Part 1 [ edited ]

510 12 0
                                    

Jam telefon Hana Zulaikha berdering..Aduh malasnya nak bangun mandi..punya sedap lah tidur malam tadi dengan hujan lebat nya.. Jadi malas nak pergi sekolah ya Allah
Sabarlah duhai hati.. - desis Hana

Pintu bilik Hana telah diketuk oleh ibu nya.. Hana tak bangun lagi ka nanti lambat pergi sekolah..

Hana bangun dah lah ibu..Hana berjalan buka pintu bilik nya good morning ibu ! Jap Hana nak pergi mandi bersiap.

Setelah dia bersiap, Hana sini sarapan ibu dah siapkan nasi goreng.. panggil ibu nya.

Wah sedap nya bau..Hana memeluk ibu nya dari belakang..Hana mengambil nasi sedikit lalu di letak dalam pinggan nya,ibu nya juga tau anak nya yang satu ini kalau sarapan mesti mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit..ibu nya tau Hana tidak suka sarapan pagi..tetapi ibu nya menyuruh dia makan supaya ada tenaga untuk ke sekolah.

Arwah ayah nya juga selalu nasihat dia "Hana kena makan sebelum pergi sekolah..takut nanti gastrik,dalam kelas belajar kena ada tenaga baru boleh fokus masa tengah belajar "..
Hana kenapa mengelamun nanti lambat ke sekolah..

Eh mana ada mengelamun ibu..ni ha ibu masak sedap sangat..padahal dia teringat akan ayah nya..

Setelah selesai makan,dia mencuci pinggan nya walaupun ibu nya selalu cakap letak ja dalam sinki sat gi ibu basuh..tapi dia tak nak menyusahkan ibu nya.. Ibu nya bangga dengan anak nya bila di didik dari kecil lagi kerana dia menjaga anak nya seperti menatang minyak yang penuh.

Hana salam ibu nya dan dahinya dikucup oleh ibu nya.. kemudian Syifa kawannya Hana menyalam ibu nya..pergi dulu ya makcik..Hana pergi sekolah dulu ibu bye.
Assalamualaikum serentak Hana dan Syifa.

Waalaikumussalam..Hana! hati hati ya pergi sekolah tu..Syifa jangan bawa motor laju - laju! jerit ibu nya Hana dari jauh.

Baik makcik !
Ibu nya Hana sudah tau anak nya yang satu itu tidak berani bawa motor kerana itu anak nya pergi ke sekolah bersama kawannya..

Setelah sampai ke sekolah..
Diawal pagi Hana bertugas di pagar kerana dia seorang pengawas sekolah manakala Syifa pula pengawas perpustakaan,dia terus ke perhimpunan pagi..

Tepat 7.20 pagi..orang yang sama datang lambat siapa lagi kalau bukan Tengku Zaqwan.Dia begitu kerana ingin berjumpa dengan crush nya Hana.Dia datang lambat sekali pun bukan dimarahi kerana Tengku Zaqwan orang yang berpengaruh di sekolah itu.

Hana masih saja mencatat nama nya dalam sistem salah laku murid. Kenapa datang lambat ? tanya Hana
Tengku Zaqwan memberi alasan jalan sesak..uishh Hana diam padahal geram ada je la alasan ek dia bagi..
Pengawas perempuan yang lain tersengih sengih memandang Tengku Zaqwan..

Aku menyampah betul acah handsome biasa ja aku tengok - desis Hana
Hana ni memang lain sebab tu aku jatuh cinta dekat dia..walaupun sebenarnya zaqwan dicabar oleh kawan kawan nya untuk mendekati Hana..lama kelamaan dia benar - benar jatuh cinta pada Hana Zulaikha itu.

Dia cuba berhenti jadi playboy untuk mengejar cinta Hana..Tunggu Hana, aku takkan pernah henti berusaha untuk buat kau suka dekat aku. - desis Tengku Zaqwan.

Hana selalu cakap dekat diri nya supaya jangan pernah jatuh cinta dengan mana mana lelaki tak kisah lah dia handsome ke tak..lagi pun mana boleh couple couple haram !
Ketika waktu rehat..di dalam kelas aku bosan sebab Amanda tak datang sekolah harini kerana dia demam..Aku hanya doa kesembuhan untuk nya..

Selalu nya Amanda yang suka kacau usik kau..bila Amanda tak datang sekolah baru tau sunyi kau eh - kata Syifa kepada nya.

Weh Hana dengar cerita ada budak baru,dia lelaki..aku dengar cerita budak tu handsome..aaa tak sabar bila nak jumpa dia.. Mula dah kau kalau lelaki handsome kau nombor satu paling tau..tertawa Hana.

Hana nanti dah lulus sekolah aku nak tengok jugak siapa la yang jadi jodoh kau untung jodoh kau tu..nanti jangan lupa jemput aku,aku nak rasa juga nasi minyak kau - kata Syifa.

Weh kau ni merapu apa hah sekolah pun x habis lagi cakap pasal kahwin..calon pun tak dak lagi..lagi pun tengoklah nanti nak jemput kau ke tak hahaha - kata Hana.

Kringgg...
Weh rehat dah habis..baru rasa nak buang air pulak alahaii..
Tak pa lah aku keluar sendiri pergi tandas nanti kau tolong bagi tau cikgu Alina okay..

Aku cepat cepat keluar berlari ke tandas,setelah selesai hurh lega..aku berlari hendak cepat takut di marahi cikgu Alina tiba tiba gedebuk buku jatuh..Ya Allah,aku langgar anak siapa ni waktu waktu macam ni jugak lah.

Ehh sorry sorry saya tak sengaja.. Hana mengutip buku yang jatuh itu sehingga tangan nya tersentuh oleh budak lelaki itu ketika mengambil buku yang sama. Dia cepat menarik tangan.

Astaghfirullah serentak dia dan lelaki itu istighfar...Hana menjadi malu dan meminta maaf lagi sekali..saya tak sengaja sorry erk..lelaki tersebut tak apa dan meminta maaf juga

Awak ok tak ada yang luka ? - lelaki itu
Alhamdulillah,tak ada yang luka - Hana
Maaf,saya nak tanya 5 Anggerik di mana ? - lelaki itu

Oh boleh ja..kebetulan kelas sebelah je - Hana
Saya Rayyan Mateen Yusuf.Awak ?
Saya Hana Zulaikha
Yusuf,Zulaikha - desis hati mereka.
Dah sampai..Terima Kasih Zulaikha terkejut Hana apabila lelaki itu memanggil nya Zulaikha. Erk sama - sama.

Perkenalkan nama saya Rayyan Mateen Yusuf boleh panggil Rayyan. Budak Perempuan di dalam kelas itu terpesona melihat ketampanan Rayyan itu..
Okay awak boleh duduk di belakang sebelah Ahmad- kata cikgu Rahman.
Baik cikgu,Terima kasih.
_____

Di kelas 5 Lavender ketika Hana masuk rupa - rupa nya tiada guru..weh Syifa cikgu mana? Oh cikgu tak datang,tapi cikgu bagi homework halaman 25 sampai 30 dalam buku amali sains..mak aii banyak nya tapi tak pa lah memang la banyak tahun ni kan nk SPM.

Weh btw asal lambat kau ni..kau pergi buang air ka buat tandas ? Ouh hehe tadi aku terlanggar orang lepas tu budak tu tanya aku 5 Anggerik kat mana..dah alang alang kelas sebelah ja..aku tolong la hantar begitulah kisah nya.

Lelaki ke perempuan ? tanya Syifa
Haih buat dah perangai dia tu..lelaki
hush gila la kau Hana..handsome tak budak lelaki tu? Tah tah budak baru yang aq cakap kat kau tu..tanya lagi Syifa..biasa ja aku tengok - Hana

Kau ni bukan boleh percaya semua lelaki kau kata biasa dengus Syifa
Kau ni Hana aku tengok kawan aku ni cantik..ramai lelaki beratur nak kat kau lagi lagi yang handsome tu..kau reject macam tu ja uhuii.

Dah la malas aku layan kau ni baik aku buat homework cikgu Alina bagi..

Silent Love ♡Where stories live. Discover now