BAB 7

14 0 0
                                    

INTO THE ABYSS OF THE OBSESSION: KEISHA ERYNA

"You haunt me in ways I cannot escape every thought, every dream, it all leads beck to you like a curse I cannot break

 Hari yang memenatkan buat Keisha Eryna. Tangannya laju sahaja membalut bouquet bunga yang ditempah oleh pelanggan sebentar tadi. Tidak dapat dinafikan, walaupun baru sebulan bekerja disini dia sangat tangkas dan cepat belajar. Banyak kali juga bosnya atau lebih dikenali sebagai Akak Lela memuji dirinya. Dalam asyik dia fokus kepada kerjanya telefon di poket cardigannya bergetar. Laju dia mengambil telefonnya itu. Tersenyum dia memandang nama yang terpantul di skrin telefon bimbitnya itu.

"assalamualaikum Abang Hud" sapa Keisha terlebih dahulu.

"Waalaikumsalam, Abang Hud ganggu Ryna ke ni? Maaflah" balas Hud Luthfi ramah.

"eh tak adalah, tak sibuk pon. Kenapa abang?"

"Esok weekend, jom balik tengok Umi abah nak? Umi ada call abang semalam ajak kita makan dekat sana" terang Hud

"ouh, Umi pon ada call jugak. Boleh je. Eryna rindu Umi dengan Abah juga" ujar Keisha Eryna. Dia rindukan mereka. Tapi hatinya lebih rindukan suara ini. Sudah lama dia tidak mendengar suara yang sentiasa menggetarkan hatinya tanpa sebab.

"itulah umi ada bagitahu abang dia akan call Eryna. So esok Eryna datang la eh?" tanya Hud mahukan kepastian.

"haah Eryna datang esok"

"okey, esok abang pergi ambik dekat rumah sewa ya. Dalam pukul 9:30 macam tu boleh?". Mendengar sahaja ucapan dari Hud itu. Keisha Eryna bagaikan mahu melompat hingga ke bulan sahaja. Memng itu yang dia harapkan. YES!

"eh tak menyusahkan abang ke? Eryna boleh je pergi dengan grab" tipunya. Padahal hati sudah setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Hud Luthfi.

"tak payahla grab abang Hud kan ada. Tak ada yang menyusahkan kalau dengan adik abang sendiri" balas Hud laju.

Senyuman yang tadi menghiasi bibir Keisha Eryna segera mati apabila mendengar balasan dari Hud Luthfi. Moodnya yang ceria tadi segera berubah menjadi gelap. Perkata adik itu selalu meniti di mulut Hud Luthfi. "dia tak nampak ke aku ni sayang dia, bukan sebab dia tu abang aku!! Aku bukan adik kau!!" herdiknya di dalam hati.

"o-ouh. Okeyla kalau macam tu jumpa esok abang Hud" talian diamatikan tanpa menunggu balasan dari Hud. Hatinya sakit.

"ery-" Hud memandang skrin telefonnya yang gelap itu.

Keisha Eryna menggumpal tanganya. Sakit hati dengan perkataan tadi. Matanya memerah menahan rasa. Dia tidak tahu lagi bagaimana cara untuk mencuri perhatian lelaki itu. Hud Luthfi. Susah benar lelaki itu mahu membuka mata dan hatinya untuk orang seperti dia.

Nafasnya yang makin tidak teratur itu bertambah teruk apabila perkataan dari Jade mula bermain di fikirannya

"kau kena ingat kau hanya adik dimata dia"

"Kau perlu bertindak sekarang, Keisha. Sebelum Hud terlepas sepenuhnya dari genggaman kau."

"kau perlu singkirkan semua orang yang ada di sekeliling Hud. Orang-orang yang buat dia jauh dari kau. Kau faham maksud aku, kan?"

"Hud hanya milik kau, Keisha. Ingat tu. Dan orang yang cuba halang kau dari memiliki dia, tak layak untuk terus hidup."

"tak.. Hud milik aku seorang, takkan ada yang boleh ambik da dari aku. Aku akan bunuh korang semua yang cuba ambik dia dari aku" terus berubah riak wajahnya yang tadi seperti orang dalam keadaan kerisauan yang melampau akhirnya tersenyum penuh makna.

"Aku akan bunuh korang semua" perkataan itu diulang sekali lagi dengan penuh bangga. Gunting yang berada tidak jauh dari tempatnya itu diambil dan dipandang dengan penuh suka.

Kotak fikirannya terbayangkan wajah-wajah yang pernah dia ugut dulu. Senyuman dipamerkan dengan penuh misteri.

"keisha. Aku janji keisha aku takkan kacau abang Hud lagi"

"KAU!!!" jerkah Keisha sekuatnya

"JANGAN PERNAH KAU PANGGIL DIA ABANG!!! KAU BUKAN SIAPA-SIAPA DALAM HIDUP DIA!!" tengking dia sekali lagi. Tangan miliknya diangkat untuk menampar tubuh Ayu. Ayu yang melihat itu segera melindungi dirinya dari dipukul lagi oleh Keisha Eryna. Salah dia kerana tidak pernah mendengar nasihat dari temannya yang lain agar tidak merapatkan diri dengan Hud Luthfi. Jadi inilah akibatnya.

"maafkan aku keisha, aku janji. Aku janji" rayu Ayu separuh nyawa setelah Keisha Eryna mencekam lehernya dengan kuat. Nafasnya sudah tidak teratur. Perasaan takut terus menguasai dirinya sendiri. Sungguh lain Keisha Eryna yang selama ini dia lihat dengan Keisha Eryna yang sekarang ada di depannya ini.

Keisha Eryna melepaskan cengkamannya dengan kasar, puas hatinya dapat melihat air mata yang membasahi muka Ayu itu. Pantang dia apabila ada orang yang cuba ambil Hud Luthfi dari hidupnya. Takkan terlepas dari cengkaman andai orang lain cuba menganggu Hud. Kepala di angkat memandang langit biru. Puas! Dia sangat puas.

Ketawa besar dilepaskan dengan bangga. Dia puas! Dia kembali memandang wajah takut AYu itu. Dia tahu Ayu akan menggelar dia gila. Dia tidak kesah kerana dia tahu dia memang gila. Gilakan lelaki yang bernama Hud Luthfi. Namun dengan pantas air matanya mengalir dengan laju. Dari ketawa puas berubah kepada menangis. Gila bukan?

"kau sakit?" Keisha lembut. Dia memegang wajah Ayu yang merah itu. Tempat dia menampar wanita itu.

"t-tak" jawab Ayu. Sungguh dia takut dengan manusia yang bernama Keisha ini.

"aku minta maaf ya, ak-aku tak sengaja" Keisha membetulkan rambut kusut Ayu dengan lembut. Debu-debu yang mengotorkan baju Ayu ditepuk supaya menghilang.

"ka-kau raksasa keisha!"jerit Ayu. Cuba menjauhkan dirinya dari disentuh oleh Keisha Eryna. Badannya menggeletar teruk. Tidak tahu apa nasib dia ketika ini.

"kau baru tahu ayu? Aku bukan setakat raksasa. Aku..." jeda sebentar. Matanya tepat memandang mata Ayu. Dia tersenyum sehingga menampakkan keseluruhan giginya itu. Dia merapat mulutnya ke telinga Ayu dan kemudian membisik dengan perlahan.

"aku gila ayu, aku iblis yang bertopengkan manusia, sebabtu bila aku cakap jangan, kau kena patuh arahan aku" berderau darah Ayu mendengar ucapan dari Keisha.

"arkk.."perut miliknya dipandang perlahan. Darah! Ya Keisha Eryna menikam dia dengan gunting yang dipegangnya dari tadi. Tusukan itu semakin mendalam. Takdapat dia menahan rasa sakit itu. Ayu menjerit sepuas hatinya apabila Gunting yang menusuk ke dalam perutnya ditarik keluar seperti tiada apa.

"selamat jalan Ayu" ucap Keisha Eryna pergi tanpa memandang lagi tubuh Ayu yang kian melemah dan jatuh ke tanah.

"that's my girl" dia berlalu pergi dengan senyuman senget masih lekap di bibirnya. Ya dia menyaksikan segalanya dari tadi. Bukan Keisha Eryna yang puas. Dia juga merasakan perkara yang sama. Puas dan Seronok dengan adengan yang terhidang di depan matanya tadi.

And the tale unfold~ 

{SU} Into the Abyss of the Obsession :  KEISHA ERYNAWhere stories live. Discover now