11

2.5K 115 4
                                    

"Assalamualaikum Aunty" salam diberi kepada bakal ibu mertuanya. Lalu dicium tangan Puan Najla. Lembut aje tangan Aunty ni.

"Waalaikumussalam" Puan Najla menghadiahkan senyuman manisnya pada Aleesya.

"Ha Ayish kenapa lambat?" Soal Puan Najla kepada anaknya. Ayish hanya menggeleng kepalanya. Puan Najla memandang kearah Aleesya.

"Err-" Aleesya menggaru kening dengan jari telunjuknya.

Haish pakcik ni. Dah tua bangka pun nak merajuk! Dahla tak cakap nak beli barang tunang! Tau tau sampai butik pengantin.

Aleesya mendekatkan diri pada Puan Najla lalu membisikkan sesuatu. Ayish hanya diam memandang mereka berdua.

Tak lain tak bukan mesti kutuk aku!

Tercetus tawa Puan Najla. Lalu dicubit lengan Ayish.

"Aduh! Mama ni kenapa" digosok-gosok tempat dicubit oleh Puan Najla sebentar tadi.

"Kamu ni Ayish! Tak baik buat Aleesya macam tu" Puan Najla masih tertawa begitu juga dengan Aleesya.

"Ala pisang tu nanti mama beli lah baru. Aleesya ni bakal isteri kamu juga kan. Bagi la dia makan. Itu pun nak berkira" ucap Puan Nadiah.

Berkerut kening Ayish. Apa?

"Kamu tu merajuk sebab Aleesya makan pisang kamu kan? Dahla meh kita tengok baju tunang. Jom Aleesya" Puan Najla memimpin tangan Aleesya dan mereka melihat baju baju yang tergantung dalam butik itu.

Ayish menghela nafas. Tidak puas hati. Mana ada dia merajuk!

"No , no , no tak boleh! Buat apa nak pakai biru ? Tak cantik" ucap Ayish yang sedang duduk melihat Aleesya memakai baju kurung modern berwarna baby blue.

"Okay la biru pakcik. Cantik ni!" Ucap Aleesya yang memusing-musingkan badannya di hadapan Ayish.

"No means no! Biru israhell! Kau sokong diorang ke?" Bantah Ayish.

"Mana ada sokong! Warna diorang tu royal blue! Ni baby blue, Mana sama!" Jawab Aleesya tidak mahu kalah. Kalau diberi pilihan , dirinya nak cekik orang tua ni.

"Ah takde! Baby blue ke, bapak blue ke, atuk blue ke , it's still the same colour!" Kata Ayish.

Aleesya mengepalkan tangannya. Lalu mengorak langkah kearah Puan Najla yang sedang ralit bersembang dengan pekerja butik itu. Dia menggoncangkan lengan Puan Najla lalu merangkul dan menyandarkan kepalanya pada bahu Puan Najla.

"Aunty tengok Abang Ayish tu...dia tak bagi Alee pakai baju warna ni masa tunang nanti" dicebikkan bibirnya.

"Hah? Dia buat apa kat menantu mama ni" Puan Najla memegang lembut pipi Aleesya.

"Abang Ayish tak bagi Alee pakai baju warna ni...abang Ayish cakap buruk. Betul ke Aunty?" Soal Aleesya yang mempamerkan sisi manjanya pada Puan Najla.

Puan Najla kini memimpin tangan Aleesya lalu menapak kearah Ayish yang dari tadi duduk di sofa,  ralit bermain handphone selepas Aleesya mengalah dengan pilihannya itu.

Dicubit pipi Ayish yang mulus itu.

"Aduh! Apa ni mama sakitlah" kata Ayish menggosok pipinya yang dicubit.

Sukalah cubit orang!

"Mama nak awak pakai baju tunang warna baby blue" tegas Puan Najla berbicara sambil menyilangkan tangan didada.

Hah? No! Lalu dipandang Aleesya yang menyorok dibelakang ibunya dengan pandangan yang tidak puas hati. Tak adil! Libatkan mama!

Sinis Aleesya memandang Ayish lalu diangkat ibu jarinya sambil dirinya menjelirkan lidah.

Sweet Punishment Where stories live. Discover now