"Haiii, Assalamualaikum awak" salam diberi kepada limpa hati paru paru kekasihnya di talian.
Sejak dua hari lepas lagi dia tidak mendengar khabar akan kekasih cinta hatinya itu. Hari ini dirinya baru sempat ingin membuat panggilan.
"Hm waalaikumussalam" jawab Putra.
Argh! Ingin sahaja Aleesya melemparkan telefon bimbitnya apabila mendengar suara serak kekasihnya.
"Sorry saya ganggu tidur awak ke?" Tanya Aleesya sambil memutar mutarkan jarinya di atas bantal busuknya.
Malu la tu
"Putra , minggu depan saya tak datang tau nak tengok awak training"
"Awak pergi mana sayang?" Soal Putra
"Awak tahu kan sekarang budak sekolah tengah final exam... budak-budak minta saya buat kelas tambahan" kata Aleesya bersungguh-sungguh.
Sememangnya dia sendiri ingin menolong anak muridnya, sanggup dia korbankan masa bersama kekasihnya dengan membuat kelas tambahan.
Mestilah dia sanggup. Dia lebih sanggup melakukan perkara yang baik daripada melakukan perkara kepada seseorang yang tidak pasti.
"Kenapa? Dekat sekolah tu dah takda cikgu ke sampai awak kena jadi cikgu dia orang?" Tegas Putra
Eh eh dia ni takda angin takda ribut nak marah marah orang pulak!
"Bukan lah! Awak tahu kan cikgu sekarang dah pentingkan budak form 5 , dia orang kan nak SPM"
"Jadi saya perlulah jalankan tugas saya sebagai cikgu, walaupun praktikal tapi ini amanah saya" sambungnya lagi.
"Takkan tak boleh sayang? Penat la saya hari-hari mengharapkan awak nak datang tapi last last Damia aje datang...Hari tu saya training awak tak datang , Damia pula yang datang...Awak ke dia sebenarnya girlfriend saya ni?" Kata Putra panjang lebar.
Sesi memujuk ke ni? Memang taklah aku nak setuju datang lagipun aku mana minat bola. Haish sayangku sorang ni.
"Ala awak , saya tak datang minggu depan saja bukan selama-lamanya. Awak kenalah faham kerja saya, macam inilah awak"
"Saya suruh Damia teman awak lagi, saya janji lepas ni saya datang, saya janji . Kalau ada masa saya free ke saya pergilah, lagipun-"
Tut...
Belum sempat Aleesya menghabiskan ayat, Putra dengan selamba menekan simbol merah.
"Haah memang air liur aku untuk membazir je nak pujuk kau! Kurang ajar betul" marah Aleesya. Telefon yang berada di tangannya kini dilemparkan kearah cermin.
Ini kalau depan mata mau taknya kena makan penampar tahi kucing dari aku.
"Nasib aku sayang kau aje lah !"
Entahlah sejak dua menjak ini perangai kekasihnya lain macam. Boleh dimaksudkan perubahan yang mendadak. Asal ajak jumpa kat luar atau masa lapang yang ada dari Aleesya ada je alasan.
Ooo masa aku ajak jumpa nak lari, kau ajak jumpa aku tak boleh lari? It's not fair lah kalau begitu!
'sabar Alee sabar' katanya dalam hati
Aleesya mendengus kasar.Geram je dengan kekasihnya yang berubah ini. Relay nak dekat tiga tahun dah! Tak patut tak patut.
Dia menggeleng perlahan dan meletakkan telefon di atas meja tidurnya bersebelahan dengan katilnya . Aleesya langsung membaringkan dirinya pada katil yang empuk!
Pergh nikmat dunia.
---
"Aleesyaaaaaaaaaaaa!"
Damia menjerit namanya sambil mendepakan tangan ingin memeluk sahabat baiknya yang tersayang.
YOU ARE READING
Sweet Punishment
عاطفيةAyish Aiman x Aleesya Nabilah cerita rekaan semata-mata, tiada berkaitan yang hidup ataupun yang mati. Kisah seorang gadis yang masih menyambung pelajarannya tetapi dikejutkan apabila mengetahui kekasihnya berlaku curang terhadap sahabat baiknya sen...