09

286 34 6
                                    

ENTAH mengapa, senyuman itu kelihatan sangat tidak ramah pada pandangan Naaila. Seperti robot, tak ada perasaan. Tapi, tak apa. Naaila tetap balas dengan senyuman walaupun harus memaksa diri. Niatnya berjumpa Hafiq hari ini adalah untuk memohon maaf, jadi dia patut ikhlaskan hati dan terima apa saja layanan Hafiq dengan sabar. Tak boleh terpesong niat!

Duduk dilabuhkan berhadapan dengan Hafiq yang lengkap berpakaian hitam dari atas hingga bawah. Di luar sedar, mata Naaila turun naik memerhati gaya lelaki itu. Topi hitam, oversized blazer hitam, jeans pun hitam. Suka betul Hafiq dengan fesyen grim reaper. Mujurlah t-shirt dalam dia berwarna putih. Dia tak tahu ke bila dia pakai macam ni dengan muka yang ketat itu lagilah nampak aura menyeramkan.

Ini ke pelakon yang digilai ramai?

"Naaila Maissa..." seru Hafiq monoton seraya menanggalkan sebelah sahaja tali pelitup muka, membiarkan ia tergantung di telinga kanan.

Suara garau tersebut membuatkan mata Naaila kini fokus ke arah wajah jejaka itu pula. Boleh la, kacak juga si Hafiq ni. Mata almond-shaped dia yang berwarna dark brown serta bulu mata yang lentik itu menangkap perhatian Naaila. Hari itu kenapa Hafiq tak nampak kacak ya? Oh, mungkin sebab dia ingat Hafiq adalah Fakha, jadi kekacakan itu telah dikaburi dengan perasaan marah. Geram betul Hafiq dengan Naaila ya sampai timbul jawline di tulang pipinya.

Apabila Hafiq melepaskan deheman kuat, automatik Naaila membasahkan tekak. Hampir tercunggit tepi bibirnya. Eleh, tengok sikit aje pun, cuba relaks. Tak tergoda pun Naaila dengan wajah kacak dia tu. Demi keamanan sejagat, Naaila simpan saja apa yang ada dalam hatinya.

"Tak puas lagi ke tenung? Nak aku bagi masa berapa jam?" Pergelangan tangan diangkat Hafiq, mengerling jam berjenama Cartier yang terlilit di situ.

"Hah?" Kali ini, riak wajah Naaila tidak bisa dikawal dari melepaskan rasa jengkel, namun cepat-cepat dia tahan reaksi itu supaya terus berkelakuan sopan. Tahap keselambaan Hafiq melontarkan soalan tersebut agak mengejutkan dia. Dengan muka dingin yang dipamerkan, berserta nada yang sangat sumbang didengari itu, lagilah membangkitkan kejanggalan antara mereka.

"Hmm, tak apa, Hafiq. Terlebih cukup dah ni. Sorry kalau Hafiq salah faham dengan pandangan saya tadi. Saya tak ada niat yang bukan-bukan," balas Naaila dengan nada yang tenang. Wajah dimaniskan untuk cuba terlihat mesra walau hatinya sedang bara.

"Okey."

Wah, itu aje dia balas? Rasa terbantut Naaila nak teruskan bicara. Hilang habis segala kosa kata yang elok-elok untuk disusun menjadi ayat. Tubuh Naaila mengeras, memikirkan bagaimana dan daripada mana dia harus mulakan perkara ini.

"Teruskan, let's see apa hal yang mustahak sangat kau nak bagitahu aku secara depan-depan macam ni. Bukan kau... sengaja nak jumpa aku face-to-face, kan?"

Damn! Perasan betul mamat ni. Naaila kemam bibir, sedang berkira-kira jawapan yang paling sesuai untuk menjawab persoalan serkap jarang itu. "Saya faham mungkin Hafiq susah nak percaya apa yang saya cakap lepas segala benda yang terjadi antara kita, tapi tujuan saya nak jumpa Hafiq hari ni betul-betul sebab saya nak minta maaf." Serius bicara itu meluncur keluar dari ulas bibir Naaila.

"Okey. Kalau kau sekadar nak minta maaf, through DM pun boleh." Bukan niat Hafiq hendak mempersoalkan lebih-lebih sehingga nampak kurang ajar, tetapi dia nak mengelak dari sebarang muslihat. Bukan tak pernah, ada saja peminat yang kadangkala lebih sudu dari kuah.

"Ya, memang saya boleh minta maaf melalui DM, tapi saya rasa tak cukup proper kalau nak jelaskan betul-betul apa yang berlaku memandangkan apa yang saya buat tu kesilapan yang agak besar. Mungkin lebih besar untuk pihak Hafiq memandangkan Hafiq public figure. Ibu saya pun suruh setel elok-elok dengan Hafiq supaya tak ada masalah berbangkit kemudian hari. Sekurang-kurangnya lepas Hafiq dah tahu situasi sebenar saya, Hafiq boleh percaya maaf saya dan saya pun boleh lega." Lancar penerangan Naaila.

"Okey..." Itu saja yang Hafiq rasa hendak balas, memberi peluang untuk Naaila menghabiskan apa yang dia mahu.

"Untuk apa yang berlaku dekat restoran tu, saya betul-betul minta maaf sebab bertindak melulu. Saya curah air dekat Hafiq bukan sebab nak buat nama Hafiq makin dipandang serong, nak menjatuhkan karier Hafiq sebagai pelakon, atau apa-apa niat lain yang disengajakan. Apa yang terjadi tu... seratus peratus salah faham dan saya mengaku, saya bersalah terhadap Hafiq."

"Macam yang Hafiq dengar dekat restoran, apa yang saya cakap tu semuanya ditujukan untuk Fakha, ex-boyfriend adik saya. Saya tak pernah tengok muka Fakha dan tak pernah terlintas nak tengok selama dia bercinta dengan adik saya. Saya pergi restoran untuk jumpa dengan Fakha buat pertama kali dan terakhir kali pun sebab saya nak halang dia dari jumpa adik saya. Waktu tu, saya cuma tahu pakaian apa yang dia pakai dan kebetulan dekat sana, Hafiq sorang je berpakaian macam tu. Sebab tu, saya yakin yang Hafiq adalah Fakha. Salah saya juga sebab tak bagi peluang untuk Hafiq cakap apa-apa."

Hafiq sengap sekejapan setelah Naaila menyudahkan penerangannya. Dia faham, dia terima, dia cakna, apa yang berlaku tersebut bukanlah kemahuan mereka. Tetapi, apa yang telah viral tetap tidak dapat dipadam dan dihapuskan daripada fikiran orang walaupun Noah telah berjaya menghubungi pihak yang memuat naik untuk menurunkan video tersebut.

"Kau tahu kan apa yang kau buat ni tak patut? Dan, benda ni jadi lagi besar bila kau salah orang, dan secara tak langsung dah melibatkan aku sekali."

Perlahan, kepala diangguk Naaila. "Tahu. Tak patut bila saya dah tersilap orang. Kalau Fakha yang ada dekat restoran tu, saya tetap akan buat benda sama lepas apa dia dah buat dekat adik saya. Benda ni pun takkan viral macam sekarang atas kerelaan Fakha dan kita orang bukan la sesiapa untuk diviralkan." Jujur Naaila meluahkan isi hatinya walaupun kemungkinan besar Hafiq akan rasa dia perempuan miring. Naaila rasa, Hafiq patut tahu bahawa dia memang sudah ada sasaran sendiri, bukan sengaja hendak berbuat begitu kepada jejaka tersebut.

Pada awalnya pun, Naaila tidaklah serius mana nak curah air dekat Fakha. Kalau marah dan hamburkan geram, itu ada. Apa yang berlaku adalah di luar kawalan Naaila juga kerana akalnya yang pendek. Kebetulan pula bila dia nampak ada air atas meja Hafiq. Itu yang... splash! Boom, viral.

Sementara Hafiq, menjongket sebelah bibir. Sukar untuk dia percaya ada manusia macam ni dalam dunia. "Aku rasa, kau ni patut masuk kelas mengurus emosi. Aku tak pernah jumpa perempuan abnormal macam kau. Letak tepi masalah kau dengan Fakha. Kau curah la air dekat siapa-siapa pun dekat publik, kau yakin ke takkan viral? Sekarang ni zaman social media, Naaila Maissa. Kau kena lebih bijak dengan tindakan kau walau apa pun masalahnya."

Terkebil-kebil Naaila pandang Hafiq. Kenapa dia rasa macam kena marah pula ni? Seperti perlian dan sindiran pun ada.

"Bila dah jadi macam ni, kau susah, aku pun susah."

"Kalau Hafiq nak saya bersihkan semua benda ni, saya boleh cuba walaupun saya tak tahu macam mana. Hafiq bagitahu je apa yang saya kena buat." Bebola mata Naaila lurus menentang mata Hafiq, menandakan dia yakin dan serius.

"Tak payah. Biar aku setelkan. Aku maafkan kau, jadi kau duduk je diam-diam."

"Fiq..."

Naaila yang bingung dengan kehadiran seseorang itu spontan berdiri. Tadi, dia nampak wanita tersebut menghampiri mereka sebaik sahaja masuk ke dalam bakeri kafe. Kenalan Hafiq ke? Bila dia lihat Hafiq sedang kalut memusingkan tubuh ke belakang dalam kegelisahan, Naaila semakin tertanya-tanya. Lelaki itu berdiri tegak dengan tingkah yang langsung tidak nampak tenang seperti mereka 'berbincang' tadi.

"Fiq buat apa dekat sini? Siapa ni?"

"Mama..."

~

Jeng jeng jeng... apakah yang bakal berlaku selepas ini.

Love, In Action! Where stories live. Discover now