Love, In Action!

733 42 9
                                    

Love, In Action!
Naz Balqis
2024

𐙚˙⋆.˚ ᡣ𐭩

Unexpected meet, lead to unexpected love.

𐙚˙⋆.˚ ᡣ𐭩

BLURB

Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si teman lelaki yang psiko dan panas baran. Walaupun begitu, Fakha sukar menerima kenyataan dan tetap berkeras ingin menjalin cinta bersama Najla.

Menggunakan Naaila, Fakha mengatur perjumpaan demi mendapatkan jantung hatinya semula. Namun, Naaila tetap Naaila. Sekali buat tahi, tiada maaf bagimu. Kata setuju yang diberikan untuk berjumpa dengan Fakha hanyalah kerana mahu memberi kesedaran kepada lelaki itu. Ada sesuatu yang telah Naaila rencanakan supaya dapat membalas segala perbuatan Fakha terhadap adiknya.

Malang tidak berbau, pelan itu ranap dan tidak berpihak kepada Naaila. Fakha tidak muncul pada hari kejadian, dan rancangan Naaila sudahnya memakan diri. Lelaki berbaju hitam yang sepatutnya disimbah dengan air adalah Fakha. Bukan lelaki asing, atau lebih tepat lagi seorang pelakon yang sedang meningkat naik.

Akibat kejadian tersebut, nama Hafiq Iqmal semakin menjadi tumpuan media. Kehadiran Naaila mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya sudah panas di antara dia dan Rania Khan. Disebabkan itu, Hafiq nekad ingin mencari Naaila sehingga mereka bertemu kembali. Walau apa jua keadaan, gadis itu perlu bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.

"Saya minta maaf." — NAAILA MAISSA

"Aku tak jumpa kau untuk dengar permohonan maaf." — HAFIQ IQMAL

Naaila bersama hatinya yang resah, Hafiq dengan caranya yang keras. Permulaan perkenalan mereka yang tidak dijangka itu menjadi titik pemula kepada sesuatu. Sesuatu yang bakal menggerakkan hubungan Naaila dan Hafiq ke arah sebuah senario menarik.

Apakah rancangan mereka di kala itu untuk meredakan isu yang dilemparkan media?

𐙚˙⋆.˚ ᡣ𐭩

Presenting...

Presenting

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𐙚˙⋆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𐙚˙⋆.˚ ᡣ𐭩

Publish semula selepas terkenang chat dengan fanaazmina hahaha. Plus, idea untuk cerita ni dirombak balik atas beberapa sebab. Moga-moga tangan tak gatal lagi unpublish buat entah kali ke berapa.

Love, In Action!Where stories live. Discover now