4

50 9 0
                                    

BUNYI antara kami, hanya pinggan dan kutikels berlaga. Janggal pertama kali bertentang mata. Janggal juga aku rasakan sebab Syirhan bawa aku makan malam di sebuah restoran mewah di tengah ibu kota. Lampu chandelier tergantung di atas kepala. Suasana di sini suram– sengaja disuramkan untuk memberi impak cozy kepada para pelanggan. Pakaian Syirhan pun warnanya gelap, bertepatan dengan suasana.

Aku pula pakai pakaian cerah. Boleh dikatakan paling menyerlah di dalam restoran ini. Aiseh, kalaulah Syirhan bagitahu awal-awal dia nak bawa aku ke sini, aku takkan pakai macam ni. Malu pula mata-mata orang sekitar menyorot ke arahku. Atau mungkin, ke arah Syirhan? Atau mungkin, kami berdua?

Aku tak dapat teka apa dalam kepala mereka. Sedang menghakimi kami? Menghakimi aku? Tak tahu dari gaya pandangan mereka begitu. Atau, aku yang terlebih perasan?

Huhu. Inilah sebab aku tak suka keluar tengok dunia. Asyik takut dengan pandangan orang.

"Kenapa?" Syirhan bertanya tiba-tiba. Perasan agaknya aku tak senang duduk. Bak kata mak aku, 'tak senang duduk macam kucing nak beranak.'

Aku lepaskan ketawa kekok. "Malu."

Dia angkat kening mendengar balasan aku. "Malu kenapa? Dah cantik macam ni pun malu lagi?"

Eh?

"Taklah." Aku teguk air teh pic aku. Patut ke aku cakap aku malu sebab pakaian aku dengan orang-orang di sini sangatlah kontra?

Syirhan jatuhkan sudu dan garfunya. Dia tolak pinggan makannya ke tepi– berisi ikan salmon yang sampai sekarang aku tertanya-tanya kenyang ke dia makan benda tu je? Dia sulamkan jari-jemarinya lalu tongkatkan ke dagu. "Kenapa?" Kepalanya disengetkan.

Aku kejip mata berkali-kali. Keliru dengan perasaan sendiri, degupan jantung sendiri. Ini lagi bikin aku malu!

Sudahnya, aku bagitahu ajelah, terus terang yang aku malu pakai pakaian terang, orang pandang-pandang.

"Abaikan pandangan orang. Nothing's wrong with your appearance. Cantik sangat tu yang orang pandang." Senyum.

Wahahahaha.

Gila.

Gila tak kalau aku cakap ayat mudah itu, dan senyuman itu berjaya buatkan aku tenang?

Aku balas senyumannya. Sedikit canggung aku rasakan senyuman aku ini. "Thank you," ucapku. Yang sebenarnya aku tak tahu apa patut aku katakan kepadanya.

"Yep." Syirhan betulkan kerusinya. Dia suakan tangan, mempersilakan aku. "Sambung makan."

Aku pun sambung suapkan Spaghetti Carbonara yang berbaki setengah pinggan saja lagi ke dalam mulut. Sedap sungguh! Pada hakikatnya, memang sedap sangat makanan dekat sini. Murah jugalah. Sekurang-kurangnya mengikut kiraan aku tadi, nilai makanan aku tak cecah berpuluh-puluh sangatlah. Yang juadah ikan salmon Syirhan itu, aku nampak tadi harganya agak mahal berbanding makanan aku ni. Tak faham juga aku. Apa yang mahal? Setakat ikan salmon, letak benda emas apa entah atas itu, sos apa entah atas itu, dah mahal semacam. Ikan import ke apa?

Satu lagi aku tak faham, yang mengenyangkan perut, murah. Yang tak mengenyangkan pula, mahal.

Kami diam lama, menikmati santapan masing-masing. Beberapa minit setelah aku dan Syirhan habis makan, dia bersuara.

"So," mulanya. Mengelap sisa makanan di sekitar bibirnya menggunakan kain napkin yang telah disediakan. "Tell me something about you. Saya tak tahu apa-apa pasal awak selain nama, umur dan rupa. Rupa baru tahu hari ini."

"Em. Awak nak tahu apa?"

"I don't know. Bagitahu je apa-apa yang saya tak tahu."

Oh. Berat ni. Kalau aku petik benda yang tak menarik pasal aku macam mana?

Tak Ada TajukWhere stories live. Discover now