7 : Dinner

278 17 1
                                    

"Good morning mama ! Good morning papa !" kata Rose sambil tersenyum gembira. Dia melangkah ke arah ibu dan ayahnya yang sedang duduk di sofa.

Sweetnya diorang duduk berkepit. Tua-tua pun sweet haihh. Cemburu kita tau hmph !

Ehh jap ! Apa yang mama tersengih-sengih tu? Dia berasa hairan dan terus menuju ke arah mereka.

"Good morning mawar.. Meh sini duduk dulu dengan mama.." pelawa Datin Roslinda sambil melambaikan tangannya.

Dia sebenarnya sedang bervideo call dengan Puan Medina pagi tu. Mereka berbincang tentang rancangan nak menyatukan anak-anak mereka.

Datuk Jasper pun dah tahu. Sebaik je Datin Roslinda balik daripada pertemuannya bersama Puan Medina, dia ada memberitahu suaminya tentang rancangan mereka semalam.

Datuk Jasper bukan main lagi tersenyum mendengar rancangan isterinya itu. Nampak sangat keinginan isterinya nak menimang cucu ni.

Flashback :

Selepas selesai makan malam, Datuk Jasper dan isterinya meminta diri untuk masuk ke bilik. Nak berehat awal katanya.

Rose pula hanya mengangguk sahaja sebelum dirinya pun masuk ke bilik. Nak bergosip dengan Jasmine hehe.

"Abang..abang.. Sayang nak bagitau sesuatu ni..Tadi kan sayang jumpa dengan Medina. Alah bff sayang tu. Lepas tu kami berbual lah pasal anak kita." kata Datin Roslinda tanpa henti apabila suaminya sudah duduk di tepinya.

Datuk Jasper hanya menadah telinga sahaja apabila cinta hatinya mula bercerita. Inilah sikapnya dari dulu lagi. Kalau Datin Roslinda bercerita, dia menjadi pendengar yang paling setia.

"Ya sayang..Lepas tu apa lagi? Cuba cerita habis kat abang.." balas Datuk Jasper sambil lengannya merangkul pinggang isterinya dari tepi.

"Emm macam ni. Kami cadang nak satukan anak kita. Abang ingatkan Lucca? Anak sulung Medina dengan Addie. Hah kami nak satukan mereka berdua. Alang-alang Lucca dengan Rose takde pasangan lagi. Boleh kan abang?" tanya Datin Roslinda sambil memegang tangan suaminya.

Hish tangan tu tidak berhenti menguis pinggangnya. Nak bercerita pun susah tau !

"Hm Lucca ? Abang ingat dia lagi. Sayang ada tunjuk gambar dia tadi kan." Datuk Jasper berfikir sejenak. Satukan puterinya dengan Lucca ? It's not a bad idea though.

Lucca pun seorang yang berkerjaya dan baik orangnya. Kalau dia melepaskan puterinya kepada Lucca, mungkin hati tuanya akan lebih tenang.

Macam mana Datuk Jasper tahu yang Lucca ni baik? Well, he is Hans Addie's best friend. Jadi kadang-kadang Addie ada bercerita sikit tentang anak lelakinya itu.

"Abang setuju je kalau sayang nak menyatukan mereka berdua. Tapi, sayang tak boleh memaksa mereka dalam hal ini okay? Abang tak nak mereka berdua bermasam muka gara-gara rancangan sayang dengan Medina." jelas Datuk Jasper dengan nada lembutnya. Dia tidak mahu sekiranya anak-anak mereka bergaduh sebab rancangan ibu-ibu mereka.

Dia bukanlah ayah yang suka mengatur hal percintaan anak-anak. Baginya, asal anak-anak bahagia, dia pun bahagia.

"Baik abang. Sayang tahulah nak buat macam mana nanti. Abang jangan risau tau." kata Datin Roslinda sambil mengelus rahang suaminya.

Setelah habis berbincang dengan suaminya, mereka pun menuju ke katil untuk tidur. Awal tidur memang amalan keluarga Datuk Jasper.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 01, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HIS ADDICTION : MRS LUCCA (SOON F.EBOOK)Where stories live. Discover now