Tengku Zaqwan yang sedang berbual dengan sahabatnya di telefon..
Kau kat mana Haziq ?
Sekarang ni aku tengah dekat Zus Coffee - kata Haziq.
Okay kebetulan aku dekat luar juga..Zaqwan memandang jam tangan nya sekilas. Lagi 10 minit aku sampai***
Ini semua bukti yang aku dapat dari orang - orang aku kata Haziq.Zaqwan melihat semua bukti tersebut seperti maklumat tentang keberadaan adik kandung nya itu,gambar - gambar adik nya yang sekarang.Zaqwan sangat speechless apabila melihat gambar tersebut sesuatu perkara yang tidak disangka kan.
Weh Zaqwan tu perempuan yang dekat sekolah kita dulu eh dulu kan kau selalu mengorat dia.Kecil betul bumi ni - kata HaziqZaqwan hanya mendiamkan diri sambil memandang gambar itu sehingga Haziq menarik gambar itu dari Zaqwan...hushh kau ni Zaqwan kalau boleh sampai gambar tu tembus kau tengok.
Ehh kau ni mana ada Zaqwan menayang penumbuk kepada Haziq.
Sekarang ni Hana ni tinggal kat mana ? dia buat apa ?Hana dapat sambung tawaran belajar dekat UITM.Dia tinggal dengan Amanda dan Syifa dekat rumah sewa.Pada waktu yang sama Hana baru kehilangan ibu nya.
Betapa berat nya ujian yang dihadapi oleh Hana itu terlalu sukar..tetapi dia kuat seperti tiada apa berlaku. - kata HaziqAku nak cari dia nak bawa dia balik..aku dah janji dengan mama nak bawa balik adik kandung aku itu..sudah beberapa bulan juga dia mencari tahu keberadaan adik kandung nya itu.Walaupun dalam hati nya agak terpukul menahan perit apabila melihat wanita yang dia suka itu sebenar nya adik kandung nya sendiri.
Zaqwan menyuruh bodyguard nya untuk mengambil Hana untuk dibawa pulang ke rumah mama nya.Zaqwan memberi amaran kepada bodyguard agar bawa Tengku Hana Zulaikha balik dalam keadaan baik tanpa cedera sikit pun.
Bodyguard nya itu menunduk kepala sebagai tanda hormat dan menjawab faham kepada Tengku Zaqwan.
Hana yang berjalan bersama Amanda dan Syifa untuk pergi ke kedai makan yang berdekatan dengan universiti mereka itu kerana kelaparan.
Alhamdulillah kenyang..penat lah buat assignment yang lecture aku bagi tu.Mengeluh Amanda dan Syifa sambil bercerita kepad Hana.
Sabar lah weyh..usaha tidak akan mengkhianati hasil nasihat Hana kepada dua sahabat nya itu.Hana dan dua sahabat nya itu berbeza dalam bidang yang diambil mereka walaupun begitu mereka masih rapat berkawan bertiga.Tiba - tiba datang seorang lelaki di meja makan mereka.
Assalamualaikum, kalau tak salah awak ini Tengku Hana Zulaikha kan.
Waalaikumussalam..ya saya ada apa ya ? Boleh tak Tengku ikut saya ada seseorang nak berjumpa dengan Tengku - kata lelaki itu.Ehh encik nak bawa kawan saya pergi mana ya..encik jangan macam - macam dengan kawan kami eh.. - kata Amanda dan Syifa .
Cik berdua jangan risau ya saya tiada niat jahat pun kepada kawan cik berdua ini.Ehh maaf ya encik atas kelakuan kawan - kawan saya ini.
It's okay saya faham kawan - kawan Tengku mesti risaukan Tengku.
Hana hanya tersenyum sambil berkata jangan lah bertengku dengan saya panggil je Hana.Okay Hana,take care kalau ada apa - apa call kami. - kata Amanda dan Syifa.
Yer..Korang balik lah dulu takpa jangan risau aku okay je.. - kata Hana.***
Erkk encik kita ada kat mana ya ?
Hana terpukau melihat rumah banglo yang besar dan mewah itu.
Tengku boleh masuk untuk tahu kebenaran.Erkk maaf ya encik, saya tak berapa selesa dengan panggilan macam tu..Panggil je saya Hana kata nya sambil tersenyum.
Baik Tengku ehh baik Hana saya akan biasakan.Hana dibawa masuk ke rumah itu. Dia melihat sebuah keluarga di ruang tamu itu. Hana berasa segan dan janggal. Dia melihat dua sosok orang yang dia kenali di situ
Hana pergi ke Tengku Della Elena, dia berlutut dan menghulurkan tangan nya untuk bersalaman. Raut wajah Tengku Della Elena berubah mendung.
Hana... anak aku ? betul ke ni Allahu ! terus Tengku Della Elena mengalirkan air mata , dia memeluk Hana dengan erat nya.Hana juga dengan tiba - tiba mengeluarkan cecair jernih daripada mata nya itu. Hana minta maaf dari awal, Hana pun sudah tahu mama masa pertama kali kita berjumpa.Hana takut nak beritahu kerana bukti yang Hana ada tak cukup.
Mama yang sepatut nya minta maaf dengan Hana sebab tak kenal dengan anak mama sendiri. Masa mama kena ragut hari itu kalau abang nak tahu Hana yang selamatkan mama.Nasib Hana tidak tercedera semasa melawan dua peragut itu..
Hana pergi salam papa - kata Tengku Della Elena.Hana bersalaman dengan papa nya. Tengku Shahrizal mengusap kepala anak nya. Dah besar anak papa cantik ikut mama dia ni..Hebat anak papa boleh bersilat ni mesti dulu Hisham ajarkan.Haah dulu sebelum ayah pergi , ayah turunkan ilmu silat kepada Hana. - jawab Hana
Papa pun boleh bersilat tapi tak sehebat ayah lah..ketawa papa nya. Hana tersenyum sambil berkata papa pun hebat lah dulu ayah pernah cerita ayah ada kawan juga semasa belajar silat dengan tokwan. Yer papa la tu , papa dengan ayah kawan daripada kecil lagi.
Amboi..rapat nya dua orang tu mentang - mentang lah boleh bersilat lah apa lah.. Mengadu Tengku Della Elena kepada Mak Siti yang merupakan orang gaji yang sudah bertahun - tahun di rumah itu. Mak Siti pun boleh bersilat tapi bersilat kat dapur je lah.. Ketawa mereka sekeluarga.
Hana bersalaman dengan Mak Siti. Wah cantik nya anak dara seorang ini ikut Puan lah kata Mak Siti kepada Tengku Della Elena. Ehh mana ada, mak siti pun cantik juga kata Hana. Pandai dia ambil hati kita - kata Mak Siti. Afrina tak cantik ke Mak Siti muncung mulut nya. Ehh siapa cakap Afrina tak cantik , Afrina pun cantik - kata Mak Siti.Hehe,Afrina tersipu - sipu.
Mak Siti pergi dapur dulu ya ada apa - apa panggil jer. Afrina tak nak salam kakak ke tanya mama nya. Afrina malu - malu begitu juga Hana malu - malu. Afrina bersalaman dengan kakak nya. Nama penuh kak Hana apa ? Nama kakak Hana Zulaikha.
Nama penuh Afrina Tengku Afrina Maylafaisha. Aik kak mana tengku nya.Afrina buat pembetulan " Tengku Hana Zulaikha " haa baru betul.Maaf ya..kakak tak terbiasa Inshaa Allah akak akan cuba biasakan - kata Hana sambil tersenyum. Afrina umur berapa soal nya. Afrina 17 tahun kak pula berapa ? Ouh akak 19 tahun, beza 2 tahun la kita.
Ish kau ni Afrina tadi shy shy cat ni tak sampai sehari dah shy shy ton. - kata Zaqwan. Afrina memukul bahu abang nya yang beza 3 tahun itu.
Hana sudah ketawa mendengar nya. Hana kau tak payah melayan sangat Afrina tu dia memang macam tu dah 17 tahun tapi perangai macam budak - budak lagi tak matang. Afrina menjeling abang nya.Ishh..kak Hana tengok abang Zaqwan tu Afrina mendengus. Hana berkata tak baik la Zaqwan dengan adik kau sendiri pun nak gaduh eh.Afrina menjelir lidah ny apabila Hana back up nya.
Korang berdua ni macam dah kenal lama jer - kata Tengku Shahrizal dan Tengku Della Elena.
Haah dulu Hana ni satu sekolah dengan Zaqwan. Dikata kan junior lah macam tu - kata Zaqwan.Kalau papa dengan mama nak tahu..Hari - hari Zaqwan datang lambat, Hana yang tulis nama Zaqwan. Memang la Hana penat mama gerak abang kamu tu. Susah bangun. Benda dah lepas , kata Hana sambil ketawa.
Hana okay ke belajar macam mana sekarang dekat universiti ? Tanya mama papa nya.
Alhamdulillah. Okay jer, Hana baru habis semester 1. Hana dapat cuti sebulan mula esok.
Hana tumpang cuti ni tinggal lah sini kalau boleh tinggal je terus dekat sini. Lagi pun dekat je dengan uitm tu. - kata mama nya.Dengan berat hati..bukan Hana tak nak mama tapi tadi pun bodyguard Zaqwan yang ambil Hana terus ke sini. Hana tak bawa pakaian.
Kak Hana pakai la pakaian Afrina dulu, lagi pun Afrina tengok kak Hana kecil je. - kata Afrina
Haa betul tu - kata mama.
Esok mama suruh Pak Said hantar Hana ambil baju dekat rumah sewa Hana. Susah - susah jer terima kasih mama.
YOU ARE READING
Silent Love ♡
عاطفيةHana Zulaikha atau dikenali sebagai Tengku Hana Zulaikha.Dia dilahirkan dengan didikan agama oleh allahyarham ibu dan ayahnya dan ditemukan oleh keluarga kandung nya yang sebenar.Dia diminati oleh para jejaka tetapi dia tidak pernah tertarik untuk b...