dub dab dub dab dub dab
Itulah yang dirasai oleh dia sekarang.
Dirinya dikunci dalam bilik sukan selepas sahaja dia menyimpan peralatan sukan yang digunakan semasa Pendidikan Jasmani.
Dia diarahkan untuk menyusun peralatan sukan tersebut sambil ditemani oleh seorang rakan perempuannya.
15 minit berlalu, akhirnya rakannya itu meminta diri untuk balik dahulu kerana tugasnya sudah selesai. Jadi tinggallah Rose seorang diri di dalam bilik sukan itu.
Waktu Pendidikan Jasmani mereka diatur sejam sebelum waktu balik. Sebab itu lah selesai je tugas menyusun itu, rakannya terus beredar balik ke rumah.
Rose mengelap peluh di dahi akibat rasa panas berada di bilik sukan itu. Pintu terbuka luas tapi masih terasa panas. Mungkin kerana masa itu ialah tengah hari, jadi bersabar je lah bisiknya dalam hati.
"Panas pun panas lah, asalkan kerja siap." Bisiknya. Baru sahaja nak keluar dari bilik sukan, dirinya tiba-tiba ditolak kasar ke dalam bilik sukan itu.
Tenaga orang itu terlalu kuat berbanding dirinya. Dia hanya mampu mengaduh sakit selepas dikasari orang tersebut.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat orang yang menolaknya itu ialah Kazir, murid kelas sebelah.
Pam ! Pintu ditutup dengan kasar dan dikunci.
Kazir sebenarnya sudah lama menaruh hati dekat Rose. Pernah satu kali dia meluahkan perasaannya kepada Rose, namun ditolak secara lembut dengan alasan dirinya tidak mahu bercinta semasa masih bersekolah.
Disebabkan oleh penolakan itu, maruah seorang Kazir bagaikan dicalar oleh Rose. Kerana itulah, Kazir seakan-akan tidak berpuas hati dengan dirinya dan ingin mendapatkan gadis itu dengan cara kotor.
"Kazir, apa awak nak ni?" tanya Rose secara lembut walaupun dirinya sangatlah takut dan resah. Bermacam-macam perkara yang terlintas dalam otak membuatkan dirinya semakin takut.
Dia mengusap lengannya yang dicengkam oleh Kazir semasa dia ditolak kasar oleh lelaki tersebut.
"Awak rasa? Mestilah saya nak.."
Dia melangkah menuju ke Rose yang terduduk di lantai beralaskan satu tikar. Kazir mencangkung di depannya dan membawa bibirnya dekat ke telinga kiri Rose.
"...awak."
Nafasnya seakan-akan tersekat, jantungnya pula seperti berhenti berdegup.
Tambahan pula kedudukan Kazir sangatlah rapat dengan dirinya. Dia cuba mengundur ke belakang, namun apakah daya.
Kazir semakin mendekat sambil menjilat bibirnya dengan senyuman miang.
"Rose.. Rose.. Marilah dekat. Aku suka kau Rose. Kenapa kau tolak aku?" gila, memang sah gila.
Bukan orang dah cakap tak nak bercinta semasa sekolah, boleh pula dia tanya lagi kenapa tolak dia.
"Kazir, saya dah cakap kan yang saya tak nak bercinta sekarang.. Lagipun saya hanya anggap awak sebagai kawan je, tak lebih daripada tu.." perlahan je suaranya menjawab Kazir.
Kazir yang mendengar tu semakin tercabar. Hatinya sangat panas sekarang dan fikirannya hanya satu, Rose.
Dirinya bagaikan dirasuk oleh syaitan, dia mendekat sambil membuka butang baju sekolahnya.
Rose yang melihat itu sudah dapat meneka apa yang akan ditimpanya. Dengan segera dia berlari menuju ke pintu tetapi gagal kerana Kazir sudah memeluknya dari belakang. Dia sudah separuh bogel, hanya seluar je masih di badan.
"Kazir! Lepaskan saya! Lepaskan saya!"
Rose sudah menggelabah teruk. Dirinya seakan tak ubah macam perempuan tidak bermaruah apabila Kazir tergamak menyentuhnya sesuka hati.
Kazir yang memeluknya semakin ghairah apabila Rose meronta-ronta untuk melepaskan diri. Rose ditarik dan dibaring kasar ke tikar sambil ditindih oleh Kazir.
Lelaki itu cuba mendekatkan bibirnya ke leher Rose dan menciumnya dengan penuh nafsu.
Rose yang ketika itu sudah mengalirkan air mata dan cuba melawan sambil menolak-nolak tubuh Kazir. Dia hanya mampu berdoa dalam hati supaya ada orang yang boleh menyelamatkan dirinya daripada syaitan ini.
Ketika dirinya hampir berputus asa, muncullah seorang hamba Allah yang datang menyelamatkan dirinya.
Rose sebenarnya tidak pernah berhenti menjerit meminta tolong. Oleh sebab itulah hamba Allah seorang ini dapat menyelamatkan dirinya.
Dirempuhnya pintu bilik sukan itu dan melihat Kazir sudah menindih Rose yang sedang menangis.
Ditambah pula baju sekolahnya sudah koyak di bahagian bahu membuatkan si penyelamat ini semakin panas hati.
Tanpa membuang masa, dia menyepak kuat badan Kazir dan menumbuknya sekuat hati.
Kazir yang tidak sempat berbuat apa-apa hanya mengerang kesakitan yang dirasainya.
"Celaka kau jantan ! Tak guna !" maki si dia sambil menumbuk Kazir yang hampir pengsan itu.
Rose yang melihat situasi itu hanya mampu menangis sambil memeluk tubuh sendiri.
Selepas beberapa minit menumbuk, si dia akhirnya menoleh ke arah Rose yang memeluk lutut sendiri.
Dia mendekati Rose dan membalut tubuh Rose dengan jaketnya. Dia mengerling sekilas ke arah jantan tak guna itu sebelum meninggalkannya di dalam bilik sukan itu. Tidak lupa juga, dia membawa Rose keluar dari situ.
✲✲✲✲✲✲✲✲✲
Selepas kejadian itu, si dia segera melaporkan kesemua yang menimpa Rose kepada pihak sekolah. Ibu bapa Rose juga disuruh datang ke sekolah untuk mengambil anak mereka.
Sayu hati orang tuanya apabila mengetahui bahawa satu-satunya anak perempuan mereka hampir dirogol oleh budak sekolah yang tergila-gilakan anak mereka.
Ya, Rose ada memberitahu perkara itu kepada si dia dan pihak sekolah. Jadi, sebagai kesimpulan, apa-apa yang terjadi berpunca daripada penolakan Rose terhadap luahan cinta si Kazir.
Orang tua Rose pula mengambil keputusan untuk memindahkan anak perempuan mereka ke sekolah lain dalam tempoh masa terdekat supaya anak mereka tidak mengingati perkara yang menimpa dirinya itu.
Si Kazir pula sudah digantung sekolah selama sebulan kerana kesalahannya. Kalau diikutkan hati orang tuanya, mahu sahaja mereka membiarkan Kazir meringkuk dalam penjara atau sekolah pemulihan akhlak.
Tetapi disebabkan diri mereka masih mempunyai perasaan simpati dan kasihan, mereka hanya meminta supaya pihak sekolah menggantungkan persekolahannya selama sebulan sahaja.
✲✲✲✲✲✲✲✲✲✲✲
Sejak hari itu, si dia tidak lagi memunculkan diri di depan Rose. Rose pula tidak sempat mengucapkan terima kasihnya kepada jejaka tersebut.Rose amat bersyukur kerana si dia menyelamatkan dirinya yang hampir hancur di tangan orang lain.
Dia hanya ingat yang si jejaka memakai cermin mata hitam, tidak ubah macam nerd. Tubuhnya yang tinggi sedikit sebanyak mencuit hati si Rose tapi dia hanya mengabaikan perasaan itu.
Dia berdoa agar Allah boleh menemukan dirinya dengan si dia. Dengan niat hanya ingin mengucapkan rasa syukurnya kepada si jejaka.
Tanpa sedar, ada sepasang mata sedang berselindung di sebalik dinding bilik pejabat pengetua. Hanya dendam sahaja di hati. Sungguh dia tidak berpuas hati dengan apa yang sudah berlaku.
"Kau tunggu, aku akan dapatkan kau !"
Si gadis ingin meluahkan rasa syukur.
Si jahat mempunyai dendam di hati.
Si dia hilang sehingga tidak dapat dicari.Mungkinkah mereka bertemu kembali pada masa hadapan ? Atau kisah mereka hanya terhenti sampai di sini sahaja..
To be continued..
YOU ARE READING
HIS ADDICTION : MRS LUCCA (SOON F.EBOOK)
RomantikAlso known as His Little Wifey 🌹 '𝑨 𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒘𝒉𝒐 𝒏𝒆𝒆𝒅𝒔 𝒏𝒐𝒃𝒐𝒅𝒚 𝒆𝒙𝒄𝒆𝒑𝒕 𝒉𝒊𝒔 𝒒𝒖𝒆𝒆𝒏' "Baby.. where are you going? Come here sayang, don't let me get you , or else I'm going crazy. You love it when I'm going crazy right? HAHA...