BAB 64🥀

10.5K 623 39
                                    



HAJI SAQEEF membuang keluh memandang anak serta menantunya yang sedang menunduk dihadapannya ketika ini.

Safeeya duduk disebelahnya manakala Fawwaz pula duduk dihadapannya. Mereka duduk di sofa ketika ini.

Nak berbincang..

Haji Saqeef berdehem kejap. Dikerling Safeeya yang sedang menunduk disebelahnya namun ada air mata yang menitis dari mata itu.

"Walid tak harapkan Safeeya dan Fawwaz berpisah.. walid sayang kedua-dua anak walid ni.." Haji Saqeef memulakan bicaranya setelah hampir 10 minit mereka diam tak bersuara.

Safeeya hanya meramas kedua tangannya. Manakala Fawwaz angkat kepalanya. Direnung sahaja Safeeya yang langsung tidak memandangnya.

"Fawwaz pun taknak perpisahan.. Fawwaz tak terima.. Fawwaz tak.. setuju dengan apa yang dikatakan Safeeya pada Fawwaz tadi.." Fawwaz membela dirinya sendiri. Bimbang juga jika Haji Saqeef menganggap dia tidak bertanggungjawab atas Safeeya.

Haji Saqeef mengeluh mendengar itu. Dia menoleh ke arah Safeeya lalu menggenggam jemari halus itu. "Safeeya.. jangan buat keputusan terburu-buru.. walid tak suka Safeeya buat apa-apa ikut emosi macam ni.."

Safeeya kemam bibir. Dia panggung kepala perlahan-lahan ke arah bapanya. "Tapi Safeeya tak mampu melahirkan zuriat abang.. adalah sebaiknya jika kami berpisah secara baik.. Safeeya taknak abang tanggung Safeeya lagi.. Safeeya taknak menyusahkan abang lagi.."

Fawwaz menggeleng. "Angel.. angel tak pernah susahkan abang.. dan berkaitan anak, kita boleh cuba lagi.. kita ikhtiar kalau itu yang Safeeya nak.. abang boleh bantu Safeeya.. abang boleh membayar semua bil untuk perawatan demi Safeeya.. asalkan Safeeya tak tinggalkan abang.. tolong Safeeya.. tolong fikirkan balik.."

Haji Saqeef memandang anak menantunya silih berganti. Digosok perlahan kepala anaknya yang ditutupi tudung.

Safeeya menggeleng. Dia memandang bapanya dengan wajah yang comot dengan air mata.

"Walid.. walid juga ada kata pada Safeeya yang Safeeya tak boleh susahkan orang lain kan?" Haji Saqeef memandang sayu tatkala suara Safeeya bergetar seperti itu. Tahu bahawa Safeeya juga tidak inginkan perpisahan. Namun keadaan memaksa.

Haji Saqeef mengangguk perlahan. Safeeya mengemam bibir kejap. "Safeeya taknak susahkan abang.. abang lelaki paling sempurna.. tak sesuai dengan Safeeya yang serba kekurangan.."

Fawwaz menggeleng lagi. Entah berapa kali dia beritahu Safeeya bahawa dia terima kekurangan Safeeya namun nampak gayanya Safeeya amat menginginkan perpisahan ini berlaku.

Haji Saqeef menyeka air mata di pipi Safeeya. Dia menoleh ke arah Fawwaz yang masih menatap wajah Safeeya. "Fawwaz.."

Fawwaz menggeleng. "Fawwaz takkan ceraikan Safeeya.. walau Safeeya memaksa sekalipun, Fawwaz takkan lepaskan dia. Fawwaz pernah berjanji pada walid yang Fawwaz akan jaga Safeeya sehingga hujung nyawa. Dan Fawwaz takkan mungkiri janji Fawwaz pada walid."

Haji Saqeef mengangguk mendengar itu. Tangan masih setia menggosok belakang badan anaknya. Safeeya hanya kemam bibir mendengar itu.

Dia terharu dengan perkataan yang dilontar oleh suaminya.. namun.. dia tidak boleh menerima sekarang..

Dia tak bencikan Fawwaz.. tapi dia bencikan dirinya sendiri kerana dia tidak boleh menjadi isteri terbaik buat Fawwaz..

Fawwaz merenung wajah basah Safeeya dengan renungan sayu. Dia mengeluh perlahan lalu bangun dari duduknya. Dia melangkah perlahan ke arah Safeeya lalu duduk bertinggung dihadapan Safeeya.

Safeeya tahu suaminya datang menghampiri namun dia langsung tidak mengangkat mukanya. Dia hanya tunduk sahaja. Dia tak mampu melihat wajah rapuh suaminya. Dia bimbang nanti dia menangis teresak-esak sehingga tidak boleh mengawal diri.

"My angel.. kalau la Safeeya tahu betapa abang sayangkan Safeeya, Safeeya takkan buat abang macam ni, sayang. Abang sayang Safeeya.. abang cintakan Safeeya.. dah berulang kali abang ungkapkan perkataan yang sama.. dan ia bermaksud abang memang tetapkan bahawa hati abang hanya untuk Safeeya.."

Safeeya tersedu-sedan mendengar itu. Sesekali tangan menyeka air mata di pipi. Fawwaz menggenggam kedua tangan Safeeya. Erat. Bagai tidak mahu melepaskan wanita ini dalam genggamannya. Bagai ingin mengunci sahaja wanita persis bidadari ini dalam sangkar hatinya.

"Safeeya selalu berkata yang Safeeya tak sempurna. Betul sayang.. semua orang tak sempurna. Apatah lagi abang yang sering melakukan dosa ni.." Fawwaz memaut dagu isterinya lalu mendongakkan dagu itu agar Safeeya memandangnya.

Fawwaz senyum tipis melihat mata basah isterinya itu. Amat bersinar-sinar dimatanya. Haji Saqeef hanya memerhati sahaja cara Fawwaz memujuk anaknya. Dan Haji Saqeef bersyukur kerana Fawwaz tidak meninggalkan anaknya hanya kerana zuriat.

Ia bermakna Fawwaz betul-betul menginginkan anaknya itu.. bukan kerana harta.. bukan kerana rupa.. bukan kerana anak.. namun kerana cinta.. kerana hubungan suci yang telah terikat antara satu sama lain..

"Kita sama-sama tak sempurna.. kerana itulah cinta kita bertaut antara satu sama lain.. ia bermaksud, Safeeya boleh menyempurnakan abang.. dan abang hadir untuk menyempurnakan Safeeya.. jangan la terlalu fikir soal ni Safeeya.. tak terdetik di hati abang untuk lepaskan Safeeya hanya kerana kekurangan Safeeya yang ini.."

Safeeya menggigit bibir menahan esakan. Sungguh dia bersyukur suaminya mengatakan itu ketika ini. Fikirnya Fawwaz akan meninggalkannya setelah mereka berbincang tadi. Rupa-rupanya lelaki itu tetap berusaha untuk mengambil kembali hatinya.

Fawwaz senyum melihat mata Safeeya sedang merenungnya. Renungan redup. Renungan yang membawa maksud tersendiri. Fawwaz menekup kedua pipi Safeeya. Jika Haji Saqeef tiada, dah lama dia cium Safeeya sekarang. Namun kerana hormat, terpaksa la dia tangguh dahulu.

Safeeya senyum tipis. Diusap kedua tangan suaminya yang sedang mengusap lembut pipi basahnya itu. "Kita cerai ya abang? Ini keputusan saya.. saya harap abang fikirkan semula soal ni.."

Jawab Safeeya perlahan lalu dia bangun dari duduknya dan melangkah menaiki tangga. Dia mula menangis teresak-esak. Tangan menyeka air mata di pipi.

Terdiam kaku Fawwaz mendengar itu. Tak semena air mata menitis tanpa sedar. Haji Saqeef yang sedar akan itu terus merangkul bahu menantunya dari tepi. Dielus perlahan lengan lelaki itu.

"Kenapa.. kenapa Safeeya buat Fawwaz macam ni walid? Dia bencikan Fawwaz ke? Sebab Fawwaz pernah melakukan dosa yang tak terhingga ke? Sebab tu Safeeya taknak pada Fawwaz?"

Haji Saqeef menggeleng. Dia tahu Fawwaz mula meracau kerana tertekan dengan jawapan Safeeya tadi. Dia hanya setia memujuk menantunya itu.

"Tak lah.. Safeeya tak macam tu.. jangan risau.. Fawwaz bagi dia tenang-tenang dulu ya? Nanti okay la dia.. dia masih terkejut dengan keputusan di hospital tu.. bagi dia tenang-tenang dulu.."

Fawwaz mengangguk sahaja. Ditekup wajahnya lalu dia mula menangis terhinjut-hinjut. Entah berapa kali dia menangis hari ini hanya kerana Safeeya..

Keputusan Safeeya sangat menyakiti hatinya.

Cerai..

Putus..

Melepaskan..

Langsung tiada dalam fikiran Fawwaz soal itu. Yang ada hanyalah cinta..

Hubungan..

Kekal..

Selamanya..

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now