5 : Miss or not

336 18 1
                                    

bang ! bang ! bang !

Tiga peluru dilepaskan pada kaki, lengan dan akhir sekali dahi lelaki tersebut.

Dia meludah pada mayat itu dan bergerak keluar dari basementnya.

"Stupid idiot ! Clean all this things before you go back." ujarnya sebelum meninggalkan tempat itu.

Hanya bau hanyir sahaja yang memenuhi ruangan tersebut. Basement itu sebenarnya merupakan tempat di mana kesemua mangsanya dikurung dan didera.

Namun, apa yang agak "istimewa" tentang basement itu ialah, mangsa-mangsa yang pernah menjadi tahanan itu merupakan penjenayah yang tidak dapat dikesan atau ditangkap oleh pihak berkuasa.

Hampir 99.99% mangsa yang dibawa ke sana tidak akan keluar dengan selamat. Untuk golongan 0.01% itu pula takde banyak beza pun.

Cumanya mereka akan ditahan dalam tempoh masa yang lebih lama lagi berbanding dengan golongan 99.99% itu dan akhirnya mati juga.

Mereka hanya akan berhadapan dengan "Dewa Kematian" sahaja tanpa diketahui oleh sesiapa.

Kebiasaanya, para mangsa hanya akan berhadapan dengan anak buahnya sahaja kerana dia tidak mahu mengotori tangan sendiri kecuali kes itu melibatkan orang sekelilingnya.

Maka, The Devil's King sendirilah yang akan turun padang untuk menyelesaikan masalah.

Berbalik kepada cerita tadi, mayat tersebut merupakan perogol bersiri yang tidak dapat dikesan oleh pihak polis. Cuba ingat balik perogol bersiri yang disebut ni. Kalini dia tukar taste pula, nakkan bini orang.

Disebabkan si perogol hampir mengganggu adik perempuannya yang dalam perjalanan balik daripada membeli barang, dia tidak teragak-agak untuk mengarahkan anak buahnya menangkap si perogol bersiri itu.

Senang cerita, dia hanya melakukan tugas polis tetapi apa yang dilakukan oleh si dia berlainan dengan apa yang dilakukan oleh polis.

Sebagai contoh, apa yang lagi dahsyat ialah, dia menetak alat sulit si mayat perogol tadi dan memberikannya kepada harimau peliharaannya sebagai santapan haiwan tersebut. Sadis dan kejam bukan ?

Namun itulah hakikatnya. Harimau putih itu diberi nama sebagai Kosha oleh tuannya. Pelik apabila seseorang membela harimau sebagai haiwan peliharaan, namun tidak bagi si dia.

Semasa dirinya masih kecil, minatnya sangatlah berlainan daripada budak-budak lain.

Kalau budak lain suka main pistol mainan, dia pula suka main pistol sebenar.

Kalau budak lain suka membela kucing comel, dia pula suka membela harimau.

Banyak lagi sebenarnya benda-benda yang nak dibandingkan antara si dia dan budak-budak lain.

Salah satunya adalah kalau di sekolah, budak-budak suka bermain bersama tetapi tidak baginya. Dia lebih memilih untuk duduk di tepi buat kerja sendiri macam membaca buku.

Sebab itu lah, dia terlihat lebih matang jika dibandingkan dengan budak- budak yang lain.

Dia lebih gemar untuk menyendiri dan tidak bergaul dengan orang, dalam kata pendeknya dia seorang yang introvert.

Dalam pengetahuan kita, orang yang introvert lebih memilih untuk berada dalam dunia sendiri dan tidak bercampur dengan orang. Begitu jugalah dengan si dia yang pendiam.

❀❀❀❀❀❀❀


-Hans' Mansion, 10.30pm-
Lucca membersihkan diri sebaik sahaja balik daripada markasnya tadi. Sungguh dia berasa jijik apabila darah orang yang berperangai syaitan itu melekat pada tubuhnya.

HIS ADDICTION : MRS LUCCA (SOON F.EBOOK)Where stories live. Discover now