BERBULU mata Izham melihat Safeeya yang sedang mengelap bibir Fawwaz dengan jari lembutnya. Asalnya dia ingin keluar makan tengahari namun Safeeya ada mengatakan bahawa dia bawa lauk lebih..Kerana itulah Izham dengan tidak malunya menyertai makan tengahari pasangan itu. Dan dia rasa menyesal pula melihat Safeeya yang sedang menyuap nasi ke mulut Fawwaz.
Cemburu tau! Izham pun nak kasih sayang jugakkk..
"Sedap tak abang?" Tanya Safeeya perlahan selari mengutip nasi yang berada di pinggir bibir suaminya. Fawwaz senyum. Dicium sekilas jari isterinya itu.
"Sedapp.. macam awak.." bisiknya menggoda lalu mengenyit mata. Safeeya kulum senyum. Eee maluuu.. sudahlah depan Izham pula tu..
Izham memuncung. "Pakcik.. sampai hati buat saya macam ni. Pakcik dah janji nak kahwin dengan saya kan semalam? Ni kenapa pula pakcik ada orang lain ni?"
Berkerut dahi Safeeya. Dia berpaling kearah suaminya dengan mata terkedip-kedip tidak faham. Fawwaz senyum. Diusap pipi isterinya.
"Jangan layan dia. Dia mental. Kurang kasih sayang. Mak ayah sibuk bekerja. Itu yang dia sibuk tagih kasih sayang dari abang tu."
Safeeya mengangguk faham. Dia menepuk perlahan paha suaminya. Berkerut dahinya ketika ini. "Tak baik cakap macam tu.. kesian abang Izham.."
Tersengih Izham mendengar panggilan itu. Fawwaz berdecit. "Panggil dia Izham je. Tak perlu berabang sangat la dengan orang macam dia tu. Tak matang." Ujar Fawwaz selari menjeling tajam Izham yang sedang menjungkit kening berulang kali.
Safeeya senyum. Dia akur jika itu yang suaminya katakan. Safeeya menoleh semula kearah Izham.
"Izham.. awak beritahu suami saya tadi yang awak takde tempat duduk dekat Malaysia kan? Apa kata awak menetap ditepi rumah kami? Dekat situ kosong kan abang? Tepi rumah kita tu rumah sewa abang kan?"
Tanya Safeeya selari mengerdip mata dihadapan suaminya. Fawwaz memejam mata kejap. "Kenapa nak ajak dia ni angel? Tak payah la.. menyemak je la dia tu."
Safeeya senyum. Diusap paha suaminya itu. Fawwaz hanya perhatikan sahaja jemari halus lembut itu usap pahanya.
"Kesian la dia abang.. dia takde sesiapa dekat sini.. lagipun dia rapat dengan abang kan? Abang pun ada kata pada saya yang abang nak berbincang pasal kerja dengan Izham kan? Makin mudah la urusan abang nanti.."
Bisik Safeeya seumpama memujuk suaminya. Fawwaz hanya mendengus. Betul juga apa yang dikatakan Safeeya. Pasti dia akan kerap berjumpa Izham selepas ini kerana dia mahu berbincang tentang penyangak di syarikatnya itu.
"Please pakcikkk.. senang la kerja kita nanti.. duit saya pun jimat nanti sebab boleh rembat makanan Safeeya je.. boleh la ea pakcik kacak eh?" Tanya Izham dengan sengihan. Fawwaz berdecit. Dia mencerlung Izham.
"Diam aa kau. Aku benci kau." Ujar Fawwaz mendatar. "Abangg..." panggil Safeeya mendayu selari mengusap kumis suaminya. Fawwaz memejam mata kejap. Dia kalah dengan suara serta sentuhan manja isterinya.
Fawwaz menggenggam tangan lembut itu lalu dicium lama. Mata merenung mata Safeeya. "Yelah sayang.. abang ikut awak je.. tapi kalau dia ganggu awak, awak jangan marah abang pulak tau? Dia tu annoying.." bisik Fawwaz namun didengari Izham.
Izham menjuih bibir. Ceh. Selalu kutuk kita.. padahal kita nak kasih sayang je pun..
Safeeya senyum. Diangguk kepalanya. "Baik suami hensem saya.." tersengih Fawwaz mendengar itu. "Abang akan turuti kata-kata angel tapi angel kena cium abang. Now." Fawwaz memuncungkan bibirnya.
Berkerut dahi Safeeya tidak berkenan dengan perangai suaminya yang tak senonoh tu. Dia mengerling sekilas kearah Izham yang mencemberutkan muka.
"Tak manis la abang.. cium depan orang.. nanti ea saya cium abang?" Ujar Safeeya selari menolak bibir suaminya. Fawwaz berdecit. Dia mencerlung tajam wajah Izham. Safeeya hanya senyum melihat wajah tegang suaminya. Diusap sahaja pipi suaminya itu.
"Kau pandang lain jap. Kacau aku nak berasmara betul budak annoying ni.." ujar Fawwaz mendatar. Izham tersebik. Ditutup kedua matanya. TERRpaksa k. Kalau dia nakkan rumah, dia kena akur. Hmm.
Fawwaz senyum. Dia menoleh kearah Safeeya lalu menjungkit kening. "Cepat.. dia dah tutup mata tu. Kiss abang now. Kiss french." Ujar Fawwaz selari menarik kepala isterinya merapatinya.
Safeeya mengerling sekilas kearah Izham. Ya memang la budak tu tutup mata dengan tangannya.
Tapi.. kalau dia mengintai ikut celah jari macam mana?
Safeeya mengambil fail diatas meja. Dia menutup wajahnya bersama Fawwaz. Terjungkit kening Fawwaz. "Why angel?"
Safeeya senyum. "Tak selesa.. malu la saya kalau dia nampak.." Fawwaz senyum. Dianggukkan kepalanya. "Ok.. kejap.." bisik Fawwaz selari menggosok kepala isterinya.
"IZHAM KELUAR DARI BILIK AKU! SEKARANG!!"
Dan ya. Sekali lagi syarikat Fawwaz bergegar dek jeritan jantannya. Izham tergopoh-gopoh keluar dari pejabat tuannya. Dia berpeluk tubuh dihadapan pintu Fawwaz.
"5 minit je pakcik! Lepas 5 minit, saya masuk tanpa minta izin atau ketuk tau!" Jerit Izham melepaskan geram.
Fawwaz menjungkit kening kearah Safeeya yang menjelingnya dengan jelingan manja. "Ish.. tak baik abang ni." Safeeya memukul perlahan dada suaminya.
Fawwaz tergelak. Dia menarik kepala isterinya lalu melabuhkan bibirnya ke lekuk bibir isterinya. Dicium serta dijilat bibir kemerahan itu. Safeeya membalas ciuman dengan senyuman.
Hehehe Fawwaz tu gedik betul.. nasib baik la Safeeya sayang suami gedik dia..
"3,2,1! Time's up pakcik! Saya nak masuk ni!" Jerit Izham. Dia geram ni dia geram. Baru je nak tengok aksi hot tapi dihalau pula!
Amelin yang berada diluar pintu hanya menggeleng kepala melihat celoteh Izham. Dia juga ingin masuk kedalam pejabat Fawwaz ni. Nak hantar file..
"Dah.." ujar Fawwaz selari melepaskan ciuman hangat mereka. Safeeya bernafas tercungap-cungap mencari nafas. Dia menggigit bibir apabila bibir hangat Fawwaz masih terasa di bibirnya.
Fawwaz senyum. Diusap perlahan pipi memerah isterinya. Aiii comel.. nampak squishy dan manja..
BAM!
Izham dan Amelin terus masuk tanpa mengetuk. Fawwaz hanya menggeleng dengan perangai Izham manakala Safeeya hanya menunduk sahaja bermain jemarinya diatas paha. Malu!
"Tuan.. saya nak hantar file." Ujar Amelin seraya melangkah kearah Fawwaz. Sempat dia melanggar bahu Izham sehingga Izham berdesis. Tergelak Fawwaz melihat itu.
"Hmm letak atas meja aku." Amelin mengangguk. Diletakkan file keatas meja lalu ditunduk sedikit kepada tuannya.
Berkerut dahi Fawwaz apabila teringat sesuatu. "Btw, Shafiq mana? Kenapa aku tak nampak dia masuk kerja harini?"
"Ohh. Shafiq mc harini tuan. Dia ada beritahu saya untuk inform pada tuan. Tapi saya lupa.. maaf tuan."
Fawwaz mengangguk. "Alright. Get out." Ujar Fawwaz selari menggosok lengan isterinya. Terkedip-kedip mata Amelin.
Biasanya Fawwaz akan menjerkahnya jika dia melakukan kesalahan seperti ini. Tapi kali ni.. baik la pula tuan Fawwaz tu.. ke sebab.. ada isteri dia? Itu yang dia tak menjerkah tu? Ye dak?
"My pretty angel.." bisik Fawwaz selari menyentuh pipi gebu isterinya. Safeeya senyum malu. Sudahlah Fawwaz merenungnya dengan panahan cinta.. dihadapan Izham dan Amelin pula tu.
"Shafiq? Siapa Shafiq tu pakcik?" Tanya Izham. Nak menyibuk sikit hal pakcik kesayangan dia tu.
"Hmm kawan baik aku." Ujar Fawwaz namun mata masih merenung wajah isterinya yang sudah memerah. Malu la Safeeya jika direnung begini.. diam sahaja Safeeya sekarang.
Berkerut dahi Izham. "Kalau dia kawan baik pakcik, kenapa dia tak inform pada pakcik je tentang mc? Kenapa nak inform pada setiausaha pula?"
Memudar senyuman Fawwaz ketika ini. Ha'ah la.. Shafiq tu kawan dia.. bukan pekerja dia sahaja namun kawan serta pekerja.
Kenapa.. Shafiq lebih memilih untuk memberitahu Amelin sedangkan Shafiq boleh sahaja menghantar mesej kepada Fawwaz?
Pelik..
TBC🤍
Senakal-nakal dia, otak dia cerdik juga. Hashtag Izham.VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]
RomanceApabila Angel bertemu Devil, keadaan berubah serta merta. Fawwaz Naufal, seorang anak lelaki beragama Islam yang kuat agamanya ketika masih kanak-kanak namun dia berubah 100% selepas dia berpindah ke luar negara. Arak.. kelab.. bercumbu.. berpeluk...