IZHAM menekan-nekan tabletnya. Dia sudah berjaya hack whatsapp Safeeya. Mereka bertiga sedang duduk di sofa ketika ini. Pintu pejabat sudah dikunci. Tidak mahu diganggu kerana sekarang mereka sedang mencari perkara yang penting."Tiada apa yang musykil pun dalam whatsapp Safeeya ni.. ada pun whatsapp dia dengan suami dia je.." ujar Izham sambil menekan tabletnya.
Yusri menggigit bibirnya. "Kau boleh cek tak chat yang dah dipadam?" Izham mengedip mata kejap lalu mengangguk.
"Sure. Tarikh?" Yusri mengerutkan dahi. "Ermm aku tak pasti. Mungkin dalam 2@3 minggu lepas?" Izham mengangguk. Diregang sedikit tangannya.
"Alright.. kejap." Fawwaz menghela nafas. Dia tidak faham akan ini. Namun dia hanya menanti sahaja kerja Izham ketika ini.
Terbeliak mata Izham apabila dia menemui sesuatu. Dia terus menekup mulutnya dengan riak terkejut. Berkerut dahi Yusri dan Fawwaz. "Kenapa?" Tanya Fawwaz dengan riak tertanya-tanya.
Yusri memejam mata kejap. Ya. Dia yakin yang Izham sudah menemui segalanya. Izham memandang Fawwaz dengan riak tak percaya. Digeleng kepalanya.
"Apa ni? Pakcik belum berubah ke?" Tanyanya dengan riak kecewa. Berkerut dahi Fawwaz. "Apa benda kau cakap ni? Bak sini." Fawwaz terus merampas tablet Izham.
Dia terus melihat tablet itu. Membuntang luas matanya melihat gambar-gambarnya yang tidur bersama Melissa diatas katil dihotel. Video mereka bercumbu juga ada. Gambar Melissa tidur diatas dadanya juga ada.
Fawwaz menggeleng. Dibaca pula ayat-ayat yang dihantar Melissa. Berkerut dahinya. Dia menggeleng laju.
"Aku.. aku berani sumpah aku tak mengandungkan dia! Aku tak pernah setubuhi mana-mana perempuan kecuali isteri aku sendiri! Izham .. Yusri.. aku sumpah aku tak buat semua ni.. jangan percaya dengan betina sial ni! Dia sengaja pergunakan aku!"
Marahnya dengan membuak-buak. Yusri mengeluh. Izham meraup kasar wajahnya. Entah nak percaya siapa. Kerana dia kenal Fawwaz yang dulu. Fawwaz yang bersosial dan bergaul bebas.
"Betul.. aku tak buat.. aku bersumpah aku tak buat.. tolong percaya aku.. Izham.. Yusri.." rayu Fawwaz apabila kelihatan Yusri seperti tidak mempercayainya.
Yusri berdecit. "Alright. Kita tutup hal tu. Dan sekarang aku nak kau baca apa yang dibalas Safeeya pada perempuan tu. Kau buka mata kau luas-luas. Buka minda kau. Baca segala perkataan yang ditulis Safeeya."
Fawwaz memejam mata kejap. Apa.. perasaan Safeeya apabila ada seseorang menghantar gambar begini padanya? Dia yakin Safeeya sakit hati.. namun.. Yusri memberitahunya kejadian ini berlaku sekurang-kurangnya tiga minggu yang lalu..
Tapi.. mengapa Safeeya melayannya elok sahaja? Kenapa.. langsung tiada perubahan pada Safeeya?
Fawwaz scroll tablet itu. Dia membaca bait perkataan yang dilontar Safeeya. Berkaca matanya membaca perkataan itu satu persatu.
'Assalamualaikum cik. Saya Safeeya, isteri abang Fawwaz. Saya tak kenal siapa cik. Namun saya yakin bahawa cik adalah kisah silam abang Fawwaz. Ya. Saya percaya bahawa gambar-gambar ini adalah benar. Saya kenal wajah suami saya. Saya kenal bentuk badan dia. Benarlah dia lelaki yang berada dalam gambar tersebut. Saya tak nafikan.
Namun saya tidak kenal cik.. cik datang pada saya dan hantar aib cik sendiri. Apa cik tiada perasaan malu menghantar gambar aurat cik pada saya? Tapi tak mengapa. Bukan itu yang saya ingin bahaskan kerana kita manusia sering melakukan kesilapan. Dan saya tidak mengeji cik kerana saya juga sering melakukan dosa tanpa noktah.
Saya tidak tahu apa tujuan cik menghantar gambar ini. Cik ada mengatakan bahawa kandungan cik itu adalah hasil persetubuhan cik bersama suami saya. Saya percaya bahawa cik pernah tidur bersama dia diatas katil setelah melihat gambar yang cik hantar.
YOU ARE READING
FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]
Roman d'amourApabila Angel bertemu Devil, keadaan berubah serta merta. Fawwaz Naufal, seorang anak lelaki beragama Islam yang kuat agamanya ketika masih kanak-kanak namun dia berubah 100% selepas dia berpindah ke luar negara. Arak.. kelab.. bercumbu.. berpeluk...