INTO THE ABYSS OF THE OBSESSION: KEISHA ERYNA
"You fell in love with my heart, but you forgot one thing, I also have a darkness that burns for you"
Suasana di bandar raya seperti selalu, walaupun malam sudah melabuhi tirainya. Namun kesibukkan di jalan raya masih lagi berterusan tambahan pula hari ini adalah hari minggu. Motosikal berkuasa tinggi dipakirkan tidak jauh dari rumah wanita itu. Helmet masih dikepalanya. Matanya tetap memandang perkarangan rumah tersebut dengan penuh minat walaupun permandangan rumah yang sahaja namun matanya tidak beralih dari tadi. Sudah lebih 30 minit dia berada di situ. Senyuman penuh makna diberikan oleh lelaki itu.
"long time no see kitten, I miss you so much" ujar lelaki itu. Dibuka helmetnya. Rambut perang miliknya dibetulkan sedikit.
Sudah lama dia tidak keluar, akhirnya hari ini dia berjaya. Rindu benar dia kepada gadis yang satu ini, Keisha Eryna. Makin susah sekarang dia mahu bersemuka dengan wanita ini. Rindu pula dia pada waktu dulu, senang sahaja dia menghabiskan waktunya dengan gadis ini. Sekarang ini sebulan sekali belum tentu dia dapat berjumpa dengan Keisha Eryna.
Asap rokok yang disedutnya tadi dihembuskan ke ruang udara. Otaknya sedang ligat memikirkan cara bagaimana untuk bertemu dengan gadis yang bernama Keisha Eryna ini. Takkan dia perlu menunggu 2 3 bulan lagi. Tidak mahu dia. Dia bukan seseorang yang sabar! Dia perlu lakukan sesuatu. Ya dia perlu lakukan sesuatu
"kau tak bagi tak apa, aku akan buat sampai kau bagi" katanya setelah lama berfikir. Senyuman sinis diberikan. Matanya memandang bilik yang bercahaya itu. Dilemparkan putung rokok miliknya dan dipijak. Helmet dipakai semula sebelum dia naik ke motosikal berkuasa tinggi itu.
"see you when i see you love" ucapnya lagi sebelum pergi meninggalkan tempat tersebut.
Tirai biliknya diselak sedikit, Keisha memandang ke luar tingkap biliknya. Dari tadi dia tidak sedap hati, apabila dia merasakan seperti ada sosok yang menunggu diluar rumah sewanya itu. Mahu melihat tetapi perasaan takut melebihi segala-galanya. Apabila ada keyakinan barulah dia memberanikan diri membuka, namun malang tiada siapa yang dia lihat.
"ish, apa ni" Keisha berdesis geram. Kain tirai miliknya ditutup kasar sebelum membawa dirinya naik ke atas katil.
**********
Keesokannya, Keisha Eryna sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja barunya. Teruja dia mahu mulakan kerja di hari pertama. Tersenyum dia melihat nama panggilan yang tertera di telefon bimbitnya itu. Namun agak hairan kerana sudah lama si pemanggil ini tidak menghubunginya, eh hari ini muncul pula dia.
"hello Eryna, long time no see huh?" sapa lelaki itu.
"JADE!!!" jerit Keisha Eryna teruja
"shuh. Nak bagi telinga aku pekak ke sayang" lelaki yang bernama Jade itu membalas.
"hehehehe sorry, pergi mana lama tak muncul? Saya call tak angkat, chat tak reply. Hari ni tahu pula nak muncul" bebel Keisha Eryna
"aku sibuk la, banyak kerja nak kena buat. Kau ni asyik bebel je. Malas la aku" ucap Jade
"ehh, janganla melawak je. Alah saya nak ajak awak keluar pergi melukis tapi saya kerja la pagi ni"
"tahu, kau turunla aku dekat bawah ni, aku hantar kau" ucap Jade
"macam mana awak tah-"
"cepatla, kita pergi breakfast lepas tu terus pergi tempat kerja kau" potong Jade
"o-okey" Keisha Eryna mematikan talian.Tidak lekang senyuman di bibirnya. Rindu benar dengan lelaki itu.
Sedang ralit Jade bermain telefonnya sementara menunggu Keisha Eryna turun dia disapa oleh kawan serumah Keisha Eryna.
"Assalamualaikum, encik" Sapa Mia
Jade hanya memandang sepi wajah mereka berdua, Mia dan Sarra. Sebelum metanya beralih ke arah Keisha Eryna yang baru keluar dari rumahnya. Tidak semena senyuman dipamerkan apabila melihat sosok tubuh wanita itu. Mia dan Sarra yang berada disitu mengerutkan dahinya mereka sebelum kedua-dua mereka memandang Keisha yang datang menghampiri mereka.
"Jade" panggil Keisha dengan senyuman
"eh Mia, sarra" sapa Keisha lagi. Ingatkan mereka sudah pergi ke kerja. Sepatutnya dia akan pergi dengan mereka berdua, Namun disebabkan Jade menelefonnya tadi jadi terpaksalah dia membatalkan rancangan mereka untuk ke tempat kerja sekali.
Wajah Mia dan Sarra dipandang dingin oleh Jade. "bila nak blah" omelnya di dalam hati.
"dah habis tengok aku ke? Boleh pergi dah rasanya aku dengan Eryna nak gerak ni" balas Jade menyampah melihat wajah kedua gadis yang dari tadi asyik memandang wajahnya sahaja. Sebelum membuka pintu sebelah penumpang untuk Keisha dan dia terus berjalan masuk ke dalam keretanya.
"maafla, Jade memang macam tu, Keisha pergi dulu ya, jumpa korang dekat sana" ucap Keisha Eryna apabila melihat Jade sudah masuk ke dalam keretanya
"h- ha, jumpa dekat sana sha" jawab Sarra.
***********
"kau balik pukul berapa?"tanya jade setelah mereka tiba di tempat kerja Keisha. Rezeki Keisha Eryna apabila dia diterima kerja di sebuah klinik gigi.
"pukul 5 macam tu" ucap Keisha lembut
"okey, tunggu aku dekat sini, nanti aku datang ambil"
"eh, tak kerja ke?" tanya Keisha pula
" I am the boss" ucap Jade ringkas sebelum mengenyitkan matanya ke Keisha
"boss sangat" Keisha Eryna membuat muka menyampah.
"terima kasih awak, jumpa nanti" ucap Keisha
*********
Mia dan Sarra memandang Keisha Eryna yang baru menampak masuk keruangan kerja mereka. Senyuman Keisha masih tidak lekang dari bibir Keisha Eryna. Matanya memandang mereka berdua. Senyuman manis dipamerkan sebeum menyapa mereka.
"baru sampai?"tanya Keisha
"h-haah, baru juga, sama dengan kau" jawab Mia
"ermm, sha, tadi tu..." tanya Sarra sekerat
"apa? Ouh Jade ke?, dia tu dah macam abang Keisha dah Sarra, Dia sibuk sangat sebab tu korang tak pernah tengok dia" sudah dapat mengagak ap yang ingin diutarakan oleh Sarra.
"o-ouh, itulah tak pernah tengok, yang pernah tengok pon Hud je. tapi-"
"haah, Jade ni dia selalu kalau dengan orang luar dia memang nampak garang, kalau abang Hud, dia ramah sikit" beritahu Keisha Eryna. Mia dan Sarra mengangguk faham.
"faham, jom buat kerja" Mia bersuara, sebelum bangun dari tempat duduknya, apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi.
And the tale unfolds...~

YOU ARE READING
{SU} Into the Abyss of the Obsession : KEISHA ERYNA
Mystery / ThrillerBagaimana jika cinta tidak lagi hanya sekadar cinta? Bagaimana jika perasaan yang dulunya indah itu perlahan-lahan berubah menjadi api yang begitu panas menjalar tanpa kendali, memusnahkan segala yang disentuhnya? Api itu membakar setiap sudut hati...