HAMPIR kehabisan bateri, Qistina masuk ke dalam bilik Naaila untuk mengecas telefon pintarnya. Punyalah ralit memasak mi goreng bersama Puan Melati untuk santapan malam sebentar lagi, tak sedar langsung bateri telefon dia hanya tinggal 10 persen sahaja.
Tak hairan la Qistina selalu menyibuk di sini setiap kali dia kebosanan di rumah. Maklumlah, semua adik-beradik Qistina sudah berkeluarga manakala mummy dan daddy dia pula sejenis buat hal sendiri melainkan jika ahli keluarga mereka lengkap di rumah. Mungkin, kerana kehadiran cucu la yang secara tak langsung membuatkan kemeriahan itu kembali wujud setelah sekian lama Qistina rasa 'kosong' walaupun semua ahli keluarganya masih ada. Tambahan pula, mummy dan daddy dia sejenis orang yang terlalu mementingkan kerjaya.
Namun, disebabkan itu jugalah Qistina berganda-ganda rasa syukur apabila kedua-dua ibu bapanya menyokong minat dia dan Naaila. Siap membantu dari segi kewangan semasa mereka membuat keputusan untuk mencebur secara serius dalam perniagaan bakeri.
Lain pula dengan keluarga Naaila yang sangat rapat antara satu sama lain walaupun susuk seorang ayah telah hilang semenjak Naaila dan Najla masih kecil. Mungkin, kerana itu Qistina rasa sangat dekat dengan seluruh ahli keluarga Naaila, termasuk Najla dan Puan Melati.
Sejak Qistina berkawan baik dengan Naaila semasa mereka menyambung pelajaran dalam peringkat degree, dia memang selalu datang tidur di sini. Lebih-lebih lagi, mereka pernah jadikan rumah Naaila sebagai tempat untuk perniagaan home-baking semasa bakeri kafe belum wujud. Ketika itu, mereka berdua tengah kumpul wang untuk membuka bakeri kafe.
Tiba di bilik Naaila, tujuan Qistina adalah meja sisi yang terletak di tepi katil, tempat adanya suis yang telah dicucuk dengan pengecas. Telefon Naaila yang sudah penuh dicas itu Qistina gantikan dengan telefon miliknya.
Ikutkan, Qistina nak terus keluar saja selepas itu. Namun, missed call yang tertera di notifikasi skrin telefon Naaila membantutkan niatnya serta-merta. Banyak pula tu. Berapa lama la si Naaila ni mandi sampai tak perasan ada orang call dia. Entah dia mandi atau dia cuci loji kumbahan dalam bilik air tu.
Sempat Qistina menggeleng seraya menghela nafas sebelum keningnya hampir bercantum apabila melihat nama si pemanggil yang kelihatan asing itu. Sejak bila Naaila tambah kontak baru? Tak ada pun dia ceritakan kepada Qistina. Mustahil Qistina tak tahu apa-apa sedangkan mereka asyik berkepit saja sepanjang masa.
HI
Missed CallHi apa? Hihihi ke? Dah serupa bunyi puntianak pun ada.
Kutuk Qistina apabila melihat nama yang disimpan oleh Naaila tersebut.
Kepala sedang berkira-kira sama ada hendak menelefon semula bagi pihak rakan baiknya ataupun tidak. Risau itu panggilan penting saja. Kalau tak penting, Qistina pun tak heran. Kebetulan pula, tika itu juga telefon Naaila berdering sekali lagi. Tiada keraguan, terus dia menyambut panggilan tersebut tanpa berfikir panjang. Qistina menanti gerangan si pendail bersuara dahulu memandangkan dia tak tahu siapa yang berada di hujung talian.
"Kau letak phone dalam peti besi ke? 15 kali call baru dapat."
Mencebik kehairanan bibir Qistina.
Suara ni... macam dia pernah dengar.
"Helo? Ada orang tak? Dengar tak suara aku?" Suara yang sama kedengaran lagi. Kali ini, lebih perlahan. Barangkali, lelaki di hujung talian sedang melihat kembali skrin telefonnya apabila Qistina tidak memberi balasan apa-apa.
"Siapa ni?"
"Siapa tu, Qis?"
Serentak Naaila dan Qistina menyoal. Pertanyaan yang sama, ditujukan kepada dua orang yang berbeza.
Tak sempat Qistina nak dengar jawapan daripada manusia di corong telefon, iPhone milik Naaila pantas diserahkan semula kepada si tuan badan. Sambil Naaila menapak ke arah Qistina, rambut yang tengah basah itu digosok menggunakan tuala kecil.
"Entah, tak kenal. Tapi, suara dia macam... familiar. Kau save nama dia dengan HI. Siapa HI tu, Nai?"
Mendengarkan itu, automatik berubah mimik muka Naaila. Yang tenang, kini menjadi kacau. Sebab dia tahu, Hafiq takkan tiba-tiba call tanpa sebab. Sudah semestinya la, kan? Ada la tu Hafiq nak minta tolong apa-apa. Mereka bukannya pasangan bercinta yang nak on call bersayang-sayang malam-malam begini. Jangankan malam, kalau pagi, tengah hari dan petang sekalipun, perlu ada asbab kukuh melainkan otak Hafiq itu telah dicuri beruk.
Tidak terus membalas soalan Qistina, Naaila melekapkan rapat telefon ke sisi telinga. Sambil diperhati raut wajah Qistina yang masih dalam kebingungan, dia mengatur bicara.
"Nak apa?"
"Jumpa kau. Sekarang."
Jatuh rahang Naaila tanpa sempat ditahan. Suka hati hempedu paru-paru dia aje nak arah Naaila tak kena masa. Ya, benar, Naaila setuju dengan rancangan Hafiq, tetapi tindakan lelaki itu sangatlah di luar kotak fikiran. Hafiq nak buat apa malam-malam macam ni? Menyesal pula Naaila terbabit sama dengan entah apa yang jejaka itu fikirkan sebenarnya.
"Rumah kau tak ada jam ke? Tahu tak sekarang dah pukul berapa? Jumpa esok tak boleh ke?" Percayalah, dah habis tenang dah ni Naaila menyoal.
"Tak boleh. Kita tak ada masa. Disebabkan esok la, ada benda kita kena study. Sementara baru pukul 8.45 ni, baik kita jumpa sekarang. Kalau dah lewat nanti, tak elok kau nak keluar. Ajak kawan kau sekali. Aku pun ajak Noah. Kita jumpa dekat-dekat dengan rumah kau je. Tak lama pun aku nak ambil masa."
"Penting sangat ke? Tak boleh cakap melalui call je?" Berkemut-kemut wajah Naaila menahan jengkel. Sesungguhnya, dia sangat malas nak keluar. Baru saja habis mandi ni, dah kena tambah kekotoran degil lagi di luar rumah.
"Kalau tak penting, tak ada la aku cakap macam tu. Aku akan cakap... hai sayang, tengah buat apa tu?" Begitu mudah perkataan itu gelincir dari mulut Hafiq.
Naaila rasa tubuhnya seperti kena renjatan elektrik sehingga menggigil kegelian. Dengan tidak bernada, tidak ada sensitiviti, Hafiq menyebut panggilan sayang sesenang itu kepada dia? Helo, Naaila ini bercinta pun tak pernah! Dia hanya nak bagi izin suami dia aje panggil macam tu tau. Okey, Naaila cuba faham, mungkin Hafiq tak serius dan tak sedar pun dengan kata-katanya. Barangkali, ini adalah komplikasi kronik sebab banyak berlakon drama cinta. Salam takziah kepada bakal isteri Hafiq dari Naaila.
"Aku tahu kau pelakon, tapi sayang-sayang jangan sebut, eh. Kembang anak tekak aku. Aku bukan pelakon, jadi aku tak boleh tahan diri dari rasa nak termuntah. Huh, dah la. Bagi aku bersiap dulu. Nanti aku send location dekat WhatsApp." Bebola mata diputar ke atas sebelum Naaila mematikan talian. Saat itu juga, dia terus menghantar sebuah lokasi tempat berdekatan rumahnya yang sesuai untuk mereka bersua muka.
"Oi! Kau ada nombor Hafiq tak bagitahu aku pun. Sejak bila ni? Ada something special yang aku tak tahu ke?" Qistina tidak melepaskan peluang, dan-dan itulah dia sergah Naaila apabila panggilan telah diputuskan. Dengan mata yang menjegil, Qistina menanti penjelasan.
Alamak, sudah! Naaila garu kepala.
YOU ARE READING
Love, In Action!
Romance𝐇𝐀𝐅𝐈𝐐 𝐈𝐐𝐌𝐀𝐋 ✦ 𝐍𝐀𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀 Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si tem...