BAB 41

3.7K 100 0
                                    

"BULAN lepas waktu aku balik dari Sepanyol tu betul ke kau demam rindu? Ke demam sebab lain?" Soal Ferhad.

Tidak senang duduk Faura mendengar soalan suaminya. Takkan Ferhad dah tahu? Tapi macam mana?

"B-Betul la saya demam sebab rindu sayang. Kenapa tiba-tiba je tanya soalan ni? Pasal bulan lepas pulak tu.." terjungkit kening Ferhad mendengar nada gagap isterinya.

Kalau betul kenapa perlu gagap dan gelisah?

"Betul ni? Atau kau ada sorok sesuatu daripada aku?" Dia memanah tajam mata hazel itu.

Laju saja Faura mengelak dan memandang ke arah lain.

"B-Betul lah..."

Mengeluh dia mendengar nada gelisah itu. Faura tetap sama,tidak berubah. Masih saja mahu merahsiakan semua benda daripada dia. Biarpun rahsia itu telah melibatkan nyawa sekalipun.

"Atau kau taknak bagitahu aku yang kau demam sebab dapat ugutan siap dengan bangkai tikus lagi?" Tergamam Faura di situ.

Jadi Ferhad dah tahu?

Dia mengambil tangan kecil isterinya dan dielus lembut jemari runcing tersebut.

"Berapa banyak kali aku kena bagitahu kau yang kau tak perlu berahsia dengan aku? Aku suami kau Irania. I am your freaking husband. Dia ugut kau dengan hantar bangkai bagai itupun kau tak nak bagitahu aku lagi? For the last time ever, please don't hide anything from me again. Aku taknak apa-apa jadi dekat kau. Aku sayang kau Irania. Tak cukup lagi ke rasa cinta yang aku dah buktikan dekat kau? Murah sangat ke kepercayaan kau dekat aku?"

Mata Faura sudah memanas mendengar nada kecewa suaminya. Dia menggeleng kepala berkali-kali menidakkan tanggapan si suami.

Tangan dia naik mengusap pipi berkumis Ferhad.

"No sayang no! Saya bukan taknak bagitahu,tapi saya takut saya membebankan sayang. Sayang dah cukup letih dengan company takkan nak tambah masalah saya lagi? Saya percayakan sayang sepenuh hati saya. Tak pernah sekali pun saya meragui perasaan sayang terhadap saya. Nilai kepercayaan saya terhadap sayang adalah mahal. Very expensive. That's why I chose not to tell you about this cheap things. Because you are cost more than that. And you know that you are very precious to me more than anything sayang..."

Lega dia mendengar perakuan Faura, walaupun daripada dulu alasannya hanya sama. 'tidak mahu membebankan dia'.

Mengalir setitis air mata Faura setelah menuturkan semua itu. Dia tidak mahu Ferhad terasa dengannya kerana tidak memberitahu tentang perkara sebenar.

Tangan kasar itu naik menyeka air mata tersebut dan menyatukan dahi mereka berdua. Tertunduk sikit dia bagai menyamai ketinggian Faura.

"Tolong janji dengan aku,ini kali terakhir kau berahsia dengan aku? Lepas ni takkan ada dah rahsia, boleh? Boleh kau jujur dengan aku,rahsia apa lagi yang kau simpan sampai sekarang selama kita kahwin? Aku tak nak paksa kau,tapi memang sekarang aku nak paksa kau jujur tentang semua rahsia yang kau simpan. "

Ucapan dia terhenti sebentar sambil mengambil sedikit nafas.

"We are husband and wife.There shouldn't be any secrets between us. Because husband and wife complement each other. That's why we were created in pairs. Because we will not be able to face all the things alone. There will definitely be someone who complements us who are alone. So please keep all this in your head okay my Irania?"

Lagi sekali empangan air matanya pecah mendengar kata-kata ikhlas suaminya.

Perlahan dia membuka matanya dan direnung penuh kasih wajah tampan suaminya.

Ya Allah.

Pahala apa yang telah hambamu ini lakukan sehingga kau kurniakan aku seorang suami yang tulus menjaga dan menyayangiku sepenuh hatinya. Betapa beruntungnya aku.

Terima kasih Ya Allah.

"I will sayang. I promise to tell you about the other secret later. But for now please forgive me for all those mistakes,can you?"

Ferhad mengetuk-ngetuk dagunya bagai berfikir sebelum bibirnya menyenget.

"Sure. But with one condition." Tersenyum saja Faura membalas senyuman si suami.

Biarlah syarat apa sekalipun pasti dia akan tunaikan, janji Ferhad maafkan dia,semua dia sanggup.

"Sure. What condition sayang?" Tidak berkelip dia merenung wajah suaminya yang ketika itu tersenyum penuh makna sebelum tubuhnya ditolak ke atas katil. Terjerit kecil dia.

"This." Terasa bibirnya ditindih oleh sesuatu yang hangat. Perlahan dia membalas dan memeluk leher si suami.

Lah ini ke syaratnya? Kalau dia tahu ini syaratnya dari tadi lagi dia buat demi mendapatkan kemaafan daripada Ferhad.

Tangan Ferhad meraba-raba lampu di tepi katil sebelum ditutup. Kegelapan mula menghiasi bilik pasangan suami isteri itu.

Bye readers selamat malam. Hahahah.

"HMM aku dah malas la main sembunyi-sembunyi ni. Apa kata aku pergi jumpa dia bagi kejutan kan? Rindu la. Asyik tulis nota je. Tak fun langsung!" Bibir si dia mengherot sinis.

"Dah sampai masanya kau tahu aku siapa Faura. Kau ingat aku boleh biar kau lupakan aku macam tu je? Tak akan. Aku akan menghantui kau sampai kau mampos! Hidup aku tak tenang selagi aku nampak kau tersenyum bahagia,sebab kaulah punca aku berubah sampai macam ni! Kau punca segalanya!"

Dia mula bertindak agresif. Habis segalanya dibaling merata. Pintu terus dibuka oleh anaknya apabila si anak mendengar suara si ibu menempik kuat.

"Mama! Mama please don't hurt yourself. I need you..." Dia memeluk erat tubuh si ibu dari tepi.

"Eh kau tepilah! Kau ingat dengan ayat pujukan kau semua tu aku boleh tenang ke hah?! Pergi mati la kau! Dari dulu sampai sekarang kerja kau menyusahkan aku je kan?! Pergi! Aku tak perlukan kau budak tak guna!"

Ditolak kuat tubuh anaknya sehingga budak itu mendesis kesakitan. Tiada sedikit rasa kasihan pun dia melihat wajah yang sedang kesakitan itu.

Biarpun dialah yang mengandungkan budak ini 9 bulan tetapi tetap saja tiada secalit pun rasa sayang itu terhadap si kecil. Hatinya bagai kosong apabila melihat wajah itu.

Tidak sekali pun dia berasa tenang melihat wajah itu. Tapi setiap kali dia melihat wajah itu dia kembali teringat akan masa lalu. Bagaimana dia menjadi sebegini.

Semuanya disebabkan oleh Faura!

Dendamnya makin membara apabila melihat Faura berkahwin dengan seorang lelaki yang kacak dan kaya. Sepatutnya yang menikahi Ferhad adalah dia,bukan Faura!

Faura tidak layak!

"Aku akan bunuh kau. Aku akan hancurkan kau sampai kau gila dan rasa apa yang aku rasa! Lepastu nanti bila kau dah mati, bolehlah aku kahwin dengan Ferhad kan? Hahahaha! Dan Arzieq akan merasa ada seorang papa! Arzieq suka tak?!" Si kecil hanya angguk sedikit.

Dia sedih melihat ibunya. Apa yang telah ibunya lalui pun dia tidak tahu. Tapi jika masa boleh diputarkan semula. Dia tidak mahu wujud,kerana dia tahu dialah penyebab ibunya jadi sebegini. Itulah apa yang selalu ibunya katakan kepada dia.

Dari awal lagi, semuanya adalah salah dia. Punca utamanya adalah dia.

Dia memandang lama wajah si ibu yang sekejap marah, sekejap sedih,sekejap ketawa, sekejap memukul diri sendiri dengan senyuman tawar.

"Maafkan Arzieq mama..."

25/11/2023
8.09 malam







𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]Where stories live. Discover now