5

77 9 5
                                    

RUTIN biasa aku, pukul 12 tengah hari baru aku buka mata. Perkara pertama aku buat selepas buka mata, tentulah periksa telefon dahulu. Mesej Syirhan semalam masih sepi, tak terbalas. Dia pun tak ada kirimkan mesej baru kepadaku. Busy, kut?

Ke... dia tunggu balasan aku?

Haih, bab-bab nak membalas ni aku paling lemah. Nak cakap apa, eh? Nak tulis 'selamat pagi!' macam tak ada apa jadi? Tak ke dia terasa? Ke dia okey je, asalkan aku balas?

Aku tak tahu. Aku tak reti faham lagi Syirhan ni jenis orangnya macam mana.

Sudahnya, aku biarkan saja mesej itu tak terbalas. Aku bangun, uruskan diri, lipat semua baju masuk dalam beg, bersiap-sedia sebab petang ni aku dah nak gerak balik Perak.

Selesai semua urusanku, tak sempat bontot nak berlaga permukaan katil, terpacak semula aku bila nama kena seru dengan mak.

"Ya, mak!" sahutku kuat.

"Turun bawah cepat! Pakai tudung!"

Ha... dah sudah. Kenapa mak suruh aku pakai tudung ni? Tetamu datang ke? Siapa pula datang? Mak jemput jiran-jiran tetangga sebelah rumah, ke?

Malasnya aku. Nak balik Perak pun ada orang nak datang lagi ke?

Aku pun buka semula zip bagasi aku. Tudung shawl semalam yang masam belum basuh, aku letak atas kepala. Silap besar aku kotorkan tudung sarung aku! Tak apalah, masam-masam pun, bukannya siapa yang nak datang. Jiran mak jugalah tu.

Shawl atas kepala aku lilit ala kadar bagi tak nampak anak rambut dan leher aku- menutup seluruh aurat aku.

Turun ke bawah, aku nampak seseorang sedang rancak bersembang dengan mak dekat ruang tamu.

Lelaki.

Dia toleh.

Syirhan?!

"Mak!" Aku menjerit, terkejut. Mak pun sama naik terkejutnya dengar suara aku menjerit. Mungkin dengar macam berlebih-lebihan. Like... Syirhan je, kut? Kenapa beria menjerit kalah tengok lipas ni?

Tapi tu Syirhan! Kita tengah bincang pasal Syirhan. Syirhan yang semalam jumpa aku, Syirhan yang semalam confess dekat aku, Syirhan yang sampai ke tengah hari ni aku tak balas pesanan dia!

Ya, Amer Syirhan!

Dia datang sini buat apa? Sebab aku tak balas chat dia, ke?

Tenang sikit, aku bertanya, "Kenapa?" Hah, soalan bodoh padahal dah terang-terang mak panggil sebab Syirhan datang.

Mak tenung aku dengan renungan yang membawa maksud, 'lah-kau-baru-tengah-hari-dah-jadi-bodoh-ke?'

"Syirhan datang ni." Mak senyum. Nampak pura-pura di mataku. Tahulah tu dia tengah tahan nak menyembur aku. Buat-buat tak layan bakal menantu kaya dia.

"Ya." Aku angguk. Dia datang, aku kena buat apa?

"Pergi buat air," arah mak.

Oh, buat air.

Aku pusing belakang, nak ke dapur. Sekejap, aku berhenti. Mak ni lupa ke aku dengan dia datang sini semata-mata bawa diri aje? Mana nak ada kordial ke, teh ke, kopi ke, milo ke, dekat rumah ni.

"Eh, Zulfa. Tak apa, tak payah susah-susah. Saya dah sarapan tadi." Syirhan ketawa pendek. Malu-malu menolak. "Saya ada bawakan kuih sikit ni. Makanlah nanti dalam kereta."

Adegan macam ni aku selalu nampak setiap kali kawan mak datang melepak dekat rumah. Bukan main cakap, 'Janganlah susahkan anak kau, Tipah.' Last-last ke dapur juga aku. Bancuh air teh juga aku. Habis dua jag juga di'pediah'nya yang kononnya malu-malu tu.

Tak Ada TajukWhere stories live. Discover now