INTO THE ABYSS OF THE OBSESSION : KEISHA ERYNA
An obsession with untold stories is a sources of the energy; Greil Marcus
" janji dengan aku ya sayang, kau kena dengar cakap aku kalau kau nakkan dia." ujar lelaki itu sambil mengusap lembut rambut milik Keisha
"saya ingat, awak akan tolong saya kan? awak tak macam diorang semua kan. Awak takkan tinggalkan saya kan?" balas Keisha Eryna matanya tertacap pada sepasang mata koko muda itu.
"pernah ke aku tinggalkan kau? takkan." balas lelaki itu. Matanya memandang lembut mata Keisha Eryna.
" Eryna" panggil Hud Lutfi lembut.
Keisha Eryna terbangun dari mimpinya, dia memandang wajah Hud yang sedang senyum memandangnyatidak sedar bila dia tertidur. Wajah lelaki itu dipandang lama. Wajah itulah yang membuatkan dia menjadi tidak keruan. Senyuman itu jugalah membuatkan jiwanya tak tenteram. Jujur dia sangat mencintai lelaki dihadapannya ini.
Bukan Hud tidak tahu akan perasaan Keisha Eryna terhadap dirinya. Namun, sejujurnya ia hanya menganggap wanita dihadapannya ini sebagai seorang adik sahaja, tidak lebih dari itu. Ada wanita lain yang sudah berjaya mencuri hatinya.
"sampai nak pecah cermin kereta abang Hud, Eryna tengok abang macam tu"
"hah?" Keisha Eryna tersentak dengan ayat itu. Terleka sebentar melihat ketampanan Hud Luthfi sehingga dia lupa lelaki itu berada di hadapannya. Wajahnya sudah berubah kemerahan, menahan malu.
"Ery..Eryna, tak sedar abang Hud. Minta maaf" wajahnya dikalihkan kearah lain. Malu!
"tak apa Eryna, abang Hud, hensem sangat ya" sengaja mengusik lagi. Suka benar dia melihat Keisha Eryna yang seperti itu.
"Eryna keluar kejap, nak tengok kawan ada ke tak dekat rumah" balas Eryna. Sudah tidak mampu menunggu disitu. Hud Luthfi ketawa melihat kelakuan Keisha itu, senyuman manis itu terpancar dibibirnya.
Selepas 10 minit Keisha Eryna meninggalkannya, kini wanita itu kembali. Dia membuka pintu kereta milik Hud. Senyuman manis diberikan.
"sorry Abang lambat"
"tak apa, kawan ada?" tanya Hud lembut
"ada, diorang tunjuk bilik Eryna tadi, sekejap ya, Eryna nak angkat barang, abang Hud boleh tunggukan?"
"boleh je, jom" berkerut dahi Keisha mendengar jawapan dari Hud.
"jom? pergi mana?" tanya Keisha hairan
"pergi mana? angkat barang awakla Eryna" balas Hud, melepaskan seatbelt keretanya.
"eh tak apalah abang Hud, Eryna boleh angkat sendiri" halang Keisha Eryna. Segan sudah dia dengan Hud, sudah banyak lelaki itu menolong dia.
"banyak barang kan, tak apalah, abang tolong" ujar Hud lengan baju disintingkan hingga kesiku dan terus keluar dari badan kereta sebelum berjalan mengahmpiri bonet kereta.
"keish...sha" terpegun sebentar kawan Keisya Eryna, iaitu Mia selepas dia bertentang mata dengan Hud Luthfi. "hensem sangat ko abang! tak sia-sia aku berkawan dengan Keisha" getus hatinya.
"Assalamualaikum" tegur Hud Luthfi ramah
"wa-waalaikumsalam" jawap Mia, matanya masih tidak beralih memandang wajah Hud. Namun pandangan itu mendatangkan tidak senang hati kepada Keisha Eryna. Namun dia cuba mengawal perasaan.
"Eryna, tunjukkan Abang dekat mana nak letak barang ni"pinta Hud, setelah dua kotak itu diambil olehnya dari tangan Keisha.
"eh abang Hud"
"dekat mana Eryna, jom" balas Hud berjalan masuk ke perkarangan rumah yang akan didiami oleh Keisha.
***********
Usai mengangkat barang Keisha Eryna, Hud Luthfi meminta diri untuk pulang, ada kerja yang harus dia selesaikan.
"terima kasih Abang Hud, banyak sangat pertolongan abang dekat Eryna harini, dari ambik Eryna sampailah angkat semua barang Eryna masuk dalam rumah" ucap Keisha
"tak ada apalah, abang anggap Eryna macam adik abangkan, mestilah abang akan tolong adik abang yang seorang ni. Lagipula umi dengan abah dah pesan dekat abang untuk jagakan Eryna kan" ujar Hud lembut. Bagaikan ditusuk petir mendengar ucapan dari Hud Luthfi. "adik"
Senyuman pahit diberikan ke arah Hud, jadi benarlah apa yang diakatakan oleh dia. Hud anggap dia adik.
"ter-terima kasih abang Hud." ucap Keisha Eryna. Air mata ditahan tidak mahu dia menunjukkan sisi lemahnya dihadapan Hud. Orang yang dia sayangkan sepenuh raganya itu.
"abang balik dulu ya, kalau ada apa-apa, bagitahu je abang ya." ujar Hud dalam senyuman.
"baik abang, terima kasih sekali lagi, hati-hati"
Air mata Keisha Eryna menghantar Hud Luthfi pergi dari perkarangan rumah sewanya. SUngguh sakit rasa itu. bagaikan ditikam berkali-kali. Terngiang perkataan 'adik' yang disebut oleh Hud Luthfi.
"aku anggap kau lebih dari abang Hud Luthfi!" ujar Keisha dalam marah. diketap gigi kuat menahan rasa sakit itu. "aku bukan adik kau!!! aku bakal isteri kau Hud Luthfi!!" marah Keisha di dalam hati.
"kau jangan risau aku akan pastikan perkataan adik itu akan berubah suatu hari nanti!" balas Keisha dalam senyuman penuh makna. Kakinya berjalan masuk keruangan rumahnya.
bersambung~

YOU ARE READING
{SU} Into the Abyss of the Obsession : KEISHA ERYNA
Mystery / ThrillerBagaimana jika cinta tidak lagi hanya sekadar cinta? Bagaimana jika perasaan yang dulunya indah itu perlahan-lahan berubah menjadi api yang begitu panas menjalar tanpa kendali, memusnahkan segala yang disentuhnya? Api itu membakar setiap sudut hati...