9

3K 161 1
                                    

Masam mencuka wajah Aleesya yang kini berada dalam kereta Mercedes milik Ayish. Dipeluk tubuhnya dan melarikan pandangan ke luar tingkap.

Tiba tiba je pemandangan luar lebih menarik daripada jejaka yang berada di sebelahnya ini.

Mana tidaknya tidak masam. Tiba tiba je dipaksa oleh Ayish untuk mengikutinya. Mana dapat tak tahu nombor talefonnya. Ini mesti kerja mak. Sampaikan kelas tambahan geografi nya perlu dibatalkan disebabkan si Ayish ni.

Takpa lagi la budak suka.

"Kot ya pun nak marah tak payah la sampai terjojol urat kat dahi tu" kata Ayish tiba tiba.

Aleesya terus menyentuh dahinya.
Mana ada! Tipu la pakcik tua ni.

Jeda

Langsung tiada percakapan selepas Ayish mengatakan dahinya terjojol.Nak suruh Ayish cakap dulu, mati hidup balik lah jawabnya tidak!

Sekali sekala dirinya perlu buat silent treatment. Biar Ayish pula pujuk. Tapi jantan ni macam tak kisah aje dirinya tengok.

Aleesya memandang Ayish dengan penuh geram lalu dia mencengkam baju kurungnya sementara Ayish pelik dengan tingkah laku Aleesya. Tetapi dirinya hanya fokus memandu.

"Kenapa pak cik suka suka hati ambil orang?" Aleesya bersuara sambil dirinya memandang kearah Ayish yang tekun memandu.

"Orang dah cakap kan tak nak tadi, kenapa sibuk ganggu orang kat sekolah?"

"Kereta orang kat sana sapa nak bawa balik japgi? Tak boleh ke pakcik buat kerja pakcik, orang buat kerja orang?" Ayish masih diam.

"Tak yah sibuk ganggu orang waktu kerja. Ini tak pasal pasal kena cancel extra class last minute! Kesian budak-budak tu!" Ucap Aleesya dengan sekali nafas. Dia menarik nafas dalam dalam.

"Dah?" Soal Ayish.

What! Itu aje dia cakap?! Punya lah dirinya cakap panjang lebar! Itu je dia balas?!

Oleh kerana dia terlalu geram. Dia menjeling Ayish lalu melarikan matanya kearah tingkap. Oh silap! Sekali dengan badannya menghadap kearah pintu kereta. Langsung tidak mahu melihat Ayish. Terkumat kamit mulutnya mengomel.

Ayish turut tergelak kecil dengan tingkah Aleesya.

Sesampai di destinasi, Ayish ingin mengatakan sesuatu pada Aleesya. Belum sempat dia mengatakan Aleesya terlebih dahulu menguak pintu kereta.

BAM!

Hampir nak pecah pintu kereta dihempas olehnya.

"Hempas kuat lagi. kalau boleh sampai tercabut takpe pintu kereta aku tu" sindir Ayish. Dia keluar daripada kereta lalu membetulkan tie. Aleesya berjalan kearahnya.

Disilangkan tangannya didada. "Nak buat apa kat sini?" tanya Aleesya sambil menjeling.

"Buat anak" jawab Ayish.

Bulat mata Aleesya mendengarkan apa yang dikatakan oleh Ayish. Tangannya kini naik ingin memukul lengan Ayish tetapi sudah ditepis oleh Ayish.

"Betul betul la!"

Ayish berjalan meninggalkan Aleesya di belakang dan memasuki mall. Malas dirinya melayan Aleesya ni. Makin layan makin menjadi jadi. Kalau dah jadi bini ni memang kena la dengan dia!

"Tunggulah!" Jerit Aleesya yang kini mengikuti Ayish dibelakang.

———

"Dia ni kalau aku hempuk dengan bata jangan tanya kenapa" umpat Aleesya dalam hati.

Tadi bukan main teruja Aleesya disebabkan Ayish masuk Dior. Ingatkan nak pujuk dirinya dengan belanja make up , bag ke, kanvas ke rupanya dibeli barangnya sahaja! Bukan main besar taste pakai Sauvage .

Sweet Punishment Where stories live. Discover now