3 : Panic attack

365 20 0
                                    

Gembira je hatinya apabila dapat menikmati kek coklat dari Secret Recipe. Namun sekarang, perasaan gembira itu terus lesap.

Sepanjang perjalanan untuk balik ke rumah, dirinya seperti diperhatikan oleh seseorang.

Malah perasaan itu semakin kuat apabila dia terdengar bunyi tin kosong yang disepak oleh orang tersebut.

Kerana sudah takut dan cemas, dia melajukan langkahnya namun ianya sia-sia sahaja apabila dia tidak perasan yang dirinya sudah masuk ke lorong yang sunyi sepi.

Makin takutlah dia, tambahan pula hari kian gelap, sudahlah telefon pintarnya takde bateri. Rasa menyesal sebab tak balik rumah terus tu timbul dalam pemikiran.

Setelah pertemuannya dengan Adriana di taman bunga, dia memang ada hal di tempat kerja. Bosnya tiba-tiba sahaja menyuruhnya ke pejabat untuk menyusun dokumen penting syarikat yang akan digunakan semasa mesyuarat esok.

Tapi tidak jadi pulak sebab bosnya mengubah fikiran di saat-saat akhir dengan alasan dia akan menyuruh orang lain yang menyusun dokumen itu. Tidak jadilah dia pergi ke pejabat dan siapa je tidak marah kalau macam ni.

Sesudahnya, dia pergi berjalan-jalan di bandar yang sibuk itu dan singgah sekejap di Secret Recipe untuk menenangkan fikiran yang kusut.

Ya, ada sesuatu yang mengganggu fikirannya ketika ini. Sesuatu yang menyebabkan dirinya trauma dengan insan yang bernama lelaki.

Rose memang menyesal sebab tidak balik rumah terus. Sekarang dia hanya mampu berdoa agar Tuhan melindunginya daripada segala kejahatan kerana perasaan takut itu kian menguasainya.

Tubuhnya yang menggigil teruk. Peluh mengalir dari dahi dan tangannya menggenggam antara satu sama lain.

Tambahan pula dia dapat merasakan jantungnya berdegup dengan sangat laju. Semakin lama dia merasakan dirinya susah untuk bernafas.

Dia sangat benci akan dirinya yang berkeadaan sebegini. Inilah yang akan terjadi sekiranya dirinya dilanda masalah, dikuasai ketakutan, keresahan, dan kebimbangan yang melampau.

Senang cerita, Rose menghidap panic attack dari zaman sekolah lagi. Meskipun begitu, panic attack dapat diatasi untuk sementara melalui pengambilan ubat benzodiazepine.

Dia selalu membawa ubat tersebut kerana dia tahu panic attack nya boleh datang bila-bila masa sahaja.

Dengan cepat, dia sedaya upaya untuk mengambil ubatnya dari beg tangannya. Dia menelan sebiji ubat tersebut dan perlahan-lahan keadaannya beransur baik semula.

Dia berasa hairan dengan situasi sekarang. Bukankah dia mendengar bunyi tin kosong seperti ada orang yang mengikuti dirinya?

Tetapi sekarang seperti tiada tanda-tanda orang yang sedang mengekorinya.

Dia cuba berasa lega tapi pada masa yang sama dia masih berwas-was dengan keadaan sekeliling. Dia kini menyorok di sebalik dinding yang memisahkan jalan dan kedai mamak. (korang imagine lah sendiri hehe, okay sambung)

Rose keluar dari tempat itu dan melihat sekeliling, namun hampa kerana takde sesiapa pun ada di situ melainkan penjual di kedai mamak itu. Tidak mungkin kan penjual itu yang mengekorinya. Tidak logik langsung laa gayanya.

Rose masih tidak berpuas hati. Dia tahu ada orang yang mengikutinya sepanjang jalan dia berada di lorong tadi. Kerana sudah lelah, dia hanya angkat kaki dan bergerak pulang ke rumah.

Untuk pengetahuan korang, Rose merupakan anak orang kaya. Orang tuanya mempunyai pangkat Dato dan Datin. Jadi, kiranya Rose ini merupakan anak dato .

Tetapi dia tidak pernah bongkak dengan apa-apa yang ada pada dirinya kerana dia sedar kekayaan yang ada adalah rezeki daripada Allah. Dia pun mempunyai sebuah kereta Audi tetapi dia tidak memandunya hari ini sebab dia malas memandu.

Itulah alasan yang dia bagi kepada orang tuanya. Sebab itu lah dia berjalan kaki sahaja.

Nasiblah tempat yang dituju tidaklah jauh sangat. Kalau tidak, tak ke pengsan di tengah jalan. Dah lah cuaca di Malaysia bukan main lagi panas terik, macam boleh mendidih terus air kalau diletak di bawah matahari.

✧✧✧✧✧✧✧

"Mawar sayang, jom keluar makan. Mama dah siap sediakan dinner ni." ajak Datin Roslinda sambil mengetuk pintu bilik anak perempuannya.

Sejak pulang dari luar, Rose hanya memilih untuk terus ke biliknya sebaik sahaja menyalami Dato Jasper dan Datin Roslinda.

Walau apa pun yang melanda dirinya, dia tetap akan menghormati orang tuanya dahulu. Biarlah seribu satu masalah yang hadir, orang tua akan menjadi keutamaannya terlebih dahulu.

Itulah sikap Rose Mellyna yang membuatkan dirinya menjadi pujaan hati jejaka luar sana termasuklah sepupunya sendiri.

Tidak lama kemudian, dia pun turun makan bersama keluarganya selepas ibunya memanggil dia sebentar tadi.

"Mawar, harini mawar tak kerja kan?" tanya si ayah sekadar untuk memanjangkan sesi makan mereka.

"Ye papa, mawar tak kerja harini. Tadi bos ada call suruh balik office. Tapi tak jadi pula, sebab tu mawar balik je tadi. Rose pun ada singgah di Secret Recipe sebelum balik." balas Rose dengan nada lembutnya. Dia memuncungkan mulutnya apabila memikirkan hal itu.

Dia masih sakit hati ye !

"Yeke, takpe lah. Asalkan anak papa balik dengan selamat sudah." kata Dato Jasper sebelum menyuapkan lauk ke dalam mulutnya.

Rose hanya mengangguk sahaja. Lalu, dia pun menyuapkan ayam goreng ke dalam mulut sambil memejamkan matanya.

Dia menggoyangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan sambil tersenyum comel apabila ayam goreng sudah masuk ke dalam mulutnya.

Itulah gaya si Rose sejak kecil lagi apabila dia dapat makanan yang sedap dan kena dengan seleranya.

Dato Jasper dan Datin Roslinda ketawa kecil apabila melihat tingkah anak mereka.

Mereka sungguh menyayangi dan menjaga Rose bagai menatang minyak yang penuh kerana Rose adalah satu-satunya anak mereka.

Dato Jasper tidak mahu isterinya mengandung lagi setelah melihat betapa sakitnya isteri dia melahirkan anak mereka.

Dia tidak sanggup sekiranya isterinya perlu menanggung kesakitan yang teramat. Jadi, mereka hanya mempunyai seorang anak perempuan sahaja, iaitu Rose Mellyna.

Mereka bertiga menjamu selera sambil berborak, ditambah pula sedikit gurau senda merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.

Itulah rutin harian sebuah keluarga yang diketuai oleh Dato Jasper Malik.

Nampak sahaja bahagia, namun di sebalik kebahagiaan itu, terdapatnya kisah silam yang sudah lama terkubur.

Oleh sebab itu lah, kita sebagai manusia tidak boleh terlalu menilai kebahagiaan orang lain kerana di sebalik setiap senyuman dan tawa mereka, adanya kisah-kisah sedih yang berselindung di belakang.

Cuma kita je lalai sebab kita terlalu fokus dengan kebahagiaan yang ditunjuk, namun kesedihan di sebaliknya tidak diketahui malah tidak juga dirasai oleh orang sekeliling.







Panic attack and the medicine are just an information I got from Google. So forgive me if it's wrong.

See u in next chapter honey !

Spoiler :
Next chapter akan menerangkan kisah silam keluarga Dato Jasper atau lebih tepat lagi kisah silam Rose.

To be continued...

HIS ADDICTION : MRS LUCCA (SOON F.EBOOK)Where stories live. Discover now