MAYA menunduk sahaja apabila dicerlung tajam oleh Yusri ketika ini. Pihak polis memanggil ahli keluarga Maya untuk datang kesini. Jadi Maya lebih memilih untuk memanggil Yusri berbanding ibubapanya kerana dia bimbang ibubapanya memarahinya.Kalau dengan Yusri takpa.. dia.. dah biasa dimarahi jejaka itu.
"Apa yang Maya buat ni? Maya sedar tak Maya hampir bunuh orang?" Marah Yusri apabila melihat keadaan peragut tadi yang berada di dalam lokap yang sudah longlai dipukul Maya.
Maya hanya menunduk sahaja dimarahi Yusri. Yusri gelak sinis melihat pakaian Maya dari atas ke bawah.
"Sia-sia je berlakon pakai baju kurung kalau perangai Maya masih tak berubah. Buat apa pakai baju kurung kalau ada niat nak sepak terajang orang lain? Buat apa?! Beria nak berlakon baik depan abang ke apa ni?!"
Terpejam mata Maya mendengar tengkingan itu. Izham mendengus melihat Maya dimarahi Yusri. Kenapa dia kesini? Entah. Saja. Nak menyibuk hal orang.
Dia terpegun dengan keberanian Maya. Kerana itulah dia datang menemani Maya di balai polis.
Hampir menitis air mata Maya apabila dimarahi didepan awam. "Abang.. Maya minta maaf.. tapi kalau Maya tak buat macam tu, peragut tu akan lari.."
Yusri meraup kasar wajahnya. "Abang boleh terima kalau Maya pukul dia untuk elak dia larikan diri. Tapi sekarang Maya pukul dia bagai tiada hari esok! Kalau dia mati macam mana?! Nak merempat dalam penjara?! Macam tu ke?!!"
"Woo woo.. rilek bro.. jangan kasar sangat bahasa tu.. dia perempuan." Ujar Izham yang sudah bangun dari duduknya. Dia sudah tak tahan mendengar Yusri memarahi Maya. Sudahlah dihadapan orang ramai.. malu la Maya kan?
Yusri menjeling Izham dengan nafas tercungap-cungap. Dia berdecit. "Aku kena marah dia macam ni. Sebab dia ni degil. Tak padan dengan perempuan. Asyik nak berkasar je. Tak layak bagi title perempuan kalau tingkah laku tak seumpama perempuan."
Ujar Yusri sambil merenung tajam Maya yang sudah menangis terhinjut-hinjut. Izham menolak isian pipinya dengan lidah mendengar itu. Panas juga hati dia ni.. apatah lagi Yusri seumpama mengejek Maya..
"Kenapa dengan kasar pun? Salah ke kalau perempuan berkasar untuk pertahankan diri dia? Kau ingat lelaki je ke yang boleh kasar bro? Tiada istilah semua perempuan lemah lembut. Mereka ada sikap mereka tersendiri. Walau bagaimanapun, salah kau punya nasihat ni..
...dia tetap perempuan walaupun dia kasar. Hati dia tetap lembut seperti perempuan yang lain. Dia memang kasar luaran tapi dalaman dia kau belum tahu.. entah-entah hati dia lebih lembut berbanding perempuan diluar sana."
Ujar Izham sinis. Geram juga. Dari tadi dia menahan marah melihat cara Yusri memarahi Maya. Yusri mencerlung tajam ke arah Izham.
"Kau siapa? Kenapa masuk campur hal kami? Aku ada cara aku sendiri untuk nasihat dia. Aku dah anggap dia sebagai adik. Apa salahnya jika aku beri nasihat serta teguran padanya kan?"
Damn. Terdiam kejap Maya. Hatinya umpama dihiris belati mendengar perkataan yang terbit dari mulut Yusri tadi.
'Aku dah anggap dia adik..'
'Adik..'
'ADIK...'Hanya.. sebatas adik? Gumam Maya dalam hati.
Izham mengangguk. Ditilik pakaian Yusri dari atas kebawah. "Dari tadi aku perhati kau judge Maya dari pakaian dia. Kau asyik sebut pakaian dia tak melambangkan diri dia. Dan disini aku nak bertanya pada kau..."
Izham menghampiri Yusri. Dia membalas panahan mata Yusri. Maya hanya terkedip-kedip melihat dua jejaka yang sedang bergaduh mulut kerananya. Yusri menjungkit kening menanti persoalan Izham.
YOU ARE READING
FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]
RomanceApabila Angel bertemu Devil, keadaan berubah serta merta. Fawwaz Naufal, seorang anak lelaki beragama Islam yang kuat agamanya ketika masih kanak-kanak namun dia berubah 100% selepas dia berpindah ke luar negara. Arak.. kelab.. bercumbu.. berpeluk...