BAB 14

5.8K 157 2
                                    

"SEMUA barang dah ambil ke?" Datuk Fayyadh bertanya kepada anaknya.

"Dah papa. Cuma kejap lagi nak pergi rumah Irania jelah ambil barang-barang dia." Balas Ferhad.

Hari ni Faura akan berpindah ke rumah agam Ferhad. Tetapi Faura tetap akan balik jugak ke rumah agam keluarganya, jika dia rindu akan mereka. Ferhad tidak akan menghalangnya.

"Bye mama. Bye Tok Ma. Bye papa." Ujar Faura bersama senyuman ke arah keluarga mertuanya sambil melambai ke arah mereka.

"Jadi isteri yang solehah ok cucu Tok Ma? Because now you have someone that will accompany you for the rest of your life. You will not be alone anymore. Ok?" Kata Puan Sri Ellina kepada Faura sambil menggenggam erat tangan Faura.

Faura yang mendengar kata-kata Puan Sri Ellina terus sahaja tersenyum dah memeluk erat tubuh tua itu.

"I will..."

"MASUKLAH sayang..." Jemput Faura kepada Ferhad.

Ferhad terus memerhati sekeliling rumah agam milik keluarga Faura itu. Cantik dan gah. Itu yang Ferhad dapat katakan. Sedang dia menunggu Faura siap mengemas barang-barangnya, mata Ferhad terhenti di atas satu potret yang besar di ruang tamu itu.

Di dalam gambar itu terdapat Faura, keluarga mertuanya dan juga adik iparnya. Ferhad merenung gambar itu. Lama. Sebelum suara Faura menyentakkan nya.

"Ini potret keluarga kau kan?"

Tanya Ferhad kepada isterinya.

"Keluarga kita.."

Balas Faura membetulkan ayat yang keluar dari mulut Ferhad. Ferhad hanya tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu.

"Dah siap packing ke?" Ferhad bertanya apabila tiada kelibat beg pakaian bersama isterinya.Faura tergelak kecil.

"Khusyuk nya sayang tenung potret tu sampai tak sedar saya dah bawak beg pakaian tu turun depan sayang tadi. Sayang nampak lali sangat saya bawak masuk terus la beg tu dalam kereta.." ujar Faura sambil menjeling wajah Ferhad yang sedang termalu sendiri. Haih lah suami.

Ferhad terus melangkah keluar daripada rumah agam itu diikuti Faura. Seketika Faura berhenti dan melihat sekejap potret keluarganya itu.

"Kakak dah kahwin tau. Itu menantu ibu dan Walid juga abang ipar kepada Firash. Doakan kakak bahagia ya? Jangan risau kakak akan balik sini jugak untuk rawatan setiap bulan tu. Bye syurga kakak. Assalamualaikum..."

Faura terus melangkah keluar. Dia bukan tidak ingin bagitahu Ferhad tentang rawatan yang perlu dia lakukan setiap bulan tu, cuma dia taknak Ferhad rasa terbeban dan menyusahkan diri. Biarlah dia simpan semua ini sendiri selagi dia mampu.

"CANTIKNYA rumah sayang..." Ucap Faura apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah Ferhad itu.

"Rumah kita."

Ferhad berkata sepatah sambil melihat wajah isterinya yang sedang sedaya upaya menyembunyikan senyumannya.

Nak sembunyi-sembunyi pulak senyum tu. Senyum jelah!

"Let me show you our room." Kata Ferhad sambil menarik tangan Faura ke dalam genggamannya dan mengikut dia.

Faura pula sudah menunduk memandang tangan kecilnya yang tenggelam di dalam tangan besar itu.

Hmm kecik sangat ke aku ni? Ke dia yang besar sangat?

"This is our room.." Ferhad berkata ke arah Faura yang berada di sampingnya.

𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now