BAB 12🥀

11.5K 611 57
                                    



SAFEEYA senyum lebar selari memandang cincin di jemari halusnya. Dia baru sahaja membeli cincin itu bersama Fawwaz tadi. Dan dia menyarung cincin itu sendiri di jarinya.

Fawwaz tidak mempunyai ibu.. jadi, Safeeya hanya memakainya sendiri sahaja. Takkan nak suruh Fawwaz yang pakaikan kot?

Mahu kena libas lidi dengan walid nanti..

Yusri senyum kelat melihat Safeeya yang sedang senyum sendirian sambil merenung cincin di pangkin dihadapan tahfiz. Yusri mengeluh. Dia mula mengorak langkah mendekati Safeeya.

"Untung Fawwaz kan.. dah dapat Safeeya.." ujar Yusri selari menghenyak punggung dihadapan Safeeya. Safeeya panggung kepalanya. Dia senyum tipis kearah Yusri.

"Abang.. saya minta maaf sebab er.. sebab tolak abang.. saya cu--"

"Takpa.. abang okay.. abang okay selagi Safeeya bahagia.. abang bersyukur tengok Safeeya bahagia depan mata abang." Ujar Yusri dengan senyuman hambar.

Safeeya senyum lebar. "Terima kasih abang.. tapi kita boleh jadi kawan baik kan? Saya masih anggap abang ni kawan baik serta abang saya sendiri.. kita.. masih boleh berhubungan kawan kan?"

Tanya Safeeya berhati-hati kerana dia tidak mahu Yusri terasa hati dengannya. Yusri mengangguk dengan senyuman.

"Of course.. abang tetap akan jaga Safeeya sebagai... adik." Jawabnya dengan hati terluka. Safeeya senyum lalu mengangguk.

"Abang harap Fawwaz adalah jodoh terbaik Safeeya.. Safeeya orang yang baik.. dan abang yakin Safeeya akan dapat yang terbaik."

Safeeya senyum dengan anggukkan. "InsyaAllah.."

Yusri senyum kearah Safeeya. "Safeeya.."

Safeeya menjungkit kening dengan senyuman. "Ya?"

"Kalau.. Safeeya ada masalah, Safeeya boleh cerita pada abang.. abang setia mendengar dan abang akan bantu sehabis baik.."

Safeeya senyum lalu mengangguk. "Terima kasih abang.. saya hargai pertolongan abang.." ujar Safeeya selari mengusap cincin dijarinya. Tersenyum lebar Safeeya ketika ini. Alhamdulillah.. dia dah jadi hak orang..

Dan orang itu adalah orang yang dia suka.. dan cintai.. orang yang dia tunggu selama ini.. hanya kerana orang itulah, dia menolak semua lelaki yang datang menghampirinya.

Hanya kerana abang Fawwaz..

Fawwaz Naufal...

*:・゚✧*:・゚✧

FAWWAZ memberi salam selepas menunaikan solat subuh. Kini dia sudah ubah dirinya. Dia sudah tidak pergi ke kelab dan perlahan-lahan mendirikan solat 5 waktu sehari semalam. Mengaji? Erm..

Yang tu dia tangguh dulu.. dia kena cari tok guru untuk mengajarnya agar dia tidak tersilap baca..

Fawwaz menadah doa diatas sejadah. Dia hanya berdoa perkara biasa. Iaitu mohon diampunkan dosa, terima taubatnya, terima ibadatnya, dan semestinyalah ada nama Safeeya terselit dalam doanya.

Setiap masa dia mendoakan agar Safeeya adalah jodoh sebenarnya.. dia sudah jatuh sayang pada gadis itu semenjak kecil lagi. Tapi dia hanya menganggap Safeeya sebagai adik sahaja dulu.

Tapi sekarang, dia akan cuba sayangi Safeeya sebagai seorang kekasih hatinya..

Fawwaz mengusap wajahnya selepas berdoa. Dipanjangkan tangannya lalu diambil telefon diatas katil. Dia menekan nombor telefon yang sudah dipin di nombornya. Dia menelefon nombor tersebut.

'Assalamualaikum abang..'

Berkerut dahi Fawwaz mendengar suara tidak bermaya Safeeya. "Waalaikumsalam.. kenapa ni? Tak bangun subuh lagi ya?"

FAWWAZ : MAGICAL OF LOVE [C]Where stories live. Discover now