SEMALAMAN aku tunggu kiriman WhatsApp daripada dia. Sampai ke sudah tak dapat-dapat. Aku tidur, bangun solat subuh, sambung tidur, bangun pula, kosong aje notifikasi telefon bimbitku.
Mulalah kepala aku sesak fikir banyak perkara. Terlebih berfikir yang bukan-bukan. Macam mana kalau betul lelaki itu adalah scammer? Eh, aku bagi nombor telefon dekat dia, tau! Dia boleh godam maklumat peribadi aku guna hujung jari aje.
Aku cicip sedikit kopi buatan mak. Risau memang risau tapi sabar kejap nak kena isi perut. Lapar. Aku baru bangun walaupun matahari dah terpacak atas kepala.
Untung mak tak ada dekat rumah hari ini. Pergi mesyuarat mingguan amanah ikhtiar. Tak adalah telinga aku hangit kena dengar bebelan pedas dia.
Kerisauan aku bagai terkambus kerana tak lama selepas itu bunyi notifikasi telefon bimbit aku berdenting sakan. Nombor tak diketahui yang mengirimkanku pesan. Aku kenal siapa.
Hi, Zulfa
Sorry I was busy last night
tak sempat chat dekat WhatsAppOh
It's okay
Busy kerja, eh?Haah kerja hahahaha
Sekarang tak kerja ke?
Cuti
Tengah lunch dekat luarBetullah sekarang sudah pun nak masuk pukul satu. Aku aje yang baru nak mulakan hari. Baru nak telan sarapan. Tak apa, brunch!
Okeyyy
Makan kenyang-kenyangSure will
Zulfa pula tengah buat apa?Perlu jujur ke yang aku baru lepas sesi kumpul nyawa selama tiga puluh minit atas katil, meratapi diri lepas tu sekarang baru berdaya keluar dari bilik dan duduk merenung dinding dapur yang serba berminyak ini?
Nampak macam aku pemalas, kan?
Bukan macam, memang pun.
Tapi ish, malulah nak aibkan diri depan dia. Baru kenal aje kut.
Okey, kelentonglah.
Takda buat apa pun hahahaha
Ayat kelentong ke ni? Yalah, kut. Hakikat sebenarnya memang aku tak buat apa-apa. Duduk rumah, goyang kaki. Dengar mak bebel sampai dia sakit tekak. Kerja? Dah lama berhenti.
Aku pernah bekerja di salah sebuah kilang kerepek pisang berdekatan kampung. Bayarannya lumayan, setidaknya bagi aku yang cuma perlu sara diri sendiri dan mak.
Cuma yang aku tak puas hati, dekat situ persekitarannya toksik. Sesama pekerja pun ada yang tak puas hati. Itu belum lagi campur bab bos lambat bayar gaji pekerja. Orang lain bekerja hujung bulan dah merasa duit gaji, aku kena tunggu awal bulan hadapan pula baru boleh peluk duit gaji sendiri. Tak selalu tak apa. Ini, bos aku itu sering menggaji lewat waktu. Sudah pernah lapor kepada pihak yang menguruskan penganiayaan kepada pekerja tapi tak berjalan pun laporannya. Bos aku tak insaf-insaf pun.
Malas aku. Baik aku tarik diri. Dekat mana-mana pun ada rezeki. Usaha dengan tidak aje.
Aku tak usahalah ini yang menganggur ini. Nak buka bisnes jual kuih-muih tradisional, akunya pula tak reti. Nak belajar, malas.
Tengok, masalah betul dengan diri sendiri ini. Aku pun tak faham apa sebenarnya aku nak dalam hidup. Berjaya, memang nak. Usaha, tak ada.
Aduhai....
Oh
I tengah tunggu makanan I sampaiSelamat menjamu selera
Thanks ☺️