4

3K 172 5
                                    

Kakinya melangkah ke bangunan dimana tempat bekas kekasihnya berkerja.

Sesampai ya di kaunter pertanyaan "saya nak jumpa dengan Putra" ucap Aleesya.

"Maksud Cik...Tuan Putra?" Wow. Dah dapat gelaran Tuan.

Aleesya mengangguk mengiyakan sahaja. Jelas dalam sudut hatinya dia menyampah melihat lelaki yang sudah menyakitkan hatinya. Jangankan wajah, nama pun tidak mahu didengar. Kalau boleh nafas pun tak nak dengar.

"Cik dah buat temu janji?" Tanya staf pekerja itu.

"Dah" jawabnya pendek.

"Alright, cik dah boleh masuk bilik kerja Tuan Putra"

———

"Sayang" tegur Putra. Dia memandang dengan pandangan yang sayu.

Hek eleh jantan ni, buat buat sedih pulak. Lempang karang.

"Saya—"

"Before you start talking nonsense, bagi aku cakap dulu" Aleesya memotong ayatnya.

"Sure , take a sit first" kata Putra, mempelawanya duduk.

Memang dirinya ingin duduk. Dari tadi naik tangga dari tingkat satu hingga tingkat 15. Nak pengsan dibuatnya. Lif rosak punya pasal.

Bangunan besar besar tiada lif ke? Ada. Terlebih ada tetapi lif itu hanya dapat digunakan pekerja dan lif tetamu sudah disediakan tetapi malam tidak berbau , boleh pula rosak.

Ingin sahaja dirinya menggunakan lif VVIP tetapi sesama sekali dilarang tetamu sepertinya.

'bangunan besar, dah kaya dah, nak baiki lif tak boleh?' umpat Aleesya dalam hati.

"Aleesya?" Tegur Putra dengan memetik jarinya.

"Fikir apa?"

"Fikir azab orang berzina...agak agak apa azabnya eh?" Soal Aleesya. Sinis senyumannya pada Putra.

Padan muka kau . Tanya lagi.

"Boleh tahan juga mulut awak sekarang" katanya. Tangan yang berada diatas meja dikepal erat.

Marah nampak? Masa tengah sedap tak ada nak fikir perasaan aku! Baru cuit sikit dah nak sentap.

"Look sekarang ni bukan salah saya and that's not ever her fault" Putra memandang Aleesya seolah-olah dirinya membuat kesalahan itu.

Aleesya menapak ke hadapan dan menghentak tangannya di meja.

BAM!

Dahi Aleesya kian terjojol dengan urat. Kemarahannya kini sudah meluap-luap. Mukanya merah jelas kelihatan menahan amarah.

"Kau cakap apa ni Putra?! Sekarang kau nak salahkan aku? Jangan memandai nak tegakkan benang yang dah basah!" Naik satu oktaf suara Aleesya.

"Sekarang siapa yang mula dulu? Aku ke kau?! Siapa yang buat bodoh dulu? Aku ke kau?!" Putra meneguk air liurnya dengan kesat. Dia hanya menunduk dan mendiamkan diri.

"Jawablah!" Marah Aleesya.

"Kenapa tak jawab? Takut? Takut dengan hakikat yang kau dengan Damia buat dan tak boleh terima?" Dingin nada suara Aleesya yang cukup membuat Putra merinding.

Pandai buat, pandai lah tanggung! Ini tidak, aku juga kau salahkan. Kurang asam masin punya jantan.

"Awak yang buat saya jadi macam ni... Kalau bukan sebab awak yang suruh Damia teman saya sepanjang waktu, saya mungkin takkan jatuh cinta lah dengan dia!"

Banyak pula alasan lelaki ni. Wait... Teman? Jatuh cinta?

Aleesya mengerutkan kening. "Sejak bila lagi kau dengan Damia?"

"Kenapa awak nak tahu? Selama ni tak ada pula nak ambil kisah pasal saya"

banyak songeh pula.

"Aku tanya tu jawab lah! Apa yang kau tak faham bahasa sangat?!" jerkah Aleesya. Sabar dia pun ada limit. Agaknya kalau bercakap siam baru nak faham.

Putra tersentak atas jerkahan Aleesya. Tidak pernah lagi Aleesya jerkah dirinya sampai begini sekali kerana ditutupi oleh sifat manja dan penyayang seorang Aleesya.

Putra meneguk air liurnya sebelum melarikan pandangan dari bertentang mata dengan bekas kekasihnya.

"Tahun lepas"

Setahun? Setahun ditipu hidup hidup.

Aleesya ketawa kecil "tak sangka kan, orang yang paling aku percaya buat tahi dekat kau" Aleesya merenung Putra tajam.

"Sampai hati kau kan Putra..."

"Bukan salah saya. Awak yang mengelak setiap kali nak jumpa dengan saya" terus Putra berpeluk tubuh menunjukkan dirinya tidak bersalah.

"Saya harap awak boleh lupakan hubungan kita dan Damia pun dah mengandung anak saya"

Terasa pecah berkecai hatinya diguris oleh lelaki yang dicintai. Putra yang dia sayangi sudah bukan miliknya lagi melainkan dimiliki oleh sahabat baiknya sendiri. Paling menggembirakan dia akan dikurniakan anak buah. Hebat... Hebat permainan kau Damia.

"Apa?" soal Aleesya berhati-hati.

"Ya, seperti yang awak dengar. Damia mengandung anak saya dan saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Terima kasih untuk tiga tahun ni Aleesya"

Mudah! Terlalu mudah untuk dia mengungkapkan kata-kata itu. Tak, mereka tidak salah. Hanya dirinya yang terlalu berharap.

"Baby!"

Aleesya dan Putra berpaling kearah suara yang menyapa Putra. Mungkin?

"Mia... You buat apa sini?" Soal Putra. Mata juga menjeling sekilas pada Aleesya untuk melihat reaksi gadis itu.

"Alee"

Ditarik nafas perlahan sebelum menghembuskan perlahan "baguslah anak dara kena kangkang pun ada kat sini" sindir Aleesya.

"Awak!"

"Sakit hati? Marah? Habis hati aku ni tengok kau berasmara berdua tak sakit hati? Sampai nak dapat anak dah pun. Nanti besarkan anak haram tu sama sama ya, biar anak tu tak ikut perangai mak bapak" Aleesya tersenyum sinis. Lantak lah korang nak cakap aku jahat pun.

"Kau ni kenapa hah Alee?" Soal Damia tidak puas hati.

"What? Betulkan apa yang aku cakap. Berapa bulan dah anak tu? Yela, setahun dah kan korang tipu aku hidup-hidup. Cakap pasal setahun... Itu anak kedua kau ke Damia?" Aleesya masih dengan senyuman jahatnya memandang Damia yang seakan ingin menampar wajah cantiknya. Tampar la nak tampar, sebelum tu bagi aku smackdown kau dulu.

"Kau..."

"Mia!" Putra menggeleng perlahan.

Takut la tu.

Aleesya menyeluk tangan dalam beg tangannya mengeluarkan kotak merah.

"Ambil balik cincin kau ni. Aku tak hamak nak pakai emas palsu" Aleesya menghempas kotak cincin tersebut di meja kerja Putra. Ada ke patut bagi emas palsu? Dia punya la gigih pergi kedai emas tadi nak jual. Tahu tahu palsu. Tak guna punya jantan.

"Dah aku nak balik, panas pula duduk sini. Oh lupa! Nanti kahwin ajak aku eh" Aleesya tersenyum dengan matanya. Dia menapak keluar dari pejabat tersebut. Jelas kelihatan Aleesya menahan amarah. Tiada mood untuk menggunakan tangga!

"Lantak kau lah, aku nak guna juga lif ni! Apa nak jadi...jadilah!"

Nasib tidak menyebelahinya. Aleesya tersadung dihadapan lif. Segera dia menoleh kebelakang ingin melihat jikalau ada orang dibelakang. Syukurlah tiada.

"Aduh, macam mana boleh jatuh ni. Buat malu je, tu la gedik sangat nak pakai heels ni kenapa. Padanlah muka kau Alee" Lantas Aleesya bangun dan menekan punat lift dan akhirnya pintu lift terbuka lalu dia menapak masuk ke dalam.

Sambil menunggu sambil dia berfikir. Apa kata dia pergi berjalan-jalan dulu. Aleesya menguntumkan senyuman matanya melilau melihat apa yang ada di dalam lif. Terus mati senyumannya apabila melihat lif yang dia menggunakan adalah lif VVIP.

"Apa aku bodoh sangat tak tengok dulu sebelum masuk ni! Argh!" Aleesya terus menekan berkali-kali pada tingkat yang paling bawah. Malangnya usaha tidak berhasil.

Sweet Punishment Where stories live. Discover now