TERCELIK mata Safeeya dari tidurnya apabila merasakan kosong ditepinya. Dia mengangkat perlahan-lahan kepalanya yang agak berpinar untuk melihat jam di meja.3.30 a.m.
Safeeya bangun dari baringnya seraya menggosok matanya. Dia memandang hadapan. Biasanya suaminya akan solat malam disitu. Namun sekarang hanya ada sejadah sahaja. Tuannya tiada disitu.
Safeeya bangun dari baringnya. Dia mengambil ikat rambut diatas meja lalu mengikat rambut ikal mayangnya. Dia melangkah keluar dari biliknya.
Mata melilau mencari dimanakah suaminya. Dibuka satu persatu bilik didalam rumah itu namun sosok badan suaminya langsung tidak kelihatan. Safeeya menggaru hidungnya kejap.
Dia menuruni tangga rumah. Mata mengerling sekilas sofa ruang tamu. Safeeya melepaskan segugus keluhan apabila kelihatan suaminya tidur di sofa itu dengan berkain pelikat serta songkok.
Safeeya melangkah menghampiri suaminya. Dia duduk bersila dihadapan suaminya. Safeeya senyum tipis melihat suaminya tidur lena ketika ini. Diusap lembut pipi suaminya itu.
"Abang hensem.. dah lama saya simpan perasaan pada abang.." gumamnya sambil merenung wajah suaminya. Dia merapatkan wajahnya ke wajah suaminya untuk mengucup bibir suaminya. Mata dipejam erat.
"Apa Safeeya buat ni?" Tercelik matanya apabila suara suaminya menerpa gegendang telinganya. Dia senyum tipis melihat suaminya yang sudah mencelik mata.
Fawwaz mengeluh perlahan. Dia bangun dari baringnya. Diperhatikan sahaja Safeeya yang sedang duduk ditepi sofanya.
"Maaf.. saya nak kejutkan abang. Sakit badan abang nanti tidur dekat sofa ni.. jomlah kita tidur atas katil.." ajak Safeeya seraya ingin menarik tangan suaminya namun Fawwaz menjauhkan tangannya.
Terkebil-kebil mata Safeeya ketika ini. Mendung wajah wanita itu apabila Fawwaz sentiasa menepis sentuhannya padahal sebelum ini Fawwaz selalu menempel dengannya.
"Safeeya pergi la tidur atas katil. Abang tidur atas sofa malam ni."
Safeeya meneguk liur kesat mendengar suara garau itu. Dia merenung wajah suaminya dengan senyuman hambar.
"Tapi kenapa? Tidur la atas katil.. lagi lawas. Pedih badan abang nanti kalau tidur atas sofa ni." Fawwaz mendengus. Diraup kasar wajahnya.
"Nak abang cakap kasar dulu ke baru Safeeya nak dengar kata abang?"
Tanya Fawwaz mendatar. Safeeya mengerdip mata lambat mendengar suara mendatar suaminya.
"Abang kenapa ni.. kenapa menjauh dari saya macam ni? Saya taknak la kita bergaduh macam ni.. saya tak bersalah dalam hal ni, abang.." ujar Safeeya bersungguh-sungguh.
Fawwaz berdecit mendengar suata bergetar isterinya. "Masuk bilik. Abang takde mood nak bercakap dengan Safeeya sekarang."
"Abang dah taknak tidur dengan saya ke?" Pertanyaan Safeeya telah membuatkan Fawwaz melepaskan segugus keluhan yang jelas. Dia mencerlung Safeeya dengan panahan tajam.
"If my answer is yes, can you please leave me alone?"
Berkaca mata Safeeya mendengar itu. Bergetar bibirnya menahan tangisannya. Fawwaz pula hanya merenung Safeeya dengan wajah mendatar tanpa rasa bersalah.
Safeeya mengangguk akur. Dia bangun dari duduknya lalu berdiri dihadapan Fawwaz. Dia mengesat kejap air mata di pipinya.
"Saya.. saya tak pernah tipu abang.. saya takde niat lain.. saya berkahwin dengan abang sebab saya inginkan abang.. hati saya inginkan abang.. bukan kerana harta abang.. atau sesuatu negatif yang lain.."
YOU ARE READING
FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]
RomanceApabila Angel bertemu Devil, keadaan berubah serta merta. Fawwaz Naufal, seorang anak lelaki beragama Islam yang kuat agamanya ketika masih kanak-kanak namun dia berubah 100% selepas dia berpindah ke luar negara. Arak.. kelab.. bercumbu.. berpeluk...