"ABANG! Kau memang sengaja nak habiskan Maggi aku kan?! Penat-penat aku masak!" Alana memekik sambil mengejar abangnya, Arfan Daish. Lelaki itu cuba melarikan diri dengan tawa yang sakan dari tadi.
"Alah kau. Masaklah lain. Kau ni, pagi-pagi kau dah makan Maggi. Gila ke apa?"
Alana yang tidak puas hati terus mencapai bantal kecil di sofa dan membaling ke arah Arfan. Tetapi abangnya lebih tangkas, dia menangkap bantal itu dengan senyuman penuh bangga.
"Janganlah marah, Lana. Nanti cepat tua, Qaid reject kau macam mana? Hahaha!" tambah Arfan. Dia memang sengaja nak sakitkan hati adiknya itu. Mana boleh tengok adiknya senang sedikit.
Lagipun, dia memang suka sakat Alana semenjak dapat tahu Alana menyimpan perasaan terhadap kawan baiknya, Tengku Qaid. Memang semakin galak dia nak mengusik.
Alana melepaskan keluhan berat. Kakinya menghentak lantai dengan geram. "Mama! Tengoklah Arfan ni. Lana penatlah." adunya, berharap wanita itu akan memarahi Arfan tetapi hampa. Datin Elena yang perhatikan mereka dari dapur hanya menggeleng kepala sahaja. Anak-anaknya sudah besar panjang pun masih gaduh seperti kanak-kanak.
Arfan ketawa semakin kuat. "Mama dah tengok aku selama 26 tahun, Lana."
Disebabkan terlalu geram, Alana melangkah pantas mendekati Arfan dan menarik rambut Arfan dengan kuat. "Aduh! Sakitlah, Lana! Kau nak berdosa dengan abang kau ke?!" Arfan cuba melepaskan cengkamannya adiknya.
"Kau pun banyak dosa dengan aku!" walaupun masih marah, dia tetap lepaskan rambut abangnya yang sudah kusut masai.
Arfan membentulkan rambutnya, menyeringai. "Cis, nanti raya minta maaflah!" ejeknya lagi, belum serik gamaknya.
"Menyampah." gumam Alana perlahan, masih dapat didengari Arfan.
"Kau melawan cakap aku, aku tak nak tolong kau dapatkan Qaid." Arfan mengugut dengan nada main-main. Sengaja mahu buat Alana memandang tajam ke arahnya.
"Aku tak perlu pertolongan kau! Aku boleh buat sendiri!" balas Alana, tidak mahu mengalah.
Arfan tersenyum sinis, "Yakin ke Qaid terima kau? Dia tu kan tak suka layan kau. Baru kau nak buka mulut, dia dah angkat kaki." kata Arfan sengaja mahu cabar Alana.
Alana menjawab dengan yakin, "Tak apa. Step pertama, ambil hati mummy dia. Step kedua, goda hati dia. Easy."
Lelaki itu ketawa besar, "Kau buat lawak ke, Alana? Hahaha!" dia ketawa terbahak-bahak, rasa lawak dengan rancangan adiknya itu.
"Kau gelak? Tak apa. Memang aku post gambar aib kau dekat IG story. Jangan lupa ya, Humaira follow aku tau." tawa Arfan terus mati serta-merta.
"Oh, kau lupa ke, Lana? Muka aib kau pun banyak dalam gallery aku. Boleh jadi stock untuk aku spam Qaid. Biar dia sedar betapa buruknya muka aib kau." Alana mengetap bibirnya. Dia tahu Arfan tidak main-main. Dia tahu tiada jalan lain selain mengalah.
Ah, tapi dia anak bongsu! Kalau dia mengalah, ini namanya melawan hukum sebagai anak bongsu.
"Arghhh! Yalah, kau menang. Benci betul bertekak dengan kau ni." akhirnya dia mengalah. Kalau dia terus nak menang pun, menyakitkan hati saja.
Arfan meraup rambutnya ke belakang sambil tersenyum, "Hah, tahu pun kau mengalah."
TENGKU Qaid sibuk dengan kerjanya di meja makan, walaupun di rumah itu ada bilik kerja khas untuknya, dia lebih suka membuat kerja di situ barulah tidak sunyi.
Mummy, Tengku Imelda, tiba-tiba duduk di sebelahnya. "Anak mummy asyik buat kerja dari tadi, kenapa?"
Tengku Qaid mengangkat kepalanya dan menoleh ke tepi bersama senyuman kecil, "Takde lah, mummy. Saja tengok new informations pasal hotel." balasnya sambil menutup laptop.
YOU ARE READING
Qaid Alana
Romancelove, lies, revenge what you give, you'll get back. • Dia... Tengku Qaid Hadyan. Hidupnya penuh palsu. Gelap dalam sekelip mata. "Kenapa kau siksa hidup aku?" "Well, well... I take my words back. So, it's all just a lie and you deserve it, Qaid." Da...