Pada jam 3.00 pagi, Hana menuruni anak tangga dengan berhati - hati kerana seluruh ruang yang gelap gelita itu.
Dia merasakan ada kelibat seseorang di dapur dengan gerak geri yang aneh. Ish ada orang pecah masuk ke desis Hana.
Hana mengambil tindakan sendiri. Dia mempercepatkan langkah nya dengan mengunci tangan orang itu ke belakang dan dia pukul sedikit di bahagian leher sehingga orang itu pengsan.
Keadaan yang berbunyi bising diantara pergelutan Hana dengan seseorang membuatkan semua orang di dalam rumah itu terjaga.
Shafira meraba - raba dinding mencari suis lampu kemudian ditekan nya seluruh ruang menjadi bercahaya. Ya Allah ! Apa jadi ni Hana ? Terkejut Umi , Abi dan suami nya melihat kejadian tersebut.
Hana pun menjadi panik diri nya diselubungi rasa bersalah rupa - rupa nya yang dia pukul itu adik ipar nya sendiri Iqwan.
♡o。.(✿ฺ。✿ฺ)
Setelah selesai solat subuh berjemaah,
Apa yang berlaku Hana ? Kenapa pukul si Iqwan ? Dia disoal oleh umi dan abi.Sebenarnya tadi Hana nak pergi dapur untuk minum air. Tapi waktu ditangga Hana nampak gerak geri seseorang yang aneh di dapur dalam keadaan yang gelap.
Hana risau la ingatkan ada orang pecah masuk rumah. Sebab itu Hana ambil tindakan sebelum terjadi apa - apa kepada umi, abi dan Rayyan.Hana menjelaskan sambil muka nya tunduk ke bawah dalam keadaan serba salah. Akak minta maaf ya Iqwan. Ada sakit dekat mana - mana ke ? Soal Hana kepada adik ipar nya.
Tak apa lah akak benda dah jadi. Sakit sikit je, Iqwan okay je tak ada apa - apa yang teruk. Alhamdulillah lega hati Hana mendengarnya.
Ya Allah, sayang ! suara nya menjadi sedikit tegas. Nasib lah itu benar - benar Iqwan bukan orang lain. Lain kali jangan ambil tindakan macam tu kalau jadi apa - apa dekat sayang macam mana..
Hmmm sorry abang.. Hana menunduk sambil bermain ibu jari nya itu.
Abang tak marah sayang pun, abang cuma risau lah kalau jadi apa - apa dekat isteri tercinta ini. Rayyan mencubit pipi Hana yang tembam itu.
Betul lah kata Rayyan. Lain kali jangan ambil tindakan macam tu lagi eh. Umi dan Abi nya pun turut risau akan diri nya.
Engkau pun apa hal pergi dapur dalam keadaan gelap - gelap. Padan muka kena pukulan free ja daripada isteri aku. Iqwan kena teguran daripada abang nya itu menyebabkan diri menjadi kantoi balik lambat kerana melepak bersama kawan - kawan nya menonton bola sepak di kedai makan.
Bising lah kau ni bang. Nanti kalau abang buat hal, akak pukul ja dia ni.
Isteri aku sayang aku mustahil dia buat macam tu. Balas Rayyan kepada adik nya. Rayyan mengucup pipi isteri nya itu berkali - kali di hadapan Iqwan.Ishh abang ni malu lah. Pipi nya sudah menjadi merah kerana malu dihadapan adik ipar nya itu. Alhamdulillah sejak ingatan Hana sudah pulih mereka semakin bahagia. Sejuk hati umi dan abi nya melihat.
Hei hormat sikit depan orang single kata Iqwan sambil mata nya menjuling ke atas kerana meluat.
Kalau macam tu nanti Iqwan bagi umi dan abi pula menantu. Tersedak Iqwan mendengar kata - kata umi dan abi nya itu.
Ada dah pun sebenar nya tunggu masa ja lagi nak beritahu. Iqwan bercakap dalam keadaan perlahan.
Haaa apa dia Iqwan..
Ehh ehh tak ada apa la umi. Iqwan menggaru kepala yang tidak gatal itu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Silent Love ♡
RomanceHana Zulaikha atau dikenali sebagai Tengku Hana Zulaikha.Dia dilahirkan dengan didikan agama oleh allahyarham ibu dan ayahnya dan ditemukan oleh keluarga kandung nya yang sebenar.Dia diminati oleh para jejaka tetapi dia tidak pernah tertarik untuk b...