TERTUTUP kembali matanya apabila merasakan sinar cahaya yang memedihkan matanya. Perlahan mata dibuka dan dia melihat syiling putih itu. Ya dia tahu ini tempat apa.
Hospital.
Tangan kanannya terasa berat seperti dihempap sesuatu. Terus dia melihat ke belah kanannya. Dia terkejut. Kenapa dia boleh ada atas katil Ferhad pulak?
Bukan tadi dia tidur dekat sofa ke?
Terkejut dia buat kali kedua apabila Ferhad mengangkat kepalanya. Mata mereka berdua bersatu.
Lama.
Sebelum tangan Ferhad naik meraba seluruh wajahnya. Faura pula sudah pelik dengan tindakan suaminya. Bukan ke Ferhad tak ingat dia?
"My irania..."
Faura membulatkan matanya apabila mendengar nama panggilan yang diberikan Ferhad untuknya. Apa semua ni?
"Bukan ke sayang tak ingat saya? Macam mana boleh panggil saya Irania pulak ni?" Ferhad memejamkan mata seketika sebelum menghembus nafas perlahan.
"Tak. Aku tak hilang ingatan. Aku hanya main-main je dengan kau. Aku tak sangka akan jadi sampai macam ni sekali. Sumpah aku menyesal. Aku minta maaf Irania..." Ferhad cuba meraih tangan kecil itu namun Faura menariknya menjauh.
"What? You lie to me?" Bergetar nada suara serak itu bertanya sambil mata sudah mula bergenang.
"Aku tak bermaksud pun Irania. Please... Forgive me. Aku rindu kau. Hukumlah aku kalau kau nak,tapi jangan minta aku jauh dari kau. Aku tak sanggup. Aku taknak hilang kau sekali lagi." Berkerut dahinya apabila mendengar ayat terakhir itu. Hilang dia lagi sekali?
"What do you mean by lose me again?"
Tersenyum sikit dia mendengar soalan isterinya. Kalau lah Faura tahu macam mana takutnya dia waktu jantung Faura tak berdegup. Masa tu dia rasa macam dunia dah hilang. Gelap je dia rasa.
"Tadi kau pengsan. Muka kau pucat, hidung kau berdarah,badan kau sejuk sangat. Lepastu jantung kau tak berdegup. Nadi kau pun tak jumpa. Tia kata sebab dalam badan kau ada racun and dekat lengan kau ada kesan macam lepas kena cucuk. Mind to tell me how can this happen and when?"
Terdiam Faura mendengar jawapan suaminya. Jantung dia tak berdegup? Takkan dia nak bagitahu Ferhad yang ada budak lelaki mana entah cucuk racun tu dekat lengan dia?
"Saya tak tahu..." Ferhad mengeluh sebelum dia membuka telefonnya dan satu rakaman dimainkan dan ditunjukkan kepada isterinya.
Tidak berkutik Faura melihat rakaman di mana dirinya yang sedang duduk di bawah pokok itu sebelum budak lelaki itu bertindak mencucuk racun itu ke arah lengannya secara tiba-tiba.
"Tak tahu ke buat tak tahu? Benda serius macam ni pun kau still nak rahsiakan daripada aku? Why? That's how I'm not important in your life? Aku tahu kau marah lagi dekat aku. Tapi sekurang-kurangnya bagitahu benda sebenar dekat aku. Tak perlu cakap tak tahu. Aku suami kau Irania...Bukan orang luar."
Dia hanya diam tanpa ada niat ingin membalas. Ya dia masih marah dengan tindakan suaminya itu,tapi dia bukan anggap Ferhad orang luar dia cuma kan Ferhad tak ingat dia? Buat apa dia bagitahu?
KTAK!
Pintu dibuka oleh Datuk Fayyadh. Puan Sri Ellina dan Datin Elizabeth tidak ikut Harini katanya ada kerja sikit.
"Menantu papa!" Tersengih saja Faura sebelum tangan dia mendepa luas untuk memeluk tubuh bapa mertuanya.
"Papa! I miss you! Papa sihat?" Datuk Fayyadh membalas pelukan itu sebelum dia mencium sekilas pundak kepala Faura.
Betapa dia sayang akan menantunya ini.
Tuhan saja yang tahu macam mana risau nya dia apabila melihat keadaan Faura tidak sedarkan diri tadi.
"Eleh sibuk tanya papa sihat ke tak,tak sedar diri tu tengah sakit..." Memuncung Faura mendengar jawapan Datuk Fayyadh.
"Alah...Faura tanya je. Tak boleh ke? Tak boleh takpelah,Faura nak pergi cari papa baru la macam ni." Bersilang tangan dia menandakan dia merajuk. Tergelak besar Datuk Fayyadh.
"Hei mana boleh! Faura boleh ada papa sorang je tak boleh ada papa lain dah!" Tergelak saja Faura sebelum tangan dia naik tabik sikit kepada Datuk Fayyadh.
"Baik Tuan! Saya menurut perintah!"
Mencebik perlahan Ferhad melihat kemesraan isterinya dan papanya. Amboi dengan dia bukan main senyap. Senyum pun tidak.
Kalau dengan papa,laju je peluk lah,senyum lah,ketawa lah. Giginya diketap kuat.
Eeeee sakitnya hati!
Dia pun nak peluk cium bini dia jugak! Mana aci papa yang dapat semua tu dulu dari dia!
Ferhad berdehem kuat bagi mengalihkan perhatian reunion menantu dengan bapak mertua tu.
"Tia cakap kau dah boleh balik kejap lagi. Pergi tukar baju. Aku dah bawa baju dari rumah. Aku nak pergi kaunter kejap bayar bil."
Dia hanya angguk tanpa melihat wajah suaminya. Dia masih merajuk. Datuk Fayyadh hanya melihat susuk anaknya keluar sebelum dia memandang wajah menantunya.
"Faura..." Lembut saja dia menyeru menantunya.
"Ya papa?"
Tangan kedut itu naik memegang sisi kepala Faura yang berlapik tudung sebelum diusap perlahan.
"Menantu papa ni isteri solehah kan? Faura tahu kan tak baik tarik muka dengan suami? Berbaik lah dengan dia ya? Jangan risau,papa dah ajar dia cukup-cukup sebab buat anak dara papa ni sakit! Maafkan dia ya? Kamu tahu kan syurga kamu siapa? Jadi janganlah terlalu marah akan satu hal kecil yang dia buat sehinggakan Faura lupa banyak mana kebaikan yang dia dah buat dekat kamu. Ok anak papa?"
Terdiam Faura dibuatnya. Lama dia mendiamkan diri sebelum dia memandang kembali wajah tua Datuk Fayyadh dan tersenyum manis.
"Ok papa..."
FAURA terus naik ke bilik mereka meninggalkan Ferhad seorang diri di bawah ruang tamu. Ferhad mengeluh berat sambil meraup mukanya kasar.
"Main-main lagi kan? Ambik kau Ferhad!" Kakinya naik menendang kasar sofa di hadapan.
Tanpa dia sedar Faura sedang memerhati tingkah nya dari atas. Tangan Faura naik menekup mulutnya daripada mengeluarkan sebarang suara tawa.
Dia dah tak merajuk saja nak tengok suami dia pujuk dia macam mana. Terus dia masuk ke dalam bilik tidur mereka.
Dia ingin mengambil baju tidur namun matanya terhenti pada satu kotak di dalam almari. Dia membuka kotak itu dan ianya berisi sehelai baju satin nipis berwarna hitam. Hadiah perkahwinan pemberian Puan Sri Ellina dan Datin Elizabeth kepadanya.
Kain itu sangat tipis hingga kalau dia gigit pun boleh putus tali dekat bahu ni. Dia mendapat satu idea yang bernas sebelum bibirnya tersenyum penuh makna.
Show time!
KTAK!
Ferhad membuka pintu perlahan dan saat itu juga kelibat isterinya baru keluar daripada bilik air dipandang.
Terjatuh terus beg pakaian yang dibawanya. Dia menelan liur perit apabila melihat cara pemakaian isterinya.
Tidak pernah dia melihat Faura berpakaian begini. Memerah terus telinganya kini.
Faura pula sudah gelak sakan dalam hati melihat riak wajah terkelu suaminya. Telinga itu juga sudah merah.
"I-Irania..."
Kelat saja liur ditelan.
Papa tolong Ferhad.
18/11/2023
5.08 petang
YOU ARE READING
𝗠𝗿𝘀. 𝗙𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗘𝗶𝗿𝘀𝘆𝗮𝗾 [𝗖]
Romance[Stand alone series] FERHAD EIRSYAQ - Seorang jejaka berdarah Sepanyol Malaysia yang memiliki sepasang iris berwarna amber yang mampu membuat sesiapa sahaja yang meliriknya terpukau dan juga merupakan pemilik ZIYS GROUP.Perwatakannya yang dingin jug...