04

192 21 7
                                    

LETAK duduk topi dikemaskan Hafiq sembari tubuhnya disandarkan selesa pada kepala kerusi. Telefon yang ketika itu berdering minta diangkat laju dibawa ke telinga sebaik sahaja panggilan diterima. Melihat nama Noah yang tertera di skrin sebentar tadi membuatkan dahinya tidak semena-mena bergerutu. Hati mula rasa tak sedap kerana pastinya Noah tidak akan menghubunginya saja-saja.

Tak kelakar ya kalau tiba-tiba Noah nak batalkan perjumpaan mereka hari ini. Setelah Hafiq baru saja sampai di De Sandra Kitchen, restoran kegemaran mereka sekiranya mampir ke pusat beli-belah ini.

Minggu depan, ada sebuah event anjuran Versatile, sebuah jenama minyak wangi mewah untuk Hafiq hadiri sempena pelancaran minyak wangi keluaran terbaru mereka. Dan, hari ini sepatutnya dia berjumpa dengan Razman untuk mendapatkan pakaian yang telah ditempah. Haruslah Hafiq menjaga imej publiknya memandangkan dia bakal menghadiri high-profile event yang dipenuhi dengan orang bukan calang-calang. Event tersebut akan jadi event besar yang terakhir di dalam jadualnya sebelum Hafiq merehatkan diri. Penggambaran drama Hancurnya Hati juga bakal tamat tidak lama lagi.

"Hmm, ada apa?" soal Hafiq dengan malas.

"Sorry, Fiq. Aku lambat sikit sampai. Aku nak kena pick up Firsya dulu dekat airport. Firsya baru je call aku tadi, minta tolong hantarkan dia balik rumah. Aku ingatkan dia balik dengan kawan dia macam selalu, tapi hari ni lain pula. Tapi, kau jangan risau, Fiq. Aku dah nak sampai airport and rumah Firsya pun tak jauh dari mall so aku cuba sampai mall secepat yang mungkin. By the way, tolong oderkan sekali makanan dekat aku. Menu macam biasa. Aku lapar gila, tak sempat nak makan. Pagi tadi kena hantar adik aku pula balik uni." Panjang alasan Noah. Siap pesan makanan sekali, macam Hafiq ini pelayan restoran pula. Inilah masalah besar apabila kawan baik sendiri jadi pengurus. Selamba saja dia bagi alasan. Mujurlah kerja tip-top.

Hafiq pejam mata sekejap sambil mengemam bibir. "Hmm, yalah. Ada lagi?" Itu saja jawapan Hafiq. Bukan marah, tapi dia tak boleh buat apa. Geram juga Hafiq dengan Noah ni kadang-kadang. Terlalu utamakan teman wanitanya sedangkan hari penting Noah pun gadis itu tak ingat.

"Tak ada dah. Tu je."

"Hmm, okey. Bawa kereta tu jangan nak pecut sangat. Aku tunggu dekat sini. Apa-apa hal, call," pesan Hafiq sebelum dia matikan panggilan. Noah Ayden ni bukan boleh kira, bawa kereta macam nak maraton dengan malaikat maut.

Haih, nampaknya kena sidai la Hafiq. Nasib baik De Sandra Kitchen tak ramai pengunjung hari ini. Bolehlah dia duduk tenang-tenang sikit. Walaupun ada orang yang boleh cam dia di situ, tapi bagusnya mereka tak mengganggu. Teringat pasal oder Noah tadi, Hafiq fikir nak pesan kejap lagi saja. Biarlah dia makan dulu nanti. Takut makanan Noah siap terlebih awal pula sebelum lelaki itu sampai.

・┆✦ʚ♡ɞ✦ ┆・

BUNYI dentingan telefon mengganggu perhatian Naaila yang lagi ralit memerhati pekerjanya melakukan tugas masing-masing. Membuatkan dia selepas itu mengorak langkah ke sebuah sudut yang agak lapang dari sebarang pelanggan untuk memeriksa isi telefon. Batuk sesekali dilepaskan apabila rengkungnya rasa tidak selesa. Mungkin kerana perubahan cuaca, Naaila tak berapa sihat sangat hari ini. Terpaksa la dia pakai pelitup muka ke bakeri kafe supaya tidak berjangkit kepada orang lain. Notifikasi WhatsApp dari nombor yang tidak dikenali membuatkan dahi Naaila serta-merta berkerut. Lihat daripada isinya, dia sudah bisa tebak siapa yang mengirimkan mesej tersebut.

+ Confirm.
+ I dah book meja dekat De Sandra Kitchen.
+ Kalau I belum sampai, you bagitahu je ada book atas nama Fakha.

Tersungging sinis bibir Naaila membaca beberapa mesej yang telah diterima daripada Fakha. Dalam hati, agak kagum dengan kesungguhan lelaki itu untuk memikat hatinya dan Najla. Fakha ingat nak berjanji temu ke apa? Naaila tetap Naaila. Sekali Fakha menyakiti adiknya, dia tak akan sesekali benarkan lelaki itu masuk semula ke dalam hidup Najla.

Love, In Action!Where stories live. Discover now