BAB 4

14 0 0
                                    

INTO THE ABYSS OF THE OBSESSION: KEISHA ERYNA

"I am my worst enemy, and your fiercest protector. One part of me loves you, the other is willing to destroy anyone who gets in our way"


Seperti yang dijanji, Keisha Eryna dan Jade kini berada di tempat biasa mereka. Tempat yang jauh dari kesibukkan dan bunyi bising riuh kota. Di sini, hanya ada bunyi angin lembut yang berbisik di antara pepohonan, mencipta suasana yang menenangkan, namun penuh dengan ketegangan yang tidak terlihat. Keisha memandang sekeliling, matanya berhenti pada pemandangan senja yang semakin gelap, sementara Jade berdiri di sisinya, senyuman tipis menghiasi wajahnya.

"Ini tempat di mana semuanya bermula," Jade berkata perlahan, suaranya dalam dan penuh misteri. "Dan di sinilah kita akan tamatkan segalanya." Keisha memandang Jade dengan senyuman. Ya, disini adalah permulaan yang mengubah dirinya, dan disini juga akan ia akhiri segalanya suatu hari nanti. Rasa takut itu pati, Namun dia harus berani kerana ketika hanya satu matlamat sahaja yang membawa dia sehingga ke tahap ini iaitu Hud Luthfi. Lelaki itu sahaja matlamatnya ketika ini.

"rindunya tempat ni" ujar Keisha setelah lama berdiam diri.

"sepatutnya kau rindu aku bukan tempat ni" Balas Jade

"rindu juga, tapi awak selalu menghilang je sekarang ni" Luah Keisha

"aku ada banyak kerja sayang, ini aku dah ada depan mata kau kan?"

" so how? Hud Luthfi" Mata Jade beralih memandang Keisha

"abang Hud sekarang, makin sibuk lah awak. Keisha dah jarang tengok dia bukan jarang tapi memang tak tengok dia la macam selalu. Dia cakap kerja dekat office dia makin banyak" Keisha Eryna memulakan ceritanya. Rindu benar dia dengan lelaki itu. Sudahla tidak dapat jumpa ini da pula kerja memang makin jauh la dia dengan Hud.

"I see, alasan kerja ya..." balas suara di sebelahnya, tenang tapi berisi nada sinis. Mata Jade memandang jauh ke depan, tapi Keisha dapat merasakan tatapan itu penuh makna.

"Keisha, kau pasti dia sibuk dengan kerja saja?" Keisha terdiam seketika. Rasa rindu yang membuncah di dalam hatinya semakin berat ketika mendengar soalan itu.

"Apa maksud awak?" tanyanya perlahan, cuba menepis keraguan yang tiba-tiba muncul.

Jade tersenyum tipis, melangkah sedikit mendekati Keisha.

"Kadang-kadang, bila seseorang terlalu sibuk, kita perlu tanya diri kita sendiri... sibuk dengan apa sebenarnya? Atau mungkin... siapa."

Keisha terasa dada semakin sesak. Tiba-tiba rasa rindu itu berubah menjadi sesuatu yang lebih gelap, lebih menyakitkan. Sesuatu yang belum pernah dia rasakan sebelum ini ketakutan kehilangan Hud. Keisha menelan liur, jantungnya berdetak lebih cepat. Dia cuba menenangkan diri, namun kata-kata Jade tadi seakan menghantui fikirannya.

"Abang Hud takkan buat macam tu. Dia takkan tinggalkan sayalah Jade!" Keisha bersuara, namun kali ini nada suaranya tidak serendah tadi. Dia cuba menyakinkan dirinya, tapi kata-kata itu lebih terdengar seperti persoalan daripada keyakinan.

Jade tersenyum, langkahnya perlahan namun penuh kawalan, mendekati Keisha. "Keisha, aku tak cakap Hud nak tinggalkan kau, tapi kau kena tahu, Hud tu manusia yang ada hati. tak takut ke dia tengah ada someone dalam hati dia. Kau kan dianggap..." sengaja dia memberhentikan ayatnya sebegitu sebelum disambung dengan senyuman penuh makna

"... adik sahaja" satu persatu perkataan itu disebut dengan jelas

Keisha terkedu, setiap perkataan yang keluar dari mulut Jade seperti panah tajam yang menembusi hatinya. Dia cuba menahan diri, namun seolah-olah ada sesuatu yang memberontak di dalam dirinya. Matanya sedikit berkaca, tapi dia enggan tunjukkan kelemahannya di hadapan Jade.

"Tak mungkin... Hud bukan macam tu," suaranya bergetar, walaupun dia cuba meyakinkan dirinya. Tapi benih keraguan yang ditanam oleh Jade mula bercambah, merayap perlahan di segenap ruang mindanya.

Jade melangkah lebih dekat, membungkuk sedikit, menatap tepat ke dalam mata Keisha. "Mungkin kau terlalu yakin, Keisha. Orang macam Hud, yang tenang dan penuh rahsia. Susah nak baca hatinya. Siapa tahu dia sembunyikan sesuatu yang kau tak pernah tahu? Dan kau... hanya sekadar adik di matanya."

Keisha menundukkan kepala, cuba mengawal diri dari segala perasaan yang berkecamuk di dadanya. Dia menahan nafas seketika, cuba mengusir bayang-bayang buruk yang bermain di fikirannya.

"Tapi saya sayang dia, Jade... saya tak sanggup kalau dia hilang dari hidup aku," suara Keisha hampir tenggelam dalam kesedihan, tapi Jade hanya tersenyum, penuh kemenangan.

"Sayang takkan buat dia kekal kalau hatinya dah berpaling, Keisha," bisik Jade, matanya bersinar licik. "Dan kau tahu... aku akan sentiasa ada di sini, untuk tengok siapa yang akan menang di akhir cerita ini." Tambahnya lagi. Dia perlu menang, dan Hud perlu sentiasa berada dibawahnya!

"Ahhh!!" Jerit Keisha Eryna, air matanya mula tumpah, dia sudah tidak mampu lagi menahan rasa sakit yang menggigit di dada. Kedua-dua belah tangan menutup telinganya rapat, cuba menghalang suara Jade, cuba mengusir suara-suara kecil yang mula bergema di benaknya, mengejek dan mentertawakannya tanpa belas kasihan.

"Hud! Hud!" jerit hatinya, namun suara itu terperangkap dalam kekosongan. Dia menolak semua yang Jade katakan sebentar tadi, menolak semua kemungkinan yang mengerikan. Dia enggan percaya. Jade hanya memandang, senyuman tipis masih melekat di wajahnya, puas melihat Keisha terperangkap dalam rasa sakit dan ketidakpastian.

"Keisha... kau tahu, menjerit takkan ubah apa-apa. Dia tak dengar. Dia sibuk, ingat?" sindir Jade, suaranya mendalam dan penuh provokasi.

Keisha menggigit bibirnya, tangannya mengepal erat hingga kukunya mencengkam telapak tangannya. Nafasnya tersekat-sekat, setiap ucapan Jade terasa seperti api yang membakar hati dan jiwanya. Dia cuba menenangkan diri, tapi bayangan Hud yang semakin jauh dari jangkauannya membuatkan fikirannya semakin kacau.

"Dia bukan macam tu... Dia sayang aku... Dia sayang aku," bisiknya berulang-ulang, seolah-olah kata-kata itu mampu mengusir segala ketakutan yang kini menghantui dirinya. Tapi semakin kuat dia cuba meyakinkan diri, semakin keras suara-suara itu bergema di benaknya.

Jade menghampiri, tangannya menyentuh pipi milik Keisha dengan lembut, namun penuh maksud. "Sayang? Atau mungkin kau hanya sebahagian dari masa lalunya yang dia tak perlukan lagi? Fikirkanlah, Keisha... berapa lama lagi kau nak tunggu untuk sesuatu yang mungkin takkan pernah jadi milik kau sepenuhnya?"

Keisha menggelengkan kepala, cuba menolak kata-kata itu, tapi dalam hatinya, serpihan keraguan mula menjalar, mengukir luka yang semakin dalam. Dia tidak mampu berfikir, serabut dan bunyi bising di dalam fikirannya itu seolah menggangu dia untuk terus kekal tenang. Benar kata Jade dia perlu lakukan sesuatu. Dia perlu hapuskan sesiapa sahaja yang cuba menghalang dia dari mendapatkan Hud. Hud Luthfi! Lelaki itu milik dia dan selamanya milik dia!!

"shuh, jangan macam ni sayang" pujuk Jade apabila melihat keadaan Keisha yang sudah tidak dapat menagawal dirinya itu

"awak kena tolong saya Jade! Saya taknak diorang ambik Hud! Diorang takboleh ambik Hud saya!!" Jerit Keisha Eryna, memikirkan sahaja kehilangan lelaki itu dudah buat dia segila ini. Jika benar dia pasti tidak mampu menanggung rasa sakit yang menyerbu dirinya itu.

"kan aku cakap aku akan tolong kau? Aku ajar kau cara ya hmm?" Jade memabalas. Dipeluk tubuh wanita itu, satu ciuman diberikan di ubun-ubun Keisha Eryna. "aku dah cakap Hud. Kau buat aku sakit aku akan buat kita dua mati dalam permainan ni" senyuman sinis milik Jade dipamerkan. 

And the tale unfold~

{SU} Into the Abyss of the Obsession :  KEISHA ERYNAWhere stories live. Discover now