"IRANIA? Bangun makan dulu..." Ferhad menepuk perlahan tangan kecil itu.
Merengek sedikit Faura apabila merasakan tidurnya terganggu. Buka sahaja mata, pandangannya disapa dengan wajah tampan suaminya yang tidak berbaju.
"Sayang?.."
Ferhad terus mencium lembut kening cantik itu. Faura memejamkan matanya menikmati ciuman hangat di dahinya itu.
Haih pagi-pagi dah kena cium. Ahaks! Korang takde kan? Jangan risau author pun takde hmm.
"Bangun makan ya? Jamahlah sikit perut kau kosong dari semalam kan?" Pinta Ferhad lembut.
"Taknak..." Balas Faura dengan nada meleret.
Ferhad pula sudah melepaskan keluhan.
"Kita makan sikit ja ok? Sikit pun jadilah bagi alas sikit perut tu."
Terus tergeleng kepala Faura mendengar jawapan suaminya itu. Dia taknak la. Hmmph!
"Amauu..." Tersebik kecil bibir Faura menuturkan kepada Ferhad.
Bibir Ferhad pula sudah ternaik sedikit mendengar rengekan manja isterinya itu.
Kenapa comel sangat ni?
Ada jugak yang aku terkam kat sini karang.
Dia perasan Faura sejak sakit ni manja betul! Takpa dia suka!
Ferhad berdehem sekejap sebelum kembali menatap wajah cantik itu.
"Kau taknak makan aku guna cara lain nak bagi kau makan. Kau nak?" Ferhad memandang wajah bingung isterinya.
"Cara lain? Cara macam mana tu?" Tanya Faura bingung.
"Mouth to mouth.." balas Ferhad sambil bibirnya menyenget apabila melihat reaksi terkedu gadis itu.
GULP!
Air liurnya ditelan perit mendengar jawapan suaminya. Sumpah dia taknak! Terus Faura menjeling wajah suaminya.
"Gatal!"
Tawa Ferhad terus terburai mendengar kata-kata Faura itu.
Faura setia memerhati wajah tampan yang sedang tertawa itu. Tawanya kedengaran begitu indah di pendengarannya.
Sungguh indah.
Terhenti terus tawa Ferhad apabila dia perasan akan pandangan Faura ke arahnya. Pandangan itu sebelum ini sarat dengan kesunyian dan kekosongan. Namun sekarang pandangan itu penuh bersinar dan sarat dengan kegembiraan.
"Why my Irania? Kau ada rasa sakit kat mana-mana balik ke?" Risau Ferhad bertanya.
Faura terus menggeleng perlahan kepalanya.
"Nothing. I just enjoy watching beautiful view right here in front of me now.." tutur Faura ikhlas sambil mengusap perlahan rahang tajam itu.
Terkedu Ferhad di tempat nya. Setiap perkataan yang Faura ujarkan kepadanya tidak pernah membuat dia tidak tersentuh. Semua kata Faura indah belaka kedengaran di telinga.
Suara isterinya bagaikan melodi yang dia mampu ulang dan ulang lagi tanpa rasa jemu.
Perasaan itu sangat bahagia.
Amat bahagia.
Tiba-tiba
KRIUK!
Perut Faura berbunyi.
Lantas Ferhad tersenyum sinis. Taknak makan sangat. Lepastu ni bunyi apa ni?
Faura pula sudah termalu sendiri. Itulah kau taknak makan sangat! Kan dah mendapat!
YOU ARE READING
𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]
Romance[Stand alone series] FERHAD EIRSYAQ - Seorang jejaka berdarah Sepanyol Malaysia yang memiliki sepasang iris berwarna amber yang mampu membuat sesiapa sahaja yang meliriknya terpukau dan juga merupakan pemilik ZIYS GROUP.Perwatakannya yang dingin jug...