7

2.8K 138 0
                                    

"Alee , ibu dengan ayah panggil suruh turun bawah" kata Auni yang berada di muka pintu bilik Aleesya.

"Ha jom" Aleesya bingkas bangun dari katilnya dan ingin keluar tetapi dihalang oleh Auni.

"Pakai tudung , ada orang datang" ujar Auni.

Aihh... jarang jarang ada orang datang rumah. Malam malam pula tu ke buat ibu makan makan ni? Soal Aleesya dalam hati.

Lalu Aleesya mengambil tudung di belakang pintu bilik dan menyarungnya. Lantak la sarung pun sarung la bukannya orang datang nak tunang pun.

"Ha turun pun anaknya" kata Puan Nadiah.

Aleesya kini melihat seorang perempuan sedikit berusia. Macam pernah tengok...dan seorang jejaka yang sangat dikenalinya berada di ruang tamu bersama ibu dan ayahnya.

"Pakcik?! Pakcik buat kat sini?!" Soal Aleesya separuh menjerit.

"Ish apa pulak kakak panggil pakcik! Tak baik tau. Yang kamu ni dah kenapa berkain batik. Auni tak cakap ke suruh tukar baju?!" marah Puan Nadiah.

Eh , eh mak macam menantu dia pulak nak marah aku.Aku memandang kearah Auni dengan tajam. Sebab kaulah aku kena marah dengan mak kesayangan aku ni!

"Minta maaf lah ye, Aleesya memang macam gini sikit orangnya. Aleesya! Mari salam dengan Aunty Najla ni" kata Puan Nadiah.

Aleesya bergegas kearah ruang tamu lalu menyalami tangan Puan Najla. Lembutnya tangan makcik wangi pulak tu. Macam orang have have.

Puan Najlaa kini tersenyum kearahnya.

"Ini lah anak perempuan awak Nadiah?" Tanya Puan Najla.

"Iya yang inilah Aleesya. Yang praktikal sekolah kat negeri sembilan.Kakak ini kawan ibu masa kat sekolah dulu" jawab Puan Nadiah.

Aleesya memberi respons dengan tersenyum dan ber oh ia sahaja.

"Ehem" Encik Aqil pula bersuara.

"Ah...kakak duduk dulu kat tepi mak ni...ada benda yang kami nak bincang" kata Puan Nadiah. Aleesya kini duduk di tepi ibunya.

Semasa Aleesya duduk. Kipas angin menerpa ke arah kain batiknya lalu terserlah lah betis Aleesya yang putih mulus itu. Nasib baik takda bulu.

Aleesya segera menutupnya tapi terlalu lambat. Pak cik yang di depannya kini tersenyum senget ke arahnya.

"Ish aku korek juga mata tu kang"

"Macam ni kakak...Aunty Najla datang ada hajat" ucap Puan Nadiah.

"Hajat apa mak?" Tanya Aleesya. Dia memandang Puan Nadiah yang berada di tepinya.

Hajat? Macam nak meminang pulak main hajat hajat ni. Sorry eh kita tak ready lagi tau!

"Sebenarnya kami datang nak meminang kamu Aleesya. Nak pinang kamu kat anak Aunty. Ayish" kata Puan Najla sambil tersenyum.

"Ooo memina- Hah?! Meminang?!" Terkejut beruk Aleesya dibuatnya.

Aleesya kini memandang Ayish tidak percaya lalu menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan.

"Iyalah. Aunty Najla datang nak pinang kamu. Mak dengan ayah dah setuju, tunggu kamu ajela" ujar Puan Nadiah

"Lagipun Ayish ni kerjanya elok. Boleh la tanggung kamu. Handsome orangnya. Mak suka" sambungnya lagi.

"Amboi mak! Dah macam dia nak kahwin"

Masin mulut kau Alee! Argh! Takkan la nak tolak. Aku yang ajak pak cik kahwin haduh makkk.

"Eh...tak silap kamu kan yang tawar diri kamu kahwin dengan Ayish tadi?" Tanya Puan Najla. Dia kini tersenyum manis.

Sweet Punishment Where stories live. Discover now