Hana terjaga daripada tidurnya. Dia melihat skrin telefon yang menunjukkan sudah pukul tiga pagi. Dia menuju ke bilik air mengambil wudhu' untuk menunaikan solat tahajud.
Setelah selesai solat,
Ya Allah , Kau ampun kan lah dosa hamba mu ini. Aku hanya lah manusia biasa yang lemah tak pernah lari daripada dosa. Kau kuatkan lah hati aku ini berikan lah aku kesabaran agar dapat menjalani kehidupan selama aku masih bernafas di atas dunia ini.
Kau berikan lah keberkatan dan pelihara hubungan aku dan suamiku agar bahagia di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya hanya kepada Mu tempat aku bertakwa dan berserah diri.رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada Ku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar.
Amin ya robbal alamin...
Rayyan terjaga sudah lama dari tadi setelah menyedari isterinya tiada disampingnya. Dia mendengar luahan hati isterinya kepada Sang Pencipta. Dia turun dari katil memeluk isterinya dari belakang.
Eh, abang terjaga sebab sayang ke ? Sorry abang. Tak lah mana ada jawab suaminya. Untung abang dapat isteri macam sayang. Sayang pun untung dapat suami macam abang jawab Hana juga.
Ehh tiru ayat abang pula eh. Dah abang kata untung dapat Hana. Hana pun untung lah dapat suami macam abang jawabnya sambil tertawa.
Dia terfikir untuk bertanya kepada suaminya.
Abang betul ke sayang Hana ? Ishh apa punya soalan tu mestilah abang sayang Hana.
Walaupun kita masih tiada anak ? Soal nya lagi.Abang nikah dengan sayang sebab rasa cinta. Sayang cinta pertama dan terakhir untuk abang. Rezeki Allah dah tentukan mungkin sekarang ini waktu kita luangkan masa bersama. Terima kasih abang sudi terima sayang seadanya.
Notification azan di telefon berbunyi.
Azan apa tu sayang ? Rayyan blur seketika, azan subuh lah abang.
Tu la pagi buta waktu semua orang tidur kita bukan main berbual sampai tak sedar dah masuk azan subuh. Dah jom solat jemaah.Hana menanggalkan telekung nya dia bangun nak pergi ambil wudhu' . Sayang nak pergi mana ?
Sayang nak pergi ambil wudhu' lain la, kan abang peluk, cuit hidung sayang tadi. Apa hal suami aku jadi blur sangat ni.. Hana hanya tersenyum kerana melihat telatah suaminya.
Abang pergi lah mandi dulu bagi segar sebelum solat subuh , sayang tunggu. Jangan lama sangat dalam bilik air tu pesan nya.
Setelah menunaikan solat subuh,
Sayang turun nak tolong umi.
Teman abang tidur kejap. Nanti dekat rumah kita, sayang teman. Ni kan dekat rumah umi segan tau, sayang kena la teman umi lagi pun bukan selalu dengan umi.
Yela abang ingat janji sayang tau. Alamak dia sudah terlanjur kata begitu kepada suaminya.Dia melangkah keluar dari pintu bilik turun ke bawah. Dia menuju ke dapur untuk memasak sarapan pagi hari ini. Dia melihat apa yang ada apa yang boleh dimasak. Dia melihat masih ada nasi semalam.
Nasi semalam ada lagi , masak nasi goreng je lah. Setelah dia selesai memotang segala bahan yang ada, dia membuka api gas untuk mula memasak.
Setelah nasi goreng dah siap , dia bancuh air kopi untuk abi dan suami nya tak lupa juga air teh untuk umi. Dia tahu umi tak minum kopi kerana itu dia sediakan dua jenis air panas pagi ini.
Hana mendengar bunyi kaki orang turun tangga. Umi, abi jemput makan.. makanan sudah sedia ada di atas meja makan ada juga roti gardenia dengan jem peanut butter.
Rajin menantu kita ni, hari hari makan Hana masak makin berisi abi dibuatnya. Tak apa abi berisi pun umi masih sayang jawab Hana. Mereka berdua tertawa. Amboi, boleh buat geng dah dua orang ni. Rayyan tak bangun lagi ke ? Soal umi nya. Kejap Hana pergi gerak Rayyan.
Dia membuka pintu bilik dan masuk. Suami nya tiada di katil pasti dia dalam bilik air. Dia menunggu Rayyan. Bilik air terkuak, suami nya hanya bertuala. Dia tak sengaja melihat cepat cepat dia pusing tak nak tengok.
Lepas pakai baju turun sarapan tau umi dan abi dah tunggu tu. Hana gelabah nak keluar dari bilik. Salah langkah dari mana dia hampir terjatuh sempat di sambut Rayyan.
Ya Allah, nasib sayang tak jatuh lain
kali hati hati. Pipi Hana sudah merah merona sedekat itu mereka.
Tunggu abang pakai baju kejap.Mereka turun dan sarapan bersama.
Sedap nasi goreng Hana masak puji abi dan umi nya. Alhamdulillah, semua suka. Tiba tiba dia berasa sedih teringat arwah ibu. Dia hanya diam dengan muka yang tenang.Resepi nasi goreng ni arwah ibu selalu masak dulu sebelum Hana pergi sekolah. Kalau boleh tau kenapa ibu meninggal dulu ? Soal umi nya.
Flashback...
Hana balik dari hari terakhir nya bekerja di butik tersebut sebelum beberapa hari lagi dia akan sambung belajar.
Dia melihat orang ramai di rumah nya. Apa hal ramai ramai tu. Dia berjalan dengan pantas , dia masuk ke dalam rumah. Air mata nya bertakung terus menjadi sederas sungai melihat apa yang berlaku. Dia melihat ibu nya yang sudah tiada meninggalkan nya selama nya.
Dia hanya ikut sehingga ke pusara ibu nya. Hana banyakkan bersabar ya makcik faham perasaan kamu. Makcik, macam mana boleh jadi semua ni ? Hana teresak esak.
Waktu makcik ketuk pintu bagi salam tiada siapa jawab. Pintu tidak berkunci, makcik masuk dan melihat Suhaila sujud terlalu lama. Makcik pegang Suhaila terus dia terbaring sudah tidak bernyawa.
Hana kuatkan hati ya bersabar. Banyakkan berdoa agar ibu tenang disana, Inshaa Allah, syahid buat arwah. Hana fokus sambung belajar sehingga berjaya. Ibu mesti bangga dengan Hana percaya cakap makcik ya sayang.
Sejak saat itu, dia tenangkan diri nya seorang diri di rumah itu tiada lagi ibu nya hanya tinggal kenangan.
Amanda dan Syifa yang memberi kekuatan untuk nya mereka bersama sama sehingga lah sambung belajar.End flashback...
.
.
.
.
.
Bersambung ~
YOU ARE READING
Silent Love ♡
RomanceHana Zulaikha atau dikenali sebagai Tengku Hana Zulaikha.Dia dilahirkan dengan didikan agama oleh allahyarham ibu dan ayahnya dan ditemukan oleh keluarga kandung nya yang sebenar.Dia diminati oleh para jejaka tetapi dia tidak pernah tertarik untuk b...