan lelaki yang bernama Hud luthfi ini. Bukan hanya wajah yang memang tidak dinafikan memang kacak. Tetapi sifatnya yang lembut dan peramah itu membuat dia bertambah kacak. Percakapannya yang soft-spoken itu dapat mencairkan hati perempuan tanpa dia sendiri sedar.
Siapa yang rapat dengan dia bahkan pekerja dia sendiri mengatakan perkara yang sama. Dia jarang untuk bersikap dingin dengan orang sekeliling. Bukan jarang bahkan tidak pernah dia sebegitu. Bibirnya tidak pernah lekang dari tersenyum. Sifatnya itu memang lengkap di setiap wishlist para wanita diluar sana jika ditanya berkaitan suami pilihan, memang Hud Luthfi lengkap semuanya dan layak dijadikan calon tersebut.
"abang Hud fikir apa? Ada masalah ke? nak share dengan eryna apa-apa?" Soalan demi soalan sudah mula ditanya. Tersenyum Hud Luthfi melihat gelagat Keisha Eryna.

YOU ARE READING
{SU} Into the Abyss of the Obsession : KEISHA ERYNA
Mystery / ThrillerBagaimana jika cinta tidak lagi hanya sekadar cinta? Bagaimana jika perasaan yang dulunya indah itu perlahan-lahan berubah menjadi api yang begitu panas menjalar tanpa kendali, memusnahkan segala yang disentuhnya? Api itu membakar setiap sudut hati...