Kedengaran jam loceng berbunyi. Jam yang menunjukkan pukul 4.30 pagi. Aleesya Nabilah bingkas bangun dari lenanya. Oleh sebab hari ini hari Sabtu dia terpaksa korbankan hari cutinya untuk benda yang berfaedah.
Aleesya turun dari katilnya dan segera ke kamar mandi. Dia mandi dan terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat tahajjudnya.
Sesudah mandi dirinya terus memakai baju, telekung dan membentangkan sejadah, ingin sahaja Aleesya mengangkat takbir tiba tiba...
Tok...tok...
"Kakak..." sesorang memanggil di luar pintu bilik.Dia melangkah ke pintu bilik dan membukanya
"Eh mak , kenapa ni? Pagi-pagi lagi dah ketuk pintu bilik orang" ucap Aleesya yang tersenyum kepada ibunya yang memakai telekung juga.
"Nak tahajjud kan? Jom tahajjud sama sama ayah dah tunggu kat bawah." kata Puan Nadiah kepada anaknya yang kecil molek itu.
Iya tinggi Aleesya hanya berukuran 155 cm. Seorang yang cantik , comel , pipi gebu, kulit yang berwarna putih kemerah-merahan dan yang paling menarik tentang dirinya dia memakai Spek. Itu yang buat orang tertarik akan kecomelannya. Oh! Matanya juga sepet macam ala ala Korea!
Aleesya juga ramai peminat apabila di universiti, sekolah, sekolah yang dia praktikal pun ada!
Aleesya ini cikgu.Tetapi hanya cikgu praktikal.Sabar setahun lagi dia akan grad dan akan jadi cikgu tulen.
Cikgu apa? Cikgu geografi.
Yang paling tak masuk akal dia pernah digoda dengan budak sekolah menengah.Haish tak patut tak patut. Itulah siapa suruh comel sangat!
Tetapi sayang, orang yang comel dan cantik ini sudah dimiliki orang tetapi hanya bergelar sebagai kekasih . Tidak lebih. Lagipun dia ingin fokus dengan kerjayanya.
"Ha jomlah orang pun baru je nak solat. Kita solat jemaah la baru best." kata Aleesya kepada ibunya sambil tersengih-sengih.
"Mak turun la dulu nanti orang turun nak lipat sejadah dulu." kata Aleesya lagi.
"Jangan lama lama pulak kesian ayah tunggu lama, okay? Turun tau...jangan tiba tiba mak naik tengok kau membuta sudah!" Tegas Puan Nadiah
"Iya" jawabnya
Aleesya membiarkan pintu biliknya terbuka sementara dia melipat sejadah yang dibentangkannya itu tadi. Sesudah melipat dia keluar dari biliknya dan menutup pintu.
Dia menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu dan melihat mak dan ayahnya tengah berbual sambil menunggunya. Siap gelak ketawa lagi apa yang lawaknya pun tak tahulah.
"Eh kita tiga orang aje? Auni ngan Alif mana?" Tanya Aleesya kepada ibunya.
"Tidur, biarlah diorang cuti harini kan, mak dah kejut dia orang cakap subuh nanti turun, penat sangat la kut Si Alip tu ada kelas tambahan, pukul 9 malam tadi baru balik...Auni pula baru balik kem kepimpinan pelajar" ucap Puan Nadiah
"Amboi! Buat perkara dunia boleh pulak sampai malam malam buta. Kelas tambahan la apa la! Nak jumpa tuhan sekejap takkan tak boleh?" Kata Aleesya. Dia mendengus kasar . Apa nak jadi adik adiknya ini
Biasalah anak sulung kan, ada adik dua orang aje. Sebenarnya adiknya ada 3 orang tetapi seorang sudah meninggal dunia.Pernah Aleesya bertanya kepada ibunya kenapa boleh meninggalkan?
Tetapi yang dijawab oleh ibunya hanyalah adik kemalangan.
"Udah la kome berdua meh la solatnya" kata Encik Aqil kepada dua permaisurinya itu
"Ha jom jom" serentak Aleesya dan Puan Nadiah menjawab
"Ayah...nanti kita buat tahlil untuk adik sekali eh" ujar Aleesya.
YOU ARE READING
Sweet Punishment
DragosteAyish Aiman x Aleesya Nabilah cerita rekaan semata-mata, tiada berkaitan yang hidup ataupun yang mati. Kisah seorang gadis yang masih menyambung pelajarannya tetapi dikejutkan apabila mengetahui kekasihnya berlaku curang terhadap sahabat baiknya sen...