-Rumah Dato Jasper, 6.00am-
"Mmphm good morning duniaaaa" suara Rose penuh kedengaran di bilik tidurnya.
Dia menggosok-gosok matanya sambil berjalan menuju ke bilik air. Macam biasa , bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan man- ehh belum lagi.
Selesai je cuci muka, Rose menuju ke katilnya lagi untuk mengemas bantal dan selimutnya.
Begitulah rutin harian si Rose. Apabila sudah siap mengemas, barulah dia pergi mandi untuk bersiap ke kerja ye anak-anak.
Walaupun dia anak Dato, tetapi itu bukanlah alasannya untuk mengikis duit bapanya sahaja. Adalah sikit-sikit kalau gajinya belum masuk.
Kalau ikutkan, Rose tidak bekerja pun boleh sebenarnya sebab duit dalam banknya sudah cukup untuk menampungnya.
"Assalamualaikum wahai cintaku sayang." lembut sahaja suaranya apabila bercakap dengan orang tersebut.
Maklumlah orang ada BFF , macam itulah gayanya. Selesai je mandi dalam setengah jam, dia terus menelefon sahabat baiknya itu.
"Walaikumusalam wahai anak syurga, aa nak apa pagi-pagi buta ni?" serak je suara dia pagi ni, dengar macam orang masih tidur je ni.
"Pagi buta apanya, dah nak pukul 7 sekarang ni. Kau masih tidur erk? Baik kau bangun sekarang." bebel Rose dalam telefon.
Jasmine apa lagi, terus terangkat dia sebaik sahaja mendengar jam sudah nak pukul 7. Dia tidak ingat kunci alarm sebab terlalu syok melayan cerita upin ipin semalam sampai pukul 1 pagi.
Kalau korang nak tahu, Rose dan Jasmine ialah peminat kartun upin ipin sejak diorang kecil lagi. Jadi, dah kalau namanya pun minat, sampai ke besar pun samalah.
Dan sebab itu lah mereka berdua boleh menjadi BFF.
"Aduii, kenapa kau tak kejut aku awal lagi? Dahlah hari ni aku kena jumpa client cina tu,habislah aku kalau lewat." Dia terus berlari ke bilik air untuk membersihkan diri. Telefon diletakkan di tepi singki. Dicapainya pemberus gigi dan memicitkan ubat gigi itu ke pemberusnya.
"Itulah kau, ni mesti layan kartun upin ipin sampai lewat malam. Bukan aku tak tahu perangai kau yang satu ni. Kalau tak tengok kartun ni mesti tak nak tidur."
"Ehh kau pun sama, takyah cakap aku lah. Ni sekarang ni, kau dah masuk kerja ke belum? Nanti macam biasa erk?"
"Belum, awal lagi ni. Hm baiklah cik Samantha. Saya menurut perintah." Dia mengejek-ejek sahabatnya itu. Nama pun Rose, kalau sehari tak bergurau dengan sahabatnya itu memang tak sah lah.
"Ish kau ni, jangan panggil nama tu erk. Aku tumbuk kang, apa pun tak dapat. Kang tak pasal-pasal takde lelaki yang nak kat kau sebab rongak macam opah ngan Tok Dalang ."
Jasmine ketawa apabila menyebut itu. Mereka memang akan bergurau macam ini kalau dah syok sangat berborak.
Kalau orang lain nampak, mereka akan beranggapan bahawa Rose dan Jasmine ini adik-beradik padahal mereka cuma berkawan baik seperti Mei Mei dan Susanti.
"Yelah-yelah, kau mandilah dulu. Aku nak turun bawah untuk sarapan,mama dah panggil dah. Nanti aku pergi ke rumah kau dalam 7.30 macam tu. Assalamualaikum SAHABAT KU YANG TERPALING LAWA, CANTIK, MANJA, SENGET DAN SEANGKATANNYA"
![](https://img.wattpad.com/cover/355133029-288-k940914.jpg)
YOU ARE READING
HIS ADDICTION : MRS LUCCA (SOON F.EBOOK)
RomanceAlso known as His Little Wifey 🌹 '𝑨 𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒘𝒉𝒐 𝒏𝒆𝒆𝒅𝒔 𝒏𝒐𝒃𝒐𝒅𝒚 𝒆𝒙𝒄𝒆𝒑𝒕 𝒉𝒊𝒔 𝒒𝒖𝒆𝒆𝒏' "Baby.. where are you going? Come here sayang, don't let me get you , or else I'm going crazy. You love it when I'm going crazy right? HAHA...