10

5.4K 224 28
                                    

"Sorry kids I own her first"

Ayish.

Dari tadi lagi menunggu kini kian muncul dengan sesikat pisang yang berada di tangannya.

"Abang ni siapa?" Tanya anak murid Aleesya.

Iyalah diorang pun tertanya-tanya, tiba-tiba sahaja seorang yang kacak lagikan handsome ni tiba tiba muncul.

Ayish menapak ke sebelah Aleesya dengan senyuman manis.

"Bakal suami cikgu awak semua" kata Ayish kemenangan. Sebenarnya dia ingin pegang bahu Aleesya untuk mendekati tubuh mereka. Tapi awal awal lagi dah kena cubit. Tangan ketam betul lah.

Terlopong semua mulut anak murid Aleesya apabila Ayish mengatakan hal itu. Bukan setakat anak murid, dirinya pun terlopong, terkejut, terkedu, tergamam! Lupa nak alert pasal benda ni pada Ayish.

"Future husband to be?!" Kata anak muridnya .

"Cikgu!" Semua mata anak muridnya memandang kearah Aleesya.

"Apa ni cikgu! Cikgu dah janji dengan saya nak hidup semati tahu tahu cikgu dah nak ada suami" ujar anak murid lelakinya kini membuat muka sedih dan menyandar tangan pada bahu kawannya itu.

"Patutlah cikgu dah tak nak ajar kitorang... rupanya ada hati yang perlu dijaga"

"Cikgu batal kelas sebab nak jumpa bakal suami cikgu ke?"

"Handsome betul laaa bakal suami cikgu! Saya pun nak juga!"

"Nanti dah tak single la cikgu...abang koperasi mesti kecewa"

"Cikgu kahwin jangan lupa ajak tau!"

"Eeeee tak sabar nya nak dapat anak buah! Dahla cikgu cantik...suami cikgu handsome! Mesti anak-anak comel!"

Kepala Aleesya kini bagai mahu pecah mendengar kata kata anak muridnya . Ini semua salah Ayish! Tadi elok je tak muncul masa takda budak budak ni. Ini tiba-tiba sahaja muncul!

Tidak lain tidak bukan, esok semestinya dia akan menadah telinga mendengar cikgu-cikgu atau pelajar sekolah itu bergosip terhadapnya.

Aleesya menghela nafas panjang sebelum dia tersenyum kearah anak muridnya.

"No comment" katanya lalu menarik Ayish meninggalkan mereka.

Anak muridnya terkebil-kebil memandang cikgunya itu. Tidak mengapalah. Esok kita serang cikgu.

Sesampai nya di perkarangan kereta Aleesya melepaskan genggaman tangannya pada lengan baju Ayish.

Ikutkan hati, nak sahaja pegang tangan Ayish ni. Tetapi dirinya tahu mana halal dan haram. Tahu yang mana baik dan buruk. Bukan main serbu je nak pegang tanpa tengok dulu.

Memang dulu dirinya jahil, freehair, pegang orang suka suka hati walaupun bukan mahram , tidak tahu halal dan haram. Tetapi perancangan tuhan itu hebat. Terdetik hatinya untuk berubah. Waktu dulu memang dia tidak tahu solat, mengaji. Atas sokongan Amna dirinya nekad berubah. walaupun tidak sempurna , dia akan terus cuba dan mencuba.

Oh kenapa Amna ? Nak harapkan si Damia? Insan itu tak pernah bersetuju untuk Aleesya berubah. Katanya nak sehidup semati. Syurga neraka sama sama. Tahu tahu dirinya juga ditipu.

Atas kejadian yang menimpa kepada Aleesya dirinya tidak akan memaafkan lagi perempuan itu. Susah...susah untuk hatinya memaafkan orang yang paling dipercayai mengkhianatinya.

Betul. Ramai yang dapat memaafkan. Tetapi amat sedikit yang dapat melupakan apa yang dilakukan.

Jadi inilah dirinya sekarang. Mungkin dia akan memaafkan atau tidak akan.

Sweet Punishment Where stories live. Discover now